BAB 27

Romance Series 66946

Majlis resepi Luth Ambreen dan Nureen Safia telah berjalan dengan lancar. Orang yang paling gembira adalah Aisha Husna. Buat sementara waktu ini, Luth Ambreen menetap dirumah ibu mertuanya.

"Papa..banyaknya hadiah. Untuk Una ada tak?" teruja si kecil itu melihat hadiah dipenjuru ruang tamu itu.

"Itu hadiah untuk orang yang berkahwin, mana ada hadiah untuk Una" kata Puan Salmiah pada cucunya.

"Alaaa..." Serta merta anak kecil itu menarik muncung panjang. Merajuk la tu. Luth Ambreen dan Nureen Safia yang duduk pada sofa berkembar dua hanya tersenyum melihat gelagat Aisha Husna. Haiii..kalau dah jadi muncung itik tu, alamat kena pujuklah jawabnya, omel Luth Ambreen.

"Alolo anak papa ni, meh sini..jom kita buka hadiah sama-sama" lelaki itu bangun. "Jom sayang" Luth menarik lembut tangan Nureen. Mereka beriringan menuju ke arah susunan hadiah itu. Luth bersila disitu, Nureen bersimpuh bersebelahan suaminya. Aisha Husna duduk diatas ribaan Luth. Puan Salmiah memerhati tiga individu itu dari sofa yang didudukinya. Senyum terukir dibibir tuanya. Hatinya bahagia.

Satu persatu hadiah itu dibuka, Nureen membantu suaminya membuka pembalut hadiah. Aisha Husna teruja melihat hadiah-hadiah yang dikeluarkan dari pembalutnya.

Hadiah yang ke dua terakhir, mereka semua terpempam apabila penutup kotak itu dibuka oleh Luth. Sempat jari telunjuk lelaki itu mencongkes naik baju yang seumpama kain kelambu itu.

Sesaat kemudian Puan Salmiah menahan tawa, Nureen menahan malu, Luth Ambreen pandang nakal ke arah isterinya, keningnya diangkat berkali-kali mahu menyakat.

"Eiiii..papa, baju apa tu?" Si kecil diatas ribaan Luth Ambreen bersuara, ke dua tangannya naik menutup mata. Tak sanggup dia nak tengok.

Nureen mengambil kad kecil yang diselitkan bersama hadiah itu. Mahu melihat siapakah gerangan yang menghadiahkan dua set baju tidur jarang rona merah dan hitam itu.

Dibelek kad kecil itu. Haishhh..dorang berdua ni, masuk kerja nanti siap kau orang. Kepala masuk air betul.

"Siapa kasi?" soal Luth bersama sengihan nakal.

Gatal..bibir bergerak tanpa suara. Jelingan tajam dihunuskan pada suaminya. Tangan pantas menutup kembali kotak hadiah itu. Dia bangun membawa hadiah itu masuk ke biliknya untuk disimpan. Pipi dah macam tomato ranum.

"Nak try ke tu sayang? Sabarlah, tunggu pegi honeymoon" sakat Luth. Sengihan terlebih gatal menghias wajah Luth.

"Tak payah honeymoon, sekarang pun boleh" laung Nureen geram, terus dia masuk ke dalam bilik. Disimpan kotak itu didalam almari, kemudian Nureen keluar semula.

"Betul ke?" Luth acah-acah mahu bangun. Nureen jegil mata pada suaminya.

"Jangan nak menggatal sangat, bendera jepun bang ooiii" marah Nureen. Marah-marah manja giteww.

Puan Salmiah ketawa dengan gelagat anak dan menantunya.

"Alamak...kira cicak kat siling je lah" lemah tutur kata Luth.

"Siap rubber band bagi banyak, bedil mana cicak yang melintas, untung-untung dapat pahala" sindir Nureen.

"Silap haribulan abang yang untung?" Luth menahan tawa. "Kalau ada cicak masuk dalam baju sayang, abang tolong buangkan" Luth kenyit sebelah mata pada Isterinya.

"Eeee..abang ni, gelilah" Menggeletis tubuh Nureen membayangkan cicak masuk ke dalam bajunya.

Tebahak-bahak Luth dan Aisha Husna ketawakan melihat tubuh Nureen menggeletis sedemikian rupa.

"Una..dah, jangan ketawa orang macam tu Tak baik ketawa banyak sangat. Kesian mama" tegur Puan Salmiah pada cucunya, dalam pada masa yang sama anak mata terarah pada menantu lelakinya. Serampang dua mata. Tegur cucu, sindir menantu.

Aishah Husna diam, Luth senyap.

"Padan muka.. kena marah" kata Nureen pada suaminya.

"Assalamualaikum!"

Kedengaran suara memberi salam dari luar rumah.

"Luth..tolong tengok siapa datang" kata Puan Salmiah.

"Kejap Luth pegi tengok"

Nureen dan Puan Salmiah mengemas kertas pembalut hadiah yang bersepah itu. Semua hadiah-hadiah disusun pada penjuru ruang tamu sederhana besar rumah itu.

Muncul sepasang suami isteri diruang tamu rumah Puan Salmiah. Usia mereka lebih kurang sebaya dengan orang tua Luth.

Tiba-tiba tetamu wanita meluru ke arah Nureen lalu dipeluk erat tubuh itu sambil melepaskan tangisan dibahu Nureen. Dia kehairanan. Siapa? tanya Nureen pada suaminya, bibir bergerak tanpa suara. Mata membulat.

Luth angkat tapak tangannya, bermaksud..sekejap lagi dia beritahu.

Seketika kemudian tetamu wanita itu meleraikan pelukannya pada tubuh Nureen.

"Makcik minta maaf" kata tetamu itu. Nureen senyum segaris.

"Jemput duduk" pelawa Puan Salmiah. "Buat air" katanya perlahan pada anak perempuannya.

Nureen berlalu ke dapur, Aisha Husna mengekori.

Beberapa minit kemudian Nureen muncul diruang tamu itu bersama minuman panas dan sepiring kek butter yang dibuatnya malam tadi. Lalu dihidangkan kepada tetamu yang bertandang.

Nureen labuhkan punggungnya bersebelahan suaminya. Aisha Husna yang mengekorinya sejak tadi naik duduk diatas ribaan Nureen.

"Jemput minum" pelawa Luth Ambreen pada tetamu suami isteri itu.

Sejak dari tetamu itu sampai, Puan Salmiah masih memikirkan siapa gerangan tetamunya itu. Macam pernah jumpa, tetapi dia langsung tidak ingat dimana.

"Kami minta maaf sekiranya kedatangan kami ini mengganggu keluarga tuan" kata tetamu lelaki itu.

"Pakcik..tak payah bertuan-tuan dengan saya, Luth saja"

"Pakcik, minta maaflah kalau saya bertanya. Pakcik dan makcik berdua ni siapa? Saya rasa pernah jumpa, tapi tak ingat kat mana?" Nureen pun sama seperti Puan Salmiah. Rasa pernah berjumpa pasangan itu, tetapi tak ingat dimana.

Luth pandang wajah isterinya. Wanita itu siap peluk isterinya, tak kan Nureen tak kenal langsung. Hairan dia.

"Kami berdua ni orang tua Jalal" kata suami pasangan tetamu itu.

"Allahuakbar..minta maaf. Saya tak ingat langsung" Puan Salmiah menzahirkan rasa terkilannya kerana tidak mengenali tetamunya itu. Sedangkan mereka pernah bertandang ke rumahnya merisik Nureen.

Nureen Safia pandang tetamu itu, tidak berkelip matanya.

"Kami datang sini nak minta maaf atas perbuatan Jalal menculik Nureen. Dah berbuih mulut kami menasihatkan dia, agar jangan ganggu Nureen. Tapi tak sangka pula sejauh itu dia lakukan pada kamu Nureen" bicara ayah Jalal, menyesali perbuatan anak lelakinya.

Nureen pandang suaminya, dia sendiri tidak tahu apa yang patut disuarakan pada pasangan itu. Lagi pun ini juga melibatkan kerjaya Jalal di Megah Holding.

Lelaki itu faham pandangan isterinya itu.

"Macam ni lah pakcik..makcik..perbuatan Jalal tu adalah satu jenayah. Kami serahkan perkara tu pada pihak berkuasa. Maaf pakcik kami terima. Kami tak mahu berdendam dengan pakcik sekeluarga mahupun Jalal, kan sayang?" Luth pandang ke dalam mata isterinya. Kemudian dialih anak mata kepada ibu mertuanya pula.

Nureen mengangguk beberapa kali. Puan Salmiah senyum.

"Betul cakap menantu saya tu, kami tak mahu berdendam"

"Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak Luth, Nureen, Puan Salmiah. Jalal tu..biarlah pihak berkuasa yang tentukan hukumannya. Semoga perbuatannya tu memberi pengajaran padanya. Mudah mudahan dia insaf kemudian hari" kata bapa Jalal.

Nureen pandang kedua tetamunya itu, jatuh simpati dia pada kedua ibubapa Encik Jalal. Apa boleh buat, perbuatan lelaki itu menculiknya salah disisi undang-undang. Salah tetap salah, hukuman saja yang menanti Encik Jalal.

*********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience