BAB 17

Romance Series 66946

Bekas berisi karipap pusing itu diletakkan pada kerusi penumpang sebelah. Kemudian dia masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil telefon bimbit dan beg duitnya. Nak pegi hantar karipap je pun, malaslah nak bawa handbag bagai. Pakaiannya pun t-shirt berlengan panjang, berseluar jeans. Shawl dililit ringkas. Dah cukup.

"Mak..Reen pegi dulu ye" pamitnya pada Puan Salmiah.

"Ye lah, kirim salam pada dorang" kata Puan Salmiah, mengirim salam melalui anak perempuannya untuk disampaikan pada bisan barunya.

"InsyaALLAH mak. Ajak pegi sekali tak nak"

"Mak nak pegi rumah Makcik Senah, nak tolong apa yang patut, besok dia nak buat kenduri arwah"

"Ok lah, Reen pegi dulu"

Berpandukan lokasi yang diberikan oleh ibu mertuanya, hampir sejam Nureen tiba diperkarangan banglo mewah itu. Terpegun dia melihat kediaman itu. Sejak bernikah, ini kali pertama dia datang ke rumah orang tua suaminya.

"Dah sampai pun menantu ummi, ingatkan dah sesat" gurau Datin Lateefa. Wanita itu menyambut tangan yang dihulurkan oleh menantunya, mereka bersalaman kemudian Datin Lateefa memeluk gadis itu. Sayangnya sudah jatuh bergolek -golek pada gadis itu.

"Hampir-hampir ummi" dia tersengih.

"Itulah, ummi suruh datang selalu-selalu, tak nak datang" sudah berkali-kali Datin Lateefa mempelawa menantu dan bisannya datang ke banglonya, tetapi tak menjengah pun mereka. Kalau tak disebabkan dia menempah karipap pusing tu, agaknya bilalah menantunya nak datang ke sini.

"Seganlah ummi." balas Nureen Safia.

Datin Lateefa pandang menantunya. "Nak segan apanya? Nureen dah jadi sebahagian keluarga ni. Datang je bila-bila pun" geram dia dengan menantu perempuan nan seorang ni.

"Ummi..mak kirim salam" Nureen menyampaikan salam emaknya kepada ibu mertuanya.

"WaƔlaikumsalam..emak sihat Reen? Kenapa tak bawa emak dengan Una sekali?" soal Datin Lateefa.

"Alhamdulillah..sihat. Mak ada rewang rumah kenduri. Una pegi rumah Atok Din dia" beritahu Nureen.

Datin Lateefa menganggukkan kepala.

"Ummi nak bawa ke mana karipap-karipap tu semua?" tanya Nureen.

"Cahaya Kasih..rumah anak-anak yatim. Cahaya Kasih ni bawah seliaan Megah Holding. Atuk Luth yang tubuhkan Cahaya Kasih ni. Reen duduk dulu, ummi buatkan air"

"Ehh..ummi, tak payah air-air. Reen datang sekejap je, hantar karipap tu je"

Datin Lateefa lelar lengan menantunya lalu dibawa ke ruang dapur kering.

"Duduk, karang nanti ummi tak bagi balik, baru tahu, tidur sini..nak?" ugut si ibu mertua. "Haii..susah benar. Dah lah jarang datang. Nak ajak minum pun payah" bebel mertua pada menantu.

Nureen geleng kepala. Tak nak tidur sini, takuttttt...Ada monster senget kat rumah ni.

"Ummi... apa yang ummi bebelkan tu?" Luth menegur umminya, kaki melangkah ke arah peti sejuk. Sebotol minuman isotonik diambil dari peti sejuk. Penutup minuman dibuka lalu ditunggang minuman itu ke dalam mulutnya.

Masa dia melangkah keluar dari bilik gym tadi, telinga terdengar bebelan umminya. Pada siapalah ummi dia bebelkan. Bukannya ada budak-budak dalam rumah ni.

"Ni haa.. menantu ummi ni lah. Dahlah jarang datang, pastu nak cepat-cepat balik, mau ummi tak membebel kat isteri Luth" jelas Datin Lateefa pada anak lelaki tunggalnya.

"Purhhhh..." tersembur minuman isotonik yang diminumnya. Menantu..isteri..apa ummi cakap ni.

Dia kalih tubuh pada individu yang duduk pada kerusi tinggi dimeja pulau itu.

"Uhuk..uhuk..uhuk..." sisa minuman itu membuatkan Luth terbatuk-batuk.

Kenapa aku tak perasan dia tadi? hati Luth tertanya-tanya. Lalu dia melangkah ke arah Nureen Safia.

Dia berdiri rapat sebelah Nureen hingga tubuhnya bersentuhan dengan tubuh gadis itu. Direndahkan sedikit kepalanya agar dapat melihat wajah isterinya. Lama dipandang raut wajah itu. Tak percaya pun ada Nureen Safia muncul dirumahnya.

"Apa?" soal Nureen, apabila lelaki itu terus terusan memandangnya.

"Kenapa tak bagi tahu nak datang?" soal Luth. Anak mata masih pada wajah si isteri.

"Saja...Ummi tahu kot saya nak datang?" balas Nureen.

Kecil besar kecil besar Luth pandang isterinya. Nureen angkat kening sekali, bermaksud.. apa?.

Luth pegang kemas pergelangan tangan Nureen, lalu diheret isterinya ke arah tangga.

"Nak bawa ke mana Nureen tu, air dah siap ni. Luth!.." laung Datin Lateefa.

"Luth pinjam menantu ummi sekejap. Nanti kita orang turun minum" laung Luth, kaki meniti anak tangga menghala ke tingkat atas, biliknya dituju.

Monster senget ni dah buat perangai, adoiiii... Nureen cuba merungkai genggaman tangan suaminya, tetapi tidak berjaya.

Luth buka pintu biliknya, belakang Nureen ditolak perlahan masuk ke bilik itu. Kemudian dia menutup semula pintu kamarnya. Tubuh Nureen dibawa ke sofa single yang ada didalam bilik itu.

"Kenapa bawa saya masuk sini?" soal Nureen cuak.

"Saja. Ummi tahu kot aku bawa kau kat sini" balas Luth. Diulang ayat seperti Nureen sebutkan padanya tadi.

Nureen jelir lidah pada Luth. Geram dengan sikap lelaki itu. Luth buat gaya mahu menggigit lidah Nureen. Kalut Nureen menekup mulutnya dengan kedua tapak tangannya.

"Tahu takut, aku gigit betul-betul, baru padan muka kau" usik Luth.

"Hmmmm.." mengumam marah, telapak tangan masih dimulut. Sedas diberi jelingan pada lelaki itu.

Luth membongkok, merapat tubuhnya ke sofa single yang diduduki oleh Nureen. Kedua tangannya menekan 'armchair' kiri dan kanan. Perlahan-lahan wajahnya dibawa mendekati muka gadis itu. Nureen tarik kepala ke belakang, tetapi tertampan oleh penyandar belakang. Luth semakin dekat, Nureen tak tak dapat melarikan diri lalu mata dipejam rapat.

Dirasakan ada kucupan panas dibahagian dahinya berhampiran gigi anak rambut. Lama kucupan itu berlabuh disitu. Muncul getaran serta debar dihatinya. Tenang dan damai apabila diperlakukan begitu oleh lelaki itu. Nureen buka mata, wajah suaminya masih mendekat. Terlihat halkum lelaki itu bergerak-gerak.

Wajahnya dijauhkan sedikit. Anak mata masih diwajah bersih isterinya. ''Aku faham kau belum bersedia. Aku akan sabar menanti sehingga kau benar-benar ikhlas milikki aku" suara husky menggoda Luth melumpuhkan jiwa Nureen.

Nureen pandang tepat ke dalam mata Luth. "Saatnya akan sampai" ucapnya perlahan, memberi harapan.

Luth hulur senyum manis.

Tertawan Nureen dengan senyuman itu.

*******************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience