Pranggg....
Berderai gelas minuman itu dihempas ke lantai. Nafasnya turun naik menahan marah. Pinangannya ditolak. Dah berkali-kali diberitahu jangan tolak pinangannya. Memang perempuan tu mencari nahas dengannya.
"Sabar Jalal, bawa bertenang. Jangan marah-marah macam ni" si ibu memujuk anaknya.
"Dah dia menolak, tak kan kita nak memaksa pula. Ini soal hati dan perasaan. Mana boleh dipaksa" si bapa pula menasihati.
"Arghhh...Jalal tak kira, apa jadi pun, Jalal nak juga Nureen Safia tu." dia sudah tekad, hatinya sudah membulat.
"Anak orang jangan dipaksa, Jalal. Entah-entah dia sudah ada yang punya" nasihat Puan Amnah lagi.
"Jalal tahu la mak, Nureen tu belum berpunya. Memang saja dia cari nahas dengan aku.. mak" berombak-ombak dadanya menahan marah.
"Sudah-sudahlah tu Jalal, kau jangan macam-macam dengan anak dara orang" pesan Encik Osman. "Apa kata..kau rujuk balik dengan bekas isteri kau tu" saran Puan Amnah. " Kesian anak-anak kau tu"
"Argh...peduli apa aku!!" jeritnya. Terus dia keluar dari rumah itu.
Kedengaran enjin kereta menderum kuat meninggalkan halaman rumah dua tingkat itu.
Encik Osman geleng kepala dengan sikap anaknya itu. Keras kepala betul budak ni, ikut hati dia je. Kalau beginilah punya perangai, macam mana perkahwinan nak kekal, bebel Encik Osman dalam hati. Jangan dibuat benda yang tak elok pada budak pompuan tu..sudahlah.
*******
Dibelek bungkusan empat segi memanjang itu. Lama bungkusan itu tersimpan dalam simpanannya. Sekali lagi dibaca tulisan yang tertera pada kad kecil itu.
~ Untuk kesayangan Ku ~
from LA
Nureen senyum sendirian. Apalah agaknya yang suami dia bagi. Haa..suami? Dah insaf ke kau Nureen..
Nureen Safia perlahan-lahan telah membuka hatinya untuk Luth Ambreen. Tetapi hal ini belum dikhabarkan pada lelaki itu. Biarlah dulu, lelaki itu pasti akan tahu juga nanti. Nureen tersenyum.
Kertas pembalut dikoyak. Kelihatan bekas baldu merah hati bersegi panjang. Dibuka penutupnya. Seutas rantai emas bertahtakan batu berlian sebesar kacang pis, dan loket berbentuk hati berkembar melekat dibawah batu berlian itu.
"Cantiknya" puji Nureen. Kalau lah dia tahu apa isi kandungan bungkusan tu, dah lama dia buka.
Loket hati berkembar itu dibuka, tertera wajahnya dan Luth Ambreen didalamnya. Dia tersenyum melihat gambar itu. Dikenakan rantai itu dileher jinjangnya lalu dibelek-belek dihadapan cermin meja soleknya. "Cantik sangat-sangat" pujinya lagi.
Rantai itu terletak cantik didadanya. Dia mendapat akal. Diambil gambar rantai itu pada telefon bimbitnya. Melalui pesanan Whatsapp dihantar gambar itu pada suaminya bersama caption...
[ tq sayang ] diringi emoji muka 3 love.
Pintu biliknya terbuka. Aisha Husna masuk dengan botol susu dimulut dan patung teddy bearnya dipeluk didada.
"Anak mama nak tidur dah?" soalnya pada anak itu.
Aishah Husna mengangguk. Nureen mengangkat anak itu lalu dibaringkan diatas katil. Tubuh Nureen mengiring ke arah anak kecil itu. Tangan kiri menongkat kepala, manakala tangan kanan naik menepuk perlahan pinggulnya Aisha Husna.
Aishah Husna terpandang rantai yang sedang elok terkalung dileher Nureen.
"Tatek(cantik) la mama, papa bagi ke?" soal Aisha Husna sambil memegang rantai berloket hati berkembar.
"Ya..papa bagi mama. Cantikkan?"
Anak itu mengangguk.
"Ok..dah, tidur" Nureen terus menepuk Aisha Husna sehingga anak itu terlena.
Telefon bimbit dicapai, dilihat kembali Whatsapp yang dihantar pada Luth Ambreen. Masih belum dibaca.
Basah lencun singlet kelabu yang dipakainya. Begitu juga boxer yang beralaskan inner seluar..turut lencun. Luth baru sahaja selesai menjalani latihan martial arts pada malam itu. Dia mahu memantap dan memahirkan lagi dirinya dalam seni itu.
Dua botol mineral berisipadu 500ml diambil dari beg galasnya, satu dihulurkan pada sahabatnya, Danny. Penutup botol dibuka lalu ditunggang air jernih itu masuk ke mulutnya. Bergerak-gerak kerongkongnya menelan air jernih itu.
"That woman's back here?" soal Danny, tangan memulas tudung botol mineral, matanya terarah ke tengah gelanggang.
"You found her?" soalan dijawab soalan.
"Came across, with a man and I know that guy" kata Danny lagi. Dia tahu kisah Luth dan Marina.
"Dia datang cari aku kat office" beritahu Luth.
"You gave her a chance?" Danny tidak suka sahabatnya itu berbaik semula dengan Marina. Cukuplah derita yang Luth tanggung dulu.
"Just drinking coffee, nothing more than that. My heart is filled, I won't turn back to Marina. I won't!" tegas kata Luth
"Baguslah kalau macam tu" Lega dia mendengar. "Why didn't I know you had someone?" sedikit kesal dia disitu.
Luth senyum segaris. "Belum masanya lagi aku nak ceritakan pada kau" jelas Luth.
"Ok..aku tunggu. Apa-apa pun, kau kena hati-hati. I think she's got an agenda. Because she's with a guy I know well enough" Danny memberi ingatan pada sahabatnya.
"Thanks Danny reminded me. Thank you for tonight, too" ucap Luth sambil melangkah keluar dari gelanggang dan dituruti oleh Danny.
"Welcome. It's nice to be training with you. Your movements are getting nimble, the blows are getting more cohesive" Danny memberi semangat pada sahabatnya.
Luth senyum.
"Ok Luth, I'll move first" Danny menghidupkan enjin superbikenya.
"Ok. See you later" Luth berpamitan dengan sahabatnya.
Lelaki tionghwa itu terus memecut superbikenya.
Luth Ambreen mengambil angin sebentar menghilangkan lelah sebelum memasuki keretanya. Air mineral yang masih berbaki separuh, ditunggang sehingga habis. Botol kosong dilempar masuk ke dalam tong sampah berhampiran.
Dia terfikir akan peringatan Danny. Kepala diangguk beberapa kali. Panggilan kecemasan daripada Marina pada malam itu, adalah satu agenda atau perangkap untuknya. Dia perlu lebih berhati-hati. Isterinya juga perlu dilindungi melebihi dirinya. Ada kebimbangan disitu. Buat masa sekarang Marina belum tahu yang dia sudah beristeri. Ada kebaikan juga Nureen menangguhkan majlis perkahwinan mereka.
Enjin kereta dihidupkan. Tangan menggagau telefon bimbit didalam poket jaket kulit yang tergantung pada kerusi sebelah penumpang.
Dilihat ada satu pesanan Whatsapp masuk ke telefonnya. Dibuka pesanan itu lalu dibaca.
"Alhamdulillah, syukur pada mu Ya ALLAH..." tersenyum sengih dia melihat gambar dan 'caption' yang dihantar oleh Nureen. Teruja tahap gaban.
Berulang kali dia melihat Whatsapp yang dihantar oleh isterinya. "Whoaa!! Hu..hu.." menjerit Luth dalam kereta, ditepuk-tepuk stereng kereta berkali-kali. Tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya dia.
Ditatap jam pada skrin telefon bimbitnya. Angka menunjukkan 11.45PM.
"Alamak!..mesti dah tidur ni" hajat dihati mahu bergayut dengan bidadarinya, waktu tak mengizinkan. Tetapi..pesanan Whatsapp dibalas juga...
[wc bidadariku, cantik sayang pakai rntai tu, tapi geramlah tngok dada gebu syang, mcm nk gigit²]
Selepas menghantar pesanan Whatsapp itu, Luth menggerakkan kereta untuk pulang, senyum lebar masih terukir dibibir. Tingkap keretanya diturunkan bagi menikmati keindahan dan hembusan bayu malam. Penat berlatih tadi hilang dibawa angin gembira.
Selesai membersihkan diri, Luth bersiap untuk tidur. pesanan Whatsapp isterinya tadi, dilihat lagi..dan lagi..dan lagi.
"Aduhhhh Safia ooiiii, kau buat aku gilalah" tersengih Luth keseorangan. Tidur Luth pada malam itu nyenyak seperti menelan sepapan pil tidur.
*******************
.
Hello uols, trima ksih atas sokongan, sayang hampa smua. Teruskan membaca.
Share this novel