BAB 13

Romance Series 66946

Hampir pukul dua pagi kenderaan Luth tiba di hadapan rumah Nureen Safia.

"Kenapa gelap je, mak cakap dah buka lampu" Nureen Safia hairan melihat rumahnya dalam keadaan gelap gelita.

"Rumah lain ada je lampu" Luth mengamati rumah jiran Nureen yang lain. "Kau tak bayar bil letrik ke?"

"Tuan main kasar ni, agak-agaklah, bil letrik rumah saya tak pernah ada tunggakan, tau." geram betul dia dengan tuduhan tak berasas itu.

"Jom turun"

"Tuannn.." meleret suara Nureen.

"Apa!?.."

"Saya takut.. gelap sangat kat dalam tu"

Dalam samar-samar dinihari, Luth pandang wajah gadis itu. Aishh..apasal manja sangat suara dia ni. Lain macam pulak aku rasa. Tak boleh jadi ni.

"Bak kunci pagar" pinta Luth.

Segugus kunci dikeluarkan dari beg tangannya lalu dihulur pada lelaki itu.

"Mana satu kunci pagar?" soal Luth. Kunci rumah orang manalah dia tahu.

Nureen tunjuk salah satu kunci pada lelaki itu.

"Tunggu dalam kereta, aku nak buka pagar" Luth keluar dari kenderaannya lalu menuju ke bahagian hadapan kereta. Dengan diterangi lampu kereta, Luth Ambreen membuka mangga, selak pagar ditarik. Pintu pagar dikuak luas kiri dan kanan, kemudian dia kembali masuk ke dalam kereta. Segugus kunci tadi diletak atas riba Nureen.

Luth Ambreen memandu keretanya semula masuk ke halaman rumah gadis itu. Kenderaannya dirapatkan hingga ke pintu utama rumah Nureen.

"Jom turun, beg biarkan dulu. Aku nak check fius utama, mungkin spark suis dia ke apa ke?"

Luth Ambreen dan Nureen Safia sama-sama turun dari kereta. Lampu kereta dibiarkan menyala agar memudahkan mereka membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.

Mereka berdua menapak ke pintu utama rumah itu.

"Kau dah kenapa?" Luth perasan sejak turun dari kereta, Nureen menempel rapat pada tubuhnya, tangan kanan Nureen tak lepas memegang bahagian bawah jaketnya yang tidak berzip.

"Takuttt.." kata Nureen.

"Aku ada.. buka pintu tu".

Setelah pintu rumah dibuka, Luth melangkah masuk, Nureen mengekori rapat dibelakang lelaki itu. Telefon bimbit dalam poket seluar ditarik keluar, lampu telefon dipasang.

"Switch board kat mana?"

"Sana" jari telunjuk menghala ke arah terletaknya benda itu. Luth dan Nureen melangkah ke arah itu.

"AssalamuƔlaikum.."

Belum sempat Luth membuka penutup switch board, terdengar suara memberi salam. Takut punya pasal terus Nureen memeluk belakang Luth Ambreen. Terkejut lelaki itu dibuatnya.

"Tu..Tuan...hantu ke?..saya takut" kata Nureen disebalik tubuh sasa Luth.

"Mengarutlah kau ni, hantu pandai bagi salam ke?"

"AssalamuƔlaikum.." sekali lagi suara diluar memberi salam.

"Siapa yang datang time-time ni?" soal Luth kehairanan. Perlahan dileraikan tangan yang sedang memeluk tubuhnya. "Jom pegi tengok siapa yang datang tu"

Luth Ambreen bergerak semula ke pintu utama. Nureen yang rapat dibelakang masih tak lepas memegang jaket lelaki itu.

Tiba sahaja diambang pintu, kelihatan diluar sana lima orang lelaki berserban, berkopiah dan berlebai.

"Assalamualaikum" lelaki berserban memberi salam.

"WaƔlaikumsalam" dengan sopan Luth menjawab lalu tangan dihulur berjabat salam dengan lelaki yang berserban itu.

"Kami dari pejabat agama, kami dapat aduan ada berlaku maksiat dalam rumah ni. Sila tunjukkan kad pengenalan anda berdua agar memudahkan urusan kami"

HAH!!! Terlopong Nureen dibuatnya.

********

Sejak keluar dari pejabat agama tadi, wajah Luth tegang tanpa perasaan. Luth keliru dengan keputusannya, adakah betul apa yang dia lakukan ini. Apa yang berlaku ini dirasakan seperti mimpi. Tetapi apa yang pasti, dia perlu bertanggungjawab terhadap gadis itu.

Luth dan Nureen telah bernikah.

Esakkan kecil dari gadis itu masih kedengaran ditelinga Luth. Sedih barangkali kerana terpaksa bernikah. Bolehkah Nureen menerima kenyataan ini?.

Tetapi.. demi harga diri, Nureen terpaksa menerima Luth sebagai suaminya. Luth pandang gadis disebelahnya. Sedari tadi wajahnya hanya terarah ke luar tingkap.

"Malam ni tidur rumah aku dulu, esok aku hantar kau balik" mendatar suara Luth. Pemanduan diteruskan. Anak mata terarah ke jalanraya yang lenggang tanpa sebarang kenderaan.

"Terima kasih tuan, tak pe tuan hantar je saya balik rumah" balas Nureen tanpa memandang wajah lelaki yang baru sahaja sah menjadi suaminya.

"Mak kau kan tak ada. Lagi pun kaki kau tu tak okey lagi" mak dia? Luth tersedar sesuatu. Mak dia..mak mertua akulah. Alahai Luth ooiii.

"Tak pe.. saya okey je walaupun mak tak de kat rumah"

Huh.. okey konon, Luth senyum sinis. Bila takut.. langsung tak ingat dunia.

"Sekarang ni kau tu dah jadi tanggungjawab aku, kalau jadi apa-apa kat kau macamana? apa aku nak jawab dengan mak kau..dengan anak kau"

Anak? Sebelah tangan naik meraut wajahnya, berat tanggungjawabnya apabila dia menikahi Nureen Safian.

"Tidur rumah aku, ada benda aku nak bincang dengan kau"

"Hmmm.." itu saja yang keluar dari mulut Nureen. Apa lagi yang perlu dikatakan, dia telah pun sah menjadi isteri lelaki yang suka memberi arahan.

*****

Setibanya di apartment Luth, Nureen meminta bilik yang lain. Luth faham permintaan wanita yang baru dinikahinya itu. Dia pun rasa seperti minmpi dengan apa yang berlaku ke atas mereka berdua.

"Ini bilik kau" Luth tunjuk bilik yang bersebelahan dengan biliknya. Luggage gadis itu, Luth heret masuk ke dalam bilik itu. "Kalau kau nak minum..ada kat dapur tu. Tapi kalau kau lapar, biskut kering adalah. Aku jarang balik sini, aku banyak tinggal dengan orang tua aku, sebab tu aku tak buat stok makanan kat rumah ni" terang Luth pada Nureen.

"Tak pe, terima kasih tuan. Saya tak lapar. Saya letih..nak tidur" raut wajah tiada perasaan.

Luth melangkah keluar dari bilik itu. "Mandi dulu sebelum tidur" pesan Luth pada Nureen.

Gadis itu hanya mengangguk.Luth menarik rapat pintu bilik yang didiami Nureen.

***************************

Maaf smua pembaca, coz lama menunggu utk next episode. Sorry ye

Share this novel

Rimatanti Rasyid
2022-08-10 15:21:13 

tu lah.. ingat dh stop citenya.. sedih jg.. hihihi terima kasih sambung cite ni.. kesiannya mereka kena nikah mcm tu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience