BAB 1

Romance Series 66946

Berhati-hati dia mengatur langkah menuju ke arah lif. Anak kecil dalam dukungannya dikemaskan, agar tidak melorot. Bahang panas dari tubuh si kecil terasa seperti meresap ke tubuhnya.

Sesaat menunggu dihadapan lif, pintu kotak empat segi itu terbuka. Nureen Safia melangkah masuk. Jari runcingnya menekan angka 5, mahu ke Bahagian Pentadbiran.

Setibanya dibahagian berkenaan,  meja seseorang dituju.

"Assalamuálaikum Kak Shida" Salam dihulur pada wanita berusia 40an itu. Kak Shida panggung kepala.

"Kak..nak borang cuti" Nureen hulur sengihan pada wanita yang dipanggil Kak Shida.

"Kenapa anak kau? Demam?” tanya Kak Shida, dipandang anak kecil dalam dukungan Nureen Safia. Kelihatan lemah anak kecil itu, kepalanya tersidai elok dibahu Nureen.

Nureen angguk kepala.

"Dah ambil ubat? Berapa hari kau nak cuti?" soal Kak Shida, tangan menghulur borang cuti pada ibu muda itu.

Kepala menggeleng, maksud belum ke klinik. Kemudian tiga jari dinaikkan depan mata Kak Shida.

"Reen WhatsApp Encik Jalal tadi. Dia yang suruh Reen cuti 3 hari, Reen ingat nak ambik 1 hari je, tapi dah boss offer 3 hari, ambik je lah." terang Nureen. "Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari" seloroh Nureen Safia.

"Amboiii..., senang-senang duda tu bagi kau cuti ye.." ada rasa tak puashati dihati Kak Shida. Kalau staff lain nak bercuti, bukan main susah Encik Jalal ni. Tapi kalau dengan Nureen Safia, apa pun boleh. "Ada udang disebalik koteaw, kau mana tahu?"

Nureen angkat bahu sambil menjuih bibir, kepala disengetkan sedikit ke kiri.

"Ada apa-apa yang akak tak tahu ke pasal korang berdua ni?" picing mata Kak Shida merenung Nureen didepannya, mahu mengorek rahsia. Kemudian kedua keningnya diangkat berkali-kali.

Nureen senyum, punggungnya dilabuhkan pada kerusi hadapan meja kerja wanita itu. Lenguh mendukung si kecil Aisha Husna.

"Akak... pinjam pen” malas nak menjawab soalan Kak Shida, antara dia dengan duda yang dimaksudkan oleh Kak Shida tu, tak ada apa-apa pun.

Kak Shida hulur pen, mata memicing pada wajah ibu muda itu, menagih jawapan.

"Apa!? seram tau tak akak tengok orang macam tu"

"Seram konon, duda tu ayat kau, tak seram pulak?"

"Mana ada? Akak nampak ke Reen layan dia, tak kannn.. Akak jangan nak fitnah Reen tau, berdosa. Merangkak akak cari Reen kat sana nanti" marah-marah manja Nureen Safia pada Kak Shida.

Kak Shida cebir mulut, sekadar mengusik, dia memang tahu Nureen Safia tak pernah melayan duda anak dua tu, walaupun macam-macam cara duda tu gunakan untuk memikat Nureen Safia.

"Eh Reen..kau tahukan pasal CEO kita yang baru?, dia masuk Megah Holding hari ni" Kak Shida sekadar mengingatkan Nureen.

"Tahu.." balas Nureen. Tangan kiri membetulkan anak kecil dipangkuàn, manakala tangan kanan terkial-kial mahu mengisi borang cuti.

"Bak sini borang tu... akak isikan, kau tu dengan pegang anak lagi"

"Thanks kak, saaayang akak" gurau Nureen. Borang cuti dikembalikan semula pada Kak Shida.

"Sayang Kak Shida je ke?"

Tiba-tiba ada suara mencelah. Nureen Safia dan Kak Shida pantas menoleh ke arah suara itu.

"Eh.. Encik Jalal" tegur Nureen Safia. Celah-celah ni timbul pula si duda ni, omel hati Nureen.

"Nureen.. kenapa tak terus pegi klinik je, borang cuti tu, esok- esok awak boleh isi. Kan saya dah beri kebenaran untuk awak bercuti.. kesian anak tu" marah-marah manja Encik Jalal pada ibu muda itu. Ye lah takut wanita yang disukainya berkecil hati.

"Eh..Tak pe Encik Jalal, lepas isi borang cuti ni, saya terus pegi klinik. Lagi pun klinik kat area sini je."

