BAB 24

Romance Series 66946

"Bukan sayang tak nak bagi tahu, tapi tak sempat nak bagi tahu abang" Nureen membela diri.

"Tak bagi tahu, tak sempat bagi tahu..perkara yang sama.. kan?" tegas suara Luth. "Apa yang sayang sibuk sangat sampai perkara macam tu pun sayang tak boleh bagi tahu abang, hah.." marah Luth, perkara berkaitan dengan duda gersang tu memang dia tak bagi 'can' langsung. Nak pecat Encik Jalal tu, tiada alasan yang kukuh.

Nureen tunduk apabila dimarahi suaminya. Bibirnya muncung ke depan, 'first time' kena bebel teruk dengan tok laki.

Lelaki itu pandang wajah isterinya yang menunduk itu. Mereka sekarang berada di bilik persalinan Luth. Pada Afifah, Luth telah berpesan jangan benarkan sesiapa pun masuk ke biliknya buat sementara waktu ini.

"Sayang tahu tak betapa taksubnya Encik Jalal tu pada sayang? Dia suka sayang, gila sayang bagai nak rak, tahu tak?"

Nureen angguk kepala.

"Orang macam tu, dia boleh buat apa saja, kalau apa yang dia nak, dia tak dapat" lelaki itu mulai bimbang akan keselamatan isterinya. "Sayang tak ingat masa kursus hari tu, depan-depan abang dia mengurat sayang"

"Masa tu abang belum jadi suami sayang lagi. Sayang pun mana ada apa-apa hubungan dengan abang, beranilah dia mengurat sayang depan abang" jawab Nureen.

"Amboiii...buka main lagi mulut tu. Masa tu abang dah suka sayang..tahu? abang cemburu tengok dia dekat dengan sayang, asyik nak menempel dekat sayang"

"Habis tu yang abang menempel dekat sayang...apa cerita?" tujah Nureen.

"Itu bukan menempel sayang, itu melindungi yang tersayang. Kalau boleh abang nak duduk satu bilik dengan sayang, tapi nak buat macam mana, tak boleh" Luth tak nak kalah.

"Ooo..sebab tu abang ambil bilik depan bilik sayang, itu plan abang...kan..kan?" dipicing mata pada Luth Ambreen.

"You know, I'am a smart guy. Senang nak skodeng sayang" Luth ketawa bebas, belakang tangan mengibas-ngibas dada bidangnya. Ada sedikit bangga disitu.

Nureen menjuihkan bibirkan. "Berlagak.."katanya perlahan.

"Yang berlagak tu lah jadi suami sayang" Luth angkat keningnya.berkali-kali.

"Sayang..rantai yang abang bagi tu, sayang jangan sekali-kali tanggalkan. Itu lambang cinta, kasih dan sayang abang pada sayang, ingat tu" pesan Luth. Sebenarnya ada rahsia pada rantai itu.

Elok-elok cakap pasal lain, tiba-tiba masuk topik rantai, apa kes laki aku ni. "Hmm..iyalah."

"Sayang tolong jaga diri sayang untuk abang, abang tak boleh ada dengan sayang dua puluh empat jam. Kalau sayang nampak ada yang mencurigakan, sayang call abang cepat-cepat, faham" pesan Luth.

Anggukan sahaja jawapan Nureen.

Luth mendekati Nureen, dipeluk tubuh isterinya erat, menyalurkan rasa cinta, kasih dan sayang yang tak terhingga pada Nureen.

"Terima kasih abang, ambil berat pasal sayang" Nureen rasa damai, tenang dan dilindungi bila dipeluk lelaki itu.

"Mahu tak ambil berat. Bukan main susah nak 'tackle' sayang. Seribu satu macam cara abang guna nak dapatkan sayang..tau? Kebal betul hati sayang nak terima lelaki dalam hati sayang. Tinggal lagi abang tak 'give-up' je" Luth senyum.

Nureen picing mata ke arah suaminya. "Entah-entah kes tangkap basah tu..."

"Sayang..abang tak tergamak nak buat sampai ke situ, agak-agaklah sayang nak tuduh abang pun. Tak gentlemen lah main cara kotor macam tu?"

"Lagi pun sekarang ni.. sayang, mak dan Una, tanggungjawab abang. Abang tak nak apa-apa yang buruk berlaku pada orang yang abang sayang"

Satu kucupan singgah di ubun-ubun isterinya, kemudian turun ke dahi dan kedua pipi, berlanjutan ke bibir merekah Nureen.

Lama mereka menikmati kucupan sehingga kedengaran telefon Luth berdering baru mereka leraikan.

Luth gagau poket seluarnya, telefon dikeluarkan. Dilihat pemanggilnya, nama Danny tertera diskrin telefonnya. Sebelah tangan memeluk bahu isterinya

"Hello Danny, wait a minute"

"Sayang keluar dulu, buat kerja, jangan mengulat pula. Potong gaji nanti" amboi Luth ni, sempat lagi. Lalu dahi isterinya dikucup sekali.

Nureen berlalu keluar dari bilik itu. Luth melihat pemergian isteri hingga hilang dari matanya.

"Hello Danny, I'm sorry I was with my wife earlier.

"Ok, aku faham. Kau hangat bercintakan sekarang ni?" gurau Danny ditalian.

Luth senyum dengan.kata-kata sahabatnya itu. Memang betul, dia hangat bercinta sekarang ni. Saat yang paling indah apabila isterinya membalas cintanya.

"So, what's the latest story?" soal Luth Ambreen, tak mahu memanjang lagi pasal dia dan isterinya.

Danny pun, kalau tak ada hal penting jarang sahabatnya itu mahu menghubunginya, biasanya mereka akan berjumpa semasa latihan martial arts saja.

"I think Marina has changed her plan, she's squeezing Dato Eskandar Shah right now" maklum Danny.

"Dato Eskandar Shah?" Luth sedang memikirkan gerangan individu yang disebut oleh Danny. "Permata Group?" teka Luth Ambreen.

"Yes."

"Kaki betina Eskandar tu" cemuh Luth.

"Aku rasa kau dah boleh tarik nafas panjang sekarang ni" kata Danny ditalian.

"Not really." Luth menafikan. "I don't even know how to say what, but my instincts are strong, I need to be careful, especially my wife's safety" Luth menyatakan apa yang dia rasai sekarang ini.

"Apa lagi?". tanya Danny.

"There are other creatures I have to be more careful about" Luth berkias kemudian keluhan berat dilepaskan. "Tonight I'll tell you. See you in the martial ring" kata Luth sebelum menamatkan panggilan.

*****

Lupa...Serata tempat dia mencari, jangankan rupa, bayang pun tak nampak. Tak tahulah dimana dia letak kunci keretanya. Sudahlah hari beransur senja. Nak 'call' suaminya, Luth Ambreen pula ke Langkawi atas urusan kerja. Tak kan nak 'call' bapa mertuanya pula, seganlah.

Badrul pula dua hari lepas kembali ke pelantar minyak, aduhhhh.. macam mana ni. Diselongkar lagi setiap laci meja kerjanya. Nureen dah tak mampu nak ingat dimana dia sumbat kunci keretanya. Beg tangannya awal-awal lagi dituang segala isi yang ada bagi mencari kunci keretanya itu.

Pada Puan Salmiah telah dimaklumkan akan kelewatan kepulangannya. Diberitahu ada kerja yang perlu diselesaikan. Memang pun ada kerja yang dia perlu siapkan. Tetapi selepas habis kerjanya, masa nak balik, baru dia perasan kunci keretanya tiada.

Dalam mencari kunci tersebut, kedengaran Azan maghrib berkumandang dari telefon bimbitnya. Solat dululah, mudah mudahan ALLAH kurnia petunjuk bagi mencari kunci keretanya. Nureen mengambil beg berisi kain telekungnya, segera berlalu menuju ke surau dihujung aras itu.

Selesai solat, lampu bilik solat itu dimatikan, hanya dia sahaja yang berada disitu. Dia berlalu menuju semula ke meja kerjanya.

Sekali lagi diselongkar segala Laci mencari kunci keretanya.

"Lewat awak hari ni Nureen?" ada yang menegurnya ketika dia sedang sibuk mencari kunci kereta.

Dikalih tubuh ke arah suara yang menegurnya. "Aa..a'ah..lewat sikit hari ni. Ada kerja nak kena selesai" bohong Nureen.

Agak lama lelaki itu tidak bertegur sapa dengannya, tiba-tiba hari ini Encik Jalal bersikap ramah pula. Macam pelik je pun. Dahlah kat opis ni sunyi, hanya ada dia dan lelaki itu sahaja. Hatinya diserang rasa takut tiba-tiba.

"Saya balik dulu ye Nureen" pamit Encik Jalal.

Lega rasa hatinya lelaki itu mahu segera pulang. "Ok..ok.. Encik Jalal, silakan"

"Nanti awak tutup lampu ye, dah tak ada sesiapa dah kat sini" maklum Encik Jalal.

"Baik Encik Jalal " balas Nureen.

Lima belas minit dia mencari kunci keretanya, akhirnya dia 'give-up'. Balik dululah, esok cerita lain, omel hati Nureen.

Kaki melangkah meninggalkan lif. Sambil menapak tangan menggagau telefon bimbit didalam beg tangan.

"Baru balik Cik Nureen?" tegur salah seorang Pengawal Keselamatan bangunan Megah Holding.

"Ya bang Daud." balas Nureen pada lelaki yang menegurnya. "Saya balik dulu ye" katanya lagi.

"Baik-baik jalan Cik Nureen" kata Bang Daud. Nureen hanya senyum.

Keluar dari bangunan Megah Holding, Nureen cuba menghubungi 'grab'. Belum sempat nombor 'grab' didail, sebuah kereta berhenti berhampirannya.

"Nureen! Kenapa jalan kaki, kereta rosak ke?" soal Encik Jalal dari dalam kereta.

"Aaaa..ya..ya..kereta rosak" tipu Nureen.

"Mari saya hantar Nureen balik" pelawa lelaki itu.

"Eh..tak apa Encik Jalal, saya order 'grab' je" beritahu Nureen. Dia segan nak menumpang lelaki itu.

Encik Jalal keluar dari keretanya. Dia mendekati Nureen. "Nureen, dah malam ni. Awak tu perempuan, Tuan Luth pula tak ada, outstation. Mari saya hantar awak balik rumah." pujuk lelaki itu.

"Aaaa...." Nureen masih berfikir, tak tumpang ke tak. Malam semakin gelap, gaya hujan nak turun pun ada. Ishh..macam mana ni.

"Masuk kereta, saya hantar awak balik" pelawa lelaki itu lagi. "Kalaulah jadi apa-apa pada awak, masa awak balik malam ni. Apa saya nak jawab pada suami awak, sedangkan saya boleh tumpangkan awak balik rumah. Mana tahu zaman sekarang ni, diver teksi, driver grab jadi perogol bersiri. Kita bukannya tahu latar belakang dorang tu. Entah-entah ada sejarah pesakit mental"

Nureen masih menimbang pelawaan lelaki itu. Kata-kata lelaki itu juga menyebabkan perasan takutnya tiba-tiba menerjah.

"Dah..tak payah fikir-fikir lagi dah, masuk dalam kereta. Nanti call atau wasap suami awak, beritahu dia awak tumpang saya balik. Kereta awak rosak. Habis cerita." hujung jari tangan kiri Encik Jalal menolak perlahan belakang bahu Nureen ke arah keretanya.

Nureen seperti dipukau, dia menurut saja, kakinya menapak perlahan ke arah kereta lelaki itu. Nureen masuk ke dalam kereta, Encik Jalal menutup pintu kereta sebelah Nureen. Berlari anak lelaki itu ke arah tempat duduk pemandu.

"Nureen.." panggil Encik Jalal.

"Ya" ditoleh ke arah lelaki disebelahnya.

"Seat belt..pakai" kata Encik Jalal. Tangan kanan lelaki itu menyelok ke dalam poket seluarnya.

Nureen kalih kepala ke kiri, tangan mencapai seat belt. Semasa dia kalih semula untuk mengenakan seat belt ke tempatnya, tiba-tiba Encik Jalal menekup hidungnya dengan sapu tangan. Nureen meronta, tetapi tidak lama. Akibat menghidu bau tengik daripada sapu tangan tersebut, Nureen pengsan tidak sedarkan diri.

Lelaki disebelah Nureen tersenyum puas.

******************

Share this novel

norsila
2022-09-17 20:38:44 

aduhhh!! gi caya duda gesang tu napo? ?? ..huuu

Noraisyah Ishak
2022-09-17 11:09:07 

mesti Duda Gersang tu yg amik kunci nureen. ada la tu udang sebalik Batu tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience