"Ok, sampai sini saja meeting kita kali ini, saya harap anda semua dapat memberi kerjasama yang baik pada projek terbaru kita kali ni. Terima kasih semua, assalamualaikum" Luth baru saja menamatkan mesyuarat berkaitan dengan projek baru yang diterima oleh Megah Holding.
Sejak Luth bernikah sebulan yang lalu, alhamdulillah, rezekinya mencurah-curah. Megah Holding memperolehi beberapa projek baru termasuk dua projek mega. Barangkali berkat lelaki itu membiayai dan menyara sepenuhnya segala keperluan anak yatim... si Aisha Husna.
"Nureen Safia..awak tunggu sekejap, ada perkara yang saya nak cakap dengan awak, yang lain boleh bersurai" kata Luth.
Staf-staf yang lain mula meninggalkan bilik mesyuarat itu, hanya Nureen dan Luth yang masih melekat dikerusi.
"Perkara apa yang tuan nak cakap dengan saya" setelah semuanya staf keluar, Nureen bersuara.
Lelaki itu bangun dari duduknya lalu mendekati isterinya. Punggungnya dilabuhkan pada birai meja yang besar dan kukuh itu. Kaki kanan menahan tubuh dan kaki kiri sedikit terangkat. Kemudian kedua tangan disilangkan didada bidangnya. Raut wajah si isteri direnung.
Nureen tenung lelaki itu bermula dari dia bangun, melangkah, sehinggalah lelaki itu duduk berdekatan dengannya. Duduk yang penuh dengan gaya dan berkarisma. Gaya seorang CEO. Kenapalah aku nampak mamat senget ni kacak bergaya sangat hari ni, omel hatinya.
Luth cuit pucuk hidung Nureen. Gadis itu tersentak. "Kenapa? Dah jatuh cinta dengan suami sendiri?" soal Luth dengan senyum menawan.
"Tak ada maknanya.." Nureen juling mata ke atas, menafikan apa yang berdetik dihatinya.
"Sombongnyaaa...isteri siapalah ni?" Luth rendahkan tubuhnya. Didekatkan mukanya dengan raut wajah Nureen, gadis itu kaget.
"Ishh..apa ni?" Nureen marah-marah manja gitu. Luth tegakkan semula tubuhnya.
"Minggu depan aku outstation, dalam seminggu macam tu aku tak ada kat sini" maklum Luth pada isterinya.
"Okey" jawab Nureen sepatah.
Itu je dia jawab, omel hati Luth. "Kau nak ikut aku pegi outstation?" tanya Luth.
"Tak naklah, nak ikut buat apa, tuan pegi keja kot, bukannya pegi honeymoon" jawab Nureen.
"Habis.. kalau aku bawa kau pegi honeymoon, kau nak ikut ke?" Luth angkat keningnya beberapa kali.Senyum nakal terbentuk dibibirnya.
Nureen pandang ke arah lain. Nasib baik dinding bilik mesyuarat ni semua konkrit, orang luar tak nampak apa yang berlaku didalam.
"Sepanjang aku tak ada ni, kau to..." pintu bilik mesyuarat diketuk, terhenti kata-kata Luth disitu. Punggungnya dialih dari meja, berdiri tegak dia disitu.
"Masuk.." laung Luth dari dalam.
Pintu dikuak dari arah luar. Muncul wajah Afifah.
"Maaf mengganggu. Tuan Luth..ada orang nak jumpa tuan" terang PA Luth.
"Who is it? I have no appointment with anyone today. Man or women?"
"Cik Marina"
Luth terkedu mendengar nama itu. "Setelah sekian lama" katanya perlahan, tetapi didengar oleh Nureen. Tanpa berkata apa-apa pada Nureen, laju kaki lelaki itu melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu, seperti mengejar sesuatu.
Afifah dan Nureen berpandangan.
Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam sebuah kedai makan. Kelihatan ramai pelanggan di dalamnya, maklumlah waktu makan tengahari. Tetapi kelihatannya masih ada meja yang kosong.
Selesai mereka bertiga mengambil juadah hidangan tenghari itu, Kak Shida, Nureen dan Afifah melangkah ke arah satu meja disudut kedai itu.
Ketika sedang enak menjamu selera, Kak Shida terpandang dua individu yang sangat dia kenali sedang ralit berbual di satu meja tidak jauh dari meja mereka bertiga.
"Fa..kau nampak tak apa yang aku nampak?" anak mata Kak Shida tepat kepada dua individu itu.
"Apa dia kak?" soal Afifah. Matanya terarah kepada apa yang dilihat oleh Kak Shida. "Oohh...Tadi pompuan tu datang kat office, cari Tuan Luth" jelas Afifah, lalu dia menyambung makan.
Pantas Nureen menoleh ke arah yang sama. Tak semena-mena matanya tertacap pada tangan perempuan itu sedang menepuk-nepuk lengan Luth yang berlapik kemeja biru laut. Kelihatannya perempuan itu yang terlebih mesra, Luth...biasa saja raut wajahnya. Hanya mendengar celoteh perempuan itu.
Dia toleh kembali ke arah pinggan makanannya. Nureen sambung makan, kenapa dia rasakan makanan didalam mulutnya susah untuk ditelan. Ada sesuatu yang menyucuk tangkai hatinya.
"Ishh..tak kan yang terputus..bertaut kembali" dalam maksud Kak Shida.
"Tak tahu lah kak, dulu.. perempuan tu yang buat onar, sekarang datang cari balik agaknya. Kacak, kaya macam Tuan Luth tu, rugi kalau dilepaskan" Afifah pula bersuara.
"Dorang tu dulu pasangann kekasih ke?" tiba-tiba soalan itu yang meluncur keluar dari mulut Nureen.
"Bukan setakat pasangan kekasih, hampir-hampir kahwin" kata Kak Shida.
"Hahhh!!.." terkejut besar Nureen dibuatnya.
"Apasal kau terkejut sangat ni? Kecoh la kau ni Reen. Kau diam-diam sudah, tutup mulut rapat-rapat. Jangan sampai Tuan Luth tahu kau tahu perkara ni" pesan Kak Shida.
"Seminggu sebelum majlis kahwin, perempuan tu menghilangkan diri" Afifah pula sambung cerita. "Tuan Luth seperti orang hilang akal, masuk office pun sekejap datang, sekejap tidak, macam biskut chips more. Dato Lutfee pun pening kepala dengan sikap anak tunggalnya. Last-last Tuan Luth letak jawatan sebagai engineer projek. Ada rumus mengatakan, dia pergi cari perempuan tu. Ada yang kata dia bawa diri ke oversea, negara mana..tak tahu" panjang lebar cerita yang keluar dari mulut PA Tuan Luth itu.
"Sebab tu bila Tuan Luth muncul balik sebagai CEO Megah Holding, sikapnya jauh beza dengan yang dulu." kata Kak Shida.
"Kalau dulu macam mana?" soal Nureen, ingin juga nak tahu perangai suaminya.
"Dulu Tuan Luth tak macam sekarang. Mesra Alam, senyum memanjang. Cairlah kalau sesiapa yang tengok senyumannya. Sekarang ni beku macam bongkah ais, nak senyum pun susah. Serius semedang, cakap pun kadang-kadang main lepas je" Afifah pula bersuara. PA Luth Ambreen, hari-hari dia yang hadap muka CEO Megah Holding, dia tahulah.
"Eh..dah pukul berapa ni? Jom-jom lewat pula masuk opis" Kak Shida terlebih dahulu mengangkat punggung. "Sedap pula makan bawang tengahari ni, sampai lupa nak masuk keja" dalam maksudnya.
Semasa mereka bertiga beredar dari meja makan, Luth ternampak kelibat Nureen. Dia pandang wajah Nureen, tapi isterinya buat tak tahu sahaja. Jeling dia pun tidak. Luth pandang Nureen sehinggalah tubuh isterinya keluar dari kedai makan itu.
Marah ke? soal hati Luth. Cemburu..Luth senyum segaris.
**************
Share this novel