"Bukan apa Nureen, saya kesiankan awak je, terkejar sana..terkejar sini" mata tepat merenung wajah ayu itu. Kau memang cantik Nureen. Puji lelaki itu dalam hati. Kemudian anak mata turun ke dada mekar Nureen dan mati disitu. Halkumnya bergerak-gerak apabila menatap gunung berkembar yang anggun itu.

"Saya dah biasa Encik Jalal" kata Nureen Safia sambil tersenyum.

Manis pula senyuman Nureen Safia pada pandangan Encik Jalal. Haiii...dah lama aku berhajat kau.. Nureen. Aku ni..dah lama gersang, kau asyik bagi lampu merah je..Omel hati Encik Jalal.

Sudah lama lelaki itu menaruh hati pada Nureen Safia, tetapi sayang, pintu hati wanita itu tertutup rapat untuk menerima sebarang lelaki dalam hidupnya. Matlamatnya hanya mahu membesarkan Aisha Husna dan membahagiakan satu-satunya ibu yang dia ada. Itu keutamaannya.

"Reen...Kau sign kat sini" celah Kak Shida. Suara Kak Shida terus melenyapkan angan-angan Encik Jalal. Dia nampak anak mata Encik Jalal asyik pada dada Nureen. Aku cocok kang biji mata duda gersang ni, biar jadi Kassim Selamat..padan muka, bebel hati Kak Shida.

"Oklah Nureen, saya masuk bilik dulu ye, apa-apa masalah beri tahu saya. Saya ada untuk awak..Nureen"

"InsyaALLAH Encik Jalal..terima kasih" sekadar berbasa basi.

Beberapa tapak Encik Jalal melangkah tiba-tiba dia berhenti lalu dia berpaling ke arah Nureen Safia.

"Nureen..." panggil Encik Jalal.

"Ya Encik Jalal"

"Hati-hati bawa kereta ye". Encik Jalal mengenyit mata pada Nureen.

"Erk.." terlekat liur Nureen Safia dibuatnya. "Ba..baik Encik Jalal" tergagap-gagap Nureen menjawapnya.

Nureen Safia memerhati belakang lelaki itu hingga hilang dibalik daun pintu pejabatnya. Huhhh..Semak perut betul lah duda gersang ni.

"Dah ada orang suka, tunggu apa lagi" tersengih-sengih Kak Shida mengusik.

"Dia yang suka, Reen tak pun. Akak pun tahukan Reen macam mana? Eee.. malaslah nak fikir. Dah siap ke borang cuti tu?" Bibir mulut dihalakan pada borang cuti ditangan Kak Shida.

"Dah" jawab Kak Shida.

"Reen balik dulu ye kak, nak pegi klinik"

"A'ah..Ye lah. Selamat bercuti, hati-hati" Pesan Kak Shida.

"InsyaALLAH..terima kasih kak"

Nureen Safia melangkah keluar dari bangunan Megah Holding, dia terpandang sebuah superbike berhenti di petak parking khas VVIP. Nureen melangkah ke arah pemilik superbike itu.

"Erghh Encik,..Encik ni despatch kan?... sini bukan tempat parking motor." tegur Nureen Safia.

Lelaki yang dipanggil despatch itu mematikan enjin kuasa besarnya lalu dia melangkah turun dari superbike dan berdiri dihadapan Nureen Safia.

"Encik Despatch, tolong parking motor kat sana." disebabkan kedua tangannya mendukung Aisha Husna, Nureen memuncungkan bibirnya ke arah tempat letak motosikal awam.

Sesaat lelaki superbike itu menatap bibir muncung Nureen Safia. Dia mengangkat visor helmetnya. Anak matanya tepat ke raut wajah Nureen Safia. Kemudian matanya beralih pada anak kecil dalam dukungan ibu muda itu.

"Kat sini tempat letak kereta CEO Megah Holding, sebelum CEO tu sampai, baik encik alih motor gedabak encik sekarang." sopan kata-kata Nureen pada lelaki itu, tetapi tajam dengan sindiran.

Renungan tajam bak helang lelaki itu menikam ke dalam anak mata Nureen.

"Don't make lips like that again, tempted"  segera lelaki itu melangkah masuk ke Bangunan Megah Holding.

Nureen terpinga-pinga. Sesaat kemudian...

"Sawan ke apa Mamat Despatch ni"

"Mamaaa..."rengek Aisha Husna.

"Ye sayang. Ok..ok..jom kita pegi klinik" diusap belakang anak kecil itu.

*******************************

Salam semua pembaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience