Keluar saja dari balai ketibaan, wajah sahabatnya Danny terpempang dimatanya. Mereka beriringan menuju ke kenderaan Danny.
"Where are you going first?" soal Danny, ketika mereka berdua meloloskan diri ke dalam kenderaan pacuan empat roda milik Danny.
"Rumah mertua aku. My parents have been there since last night" kata Luth.
"Muka kau teruk sangatlah aku tengok" komen Danny.
"Isteri aku kena culik kot!?. Aku nak sengih lagi ke!?" kasar nadanya.
Danny senyum segaris mendengar ayat yang keluar dari mulut Luth Ambreen. Sarang tebuan jangan dijolok. Silap percaturan, gua kena sengat maa...
"Nasib baik anak aku tak buat perangai mama dia tak de"
"Untung kau, buy one free one" seloroh Danny. Cuba menceritakan sahabatnya.
Luth..muka dah macam telan anak tebuan. Agaknya lah, kalau dia dapat makhluk yang culik isteri dia tu, separuh nyawa dia kerjakan.
Danny meneruskan pemanduan ke rumah ibu mertua Luth.
Setelah mendengar segala cerita Luth berkaitan Jalal, Dato Lutfee menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tak sangka Jalal begitu sekali sikapnya, terlalu taksub dengan menantu perempuannya.
Kemudian Dato Lutfee menyerahkan rakaman CCTV kepada anak tunggalnya.
Luth Ambreen dan Danny membelek hasil rakaman CCTV itu. Diantara CCTV yang dipasang disekitar bangunan Megah Holding, dua daripadanya terang-terangan merakam kejadian Nureen memasuki kereta Jalal.
Company sendiri, senanglah Dato Lutfee dapatkan rakaman tersebut. Bagi arahan, terus dapat apa yang dia nak.
"Kalau buat laporan polis ni, memang sah polis akan pegang Jalal. Sebab dia individu terakhir bersama Nureen sebelum Nureen hilang" Danny memberi pandangan.
"Jom kita ke balai, buat laporan polis" cadang Dato Lutfee.
"Tak pe walid, biar Luth dan Danny je yang uruskan hal ni" kata Luth. "Walid tunggu je kat sini, temankan ummi dan mak"
"Harap-harap Reen tak apa-apa." sebak suara Puan Salmiah mengenangkan nasib anak perempuannya. Sudahlah tarikh majlis dorang tu seminggu lebih je lagi.
"Sabar Salmiah, kita doakan yang baik-baik untuk Nureen" Datin Lateefa menggosok-gosok belakang besannya bagi mententeramkan hati galau wanita itu.
Luth Ambreen pandang wajah sugul ibu mertuanya. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat melindungi isterinya sehingga terjadinya perkara seperti ini. Luth bangun dari duduk, ibu mertuanya didekati, dia berteleku dihadapan wanita itu.
"Mak..Luth minta maaf. Luth tak jaga anak mak betul-betul. Luth minta maaf mak." dicapai kedua tangan tua itu lalu kekura tangan Puan Salmiah dikucup.
"Tak perlu minta maaf, bukan salah Luth pun. Perkara dah nak jadi, dugaan dari ALLAH." lembut si ibu mertua memujuk.
"Doakan Luth mak..ummi" dipandang insan-insan mulia didepannya. "Luth akan cari Nureen sampai dapat. Ini janji Luth" Azam lelaki itu.
Dato Lutfee, Datin Lateefa dan Puan Salmiah pandang pemergian Luth Ambreen dan Danny hingga hilang kelibat kenderaan itu dari mata.
******
Jalal keluar dari pondok usang itu menuju ke pekan yang berhampiran untuk mencari bekalan makanan. Nureen yang belum sedarkan diri, ditinggalkan sendirian.
Jarak diantara pondok usang dengan pekan kecil tempat itu lebih kurang dua puluh kilometer. Agak jauh juga. Jalal tiada pilihan. Dengan kuantiti ubat pelali yang diberikan pada Nureen pada suntikan kedua, cukup untuk membuatkan Jalal pergi dan balik untuk membeli barang keperluan.
Sampai dipekan kecil itu, Jalal memandu keretanya menuju ke sebuah mini market. Kereta diparking betul-betul depan pintu masuk mini market itu. Keluar dari kereta tanpa memandang kiri kanan, terus Jalal melangkah masuk ke dalam mini market itu.
Tanpa disedari oleh Jalal, ada mata yang sedang memerhati tindak tanduknya.
Barang-barang yang dibelinya tidaklah terlalu banyak. Dia tidak bercadang untuk tinggal dipondok itu dalam jangka masa yang lama. Cukuplah bekalan untuk dua ke tiga hari.
Keluar dari mini market itu, matanya terpandang sebuah kedai makan diseberang jalan.
Disumbat barang-barang yang dibelinya masuk ke dalam bonet kereta. Bonet ditutup. Alarm kereta ditekan. Dia melangkah ke arah kedai makan diseberang jalan itu. Masuk saja ke dalam kedai makan, matanya meninjau lauk pauk yang tersedia didalam almari cermin kedai itu, terus seleranya datang. Dari malam tadi, dia hanya menelan biskut kering dan air mineral saja.
Sepinggan nasi penuh dihulurkan oleh pembantu kedai. Jalal memilih lauk yang dikehendakinya. Segelas nescafe ais kaw dipesannya. Nasi berlaukan kari kepala ikan, ikan keli berlada, telur asin dan sambal belacan dinikmati dengan lahap sekali, tanpa memikirkan langsung keadaan sekeliling.
Mata yang memerhati Jalal, mengawasi gerakgeri lelaki itu dari jauh.
Luth dan Danny berjaya mengesan lokasi kedudukan Nureen. Dua orang suruhan Danny yang handal mengendalikan jentera screambler telah diarahkan ke lokasi terlebih awal untuk mengintip pergerakan Jalal dan memaklumkan kepada mereka.
Luth dan Danny serta anak buahnya yang lain hanya menunggu untuk bertindak berdasarkan maklumat yang mereka terima dari dua pengintip itu.
"Luth kita kena gerak sekarang, orang aku bagi info Jalal keluar dari tempat persembunyiannya. Dia pergi ke pekan. Kita kena cepat selamatkan wife kau sebelum dia balik semula ke situ" beritahu Danny. Mereka semua sudah bersedia dan kedudukan mereka pula tidak jauh dari lokasi Jalal menyembunyikan Nureen.
Luth, Danny dan beberapa orang suruhannya segera bergerak ke lokasi yang mereka telah ketahui. Mereka perlu bertindak pantas sebelum Jalal sedar akan kehadiran mereka.
Turun dari pacuan empat roda itu, Luth terus menerjah masuk ke dalam pondok usang itu, kelihatan Nureen terbaring tidak sedarkan diri diatas pangkin dalam pondok usang yang dikelilingi pohon getah dan belukar. Silap haribulan Pak belang pun ada dalam belukar tu.
"Alhamdulillah" ucap lelaki itu sejurus terpandang tubuh isterinya.
Pantas Luth menghampiri isterinya yang terbaring itu. "Sayang..sayang.." dipanggil dan ditepuk perlahan pipi mulus isterinya.
Danny menyusul masuk ke dalam pondok itu. "How's your wife?" soal Danny kalut, mereka tak boleh berlama disitu
"My wife is unconscious" balas Luth. Ditepuk perlahan pipi Nureen, dipanggil nama isterinya. Tiada tindak balas dari Nureen.
"Don't waste time, take your wife to the hospital. Jantan keparat tu suntik sesuatu pada isteri kau" kata Danny, matanya terarah pada jarum-jarum suntikan yang terdampar diatas lantai tanah pondok itu.
"Crazy man!" marah Danny dengan apa yang telah Jalal lakukan pada isteri sahabatnya.
Segera Luth mengendong isterinya keluar dari pondok usang itu.
"Kau pegi dengan Ako, dia bawa kau ke hospital" lalu Danny melaung nama Ako.
"Ok" balas Luth sepatah.
"Jantan keparat tu, biar aku dan Ridhuan yang selesaikan" kata Danny.
Laju Luth meloloskan dirinya serta tubuh isterinya ke dalam pacuan empat roda Ako. Terus Ako memecut kenderaan itu menghala ke hospital.
Danny dan kuncu-kuncunya segera meninggalkan tempat itu sebelum Jalal pulang. Ada misi seterusnya yang perlu dia selesaikan bersama ASP Ridhuan.
Perut sudah kenyang diisi, dia perlu segera kembali ke pondok itu. Nureen sudah lama ditinggalkan. Risau kalau-kalau Nureen tersedar nanti.
Enjin kenderaan dihidupkan. Dalam perancangannya.. malam ini dia akan membawa Nureen keluar dari pondok itu. Jalal memecut kenderaan menuju ke pondok usang itu.
Seperti biasa, kenderaannya diletakkan dibelakang pondok itu. Barang-barang yang dibelinya dikeluarkan dari bonet kereta. Dia melangkah masuk ke dalam pondok itu.
Buntang biji mata Jalal apabila melihat pangkin yang menempatkan tubuh Nureen.. sudah kosong.
Perempuan ni dah sedar ke?. Tak kan kot. Kalau ikutkan perkiraannya, dengan kuantiti ubat pelali yang dia berikan pada Nureen, perempuan itu tidak akan sedar dalam tempoh dua atau tiga jam lagi
Barang-barang ditangan habis dilemparkan ke tanah. Dia berlari keluar dari pondok usang itu. Mata meligas ke segenap ceruk kawasan itu. Kelibat Nureen langsung tidak kelihatan. Dia ke bahagian belakang pondok, mata melilau ke sekitarnya..tiada juga.
"Tak kan dia lari ke jalan besar kot. Parah kalau dia betul-betul dah ke jalan besar. Habislah aku"
Jalal berlari ke arah kenderaannya dibelakang pondok. Alarm kereta ditekan, dia meloloskan diri ke dalam kereta, segera enjin dihidupkan. Kereta dipandu kasar melalui lorong kecil menuju ke jalan besar untuk mencari Nureen.
Belum sempat tayar keretanya mencecah jalan besar, sebuah kenderaan polis dan dua buah pacuan empat roda memintas kereta Jalal dilorong itu. Jalal terkejut dengan kehadiran anggota polis itu, pantas dia membuka pintu keretanya dan melarikan diri ke dalam kebun getah itu.
Dua buah screambler mengejarnya dari belakang. Setakat mana Jalal boleh lari jika dibandingkan dengan kelajuan screambler. Hampir saja dengan tubuh Jalal, salah seorang yang menunggang screambler itu menendang belakang Jalal, jatuh tersungkur dia didalam kebun getah itu.
Wajahnya berlumuran darah akibat tersungkur. Pihak polis segera menangkap dan menggari lelaki itu yang sedang meringis kesakitan diwajahnya.
****************************
Share this novel