BAB 23

Romance Series 66946

Kenapa nampak dia lain macam sangat? Laki aku ada 'sound' dia ke? Ke..dah 'give up' aku tolak pinangan dia. Dia dah tak kacau aku, ok la kan? buat apa serabut kepala otak dok fikir-fikir lagi. Tapi kan..rasa pelik, tiba-tiba..

Selalunya pantang nampak muka aku, mulalah miang dia mencanak. Tapi sejak kebelakangan ni..dia macam mengelak. Terserempak dekat pantri, cepat-cepat dia beredar. Kalau terserempak dekat lif, dia tak akan naik lif sekali dengan aku. Ishhh..peliklah.

Nantilah aku tanya dengan tok laki aku tu.

"Mama..papa pegi mana? Lama papa tak datang" pelat Aisha Husna semakin berkurang sejak dia mula ke Taska. Luth pula rajin membetulkan sebutan-sebutan pelat yang disebut oleh anak itu.

Untuk kemajuan anak itu, Luth memang bersemangat. Luth yang mencadangkan agar Aisha Husna masuk ke Taska terlebih awal. Sebab itulah agaknya rezeki lelaki itu mencurah-curah sejak kebelakangan ini. Untuk anak yatim piatu itu tak pernah dia berkira.

"Papa pegi 'work' jauh la sayang" jelas Nureen Safia.

"Bila papa nak balik?, Una nak tunjuk gambar yang Una kaler kat papa"

"Ooo pasal tu ke sayang mama tanya papa. Esok papa balik, nanti mama bagi tahu papa"

"Okey mama" si kecil itu senyum.

"Una tak tidur lagi?" tanya Puan Salmiah pada cucunya yang sedang baring berbantalkan peha Nureen. Mulutnya disumbat botol susu.

Aisha Husna menggeleng.

"Esok tak sekolahkan? Malam ni tidur dengan Mak Tok, nak?" usul Puan Salmiah pada cucunya.

Bagai mengantuk disorongkan bantal. Terus Aisha Husna bangun dari baring.

"Mama..mama..Una tido dengan Mak Tok, boleh ke?"

"Pergilah.." suruh Nureen.

Aishah Husna berdiri mendapatkan Mak Toknya lalu tangan wanita itu dicapai dan heret bangun menuju ke bilik Puan Salmiah.

"Amboi... mentang-mentanglah dapat tidur dengan Mak Tok, dengan mama pun tak 'kiss' dah?"

Aisha Husna pusing tubuh lalu dia melangkah ke arah Nureen Safia, pipi Nureen dicium kiri dan kanan. "Good night mama" ucap anak itu.

"Macam tu lah anak mama, 'good night' sayang" balas Nureen Safia.

"Reen tak nak tidur lagi?" tanya emaknya.

"Kejap lagi mak. Mak tidurlah dulu. Reen nak habiskan tengok cerita ni dulu" balas Nureen.

Sedang Nureen asyik melayan 'movie', telefon bimbitnya berdering. Dilihat pemanggilnya, tertera nama di skrin telefonnya..Mamat Senget.

Dah jadi suami Nureen ooiii, boleh tukar dah panggilan tuu...

"Assalamualaikum sayang" ucap Luth Ambreen ditalian.

"Waálaikumsalam" jawap Nureen.

"Sayang tak tidur lagi?" tanya Luth.

"Kalau sayang dah tidur, siapa nak jawap call abang ni? Mak Lampir ke?" Nureen berseloroh.

"Amboiii sayang, sedas sayang tembak abang" gurau Luth.

"Mati tak?" soal Nureen, Masih berseloroh

"Apa yang matinya?" Luth menyoal hairan.

"Habis, dah abang cakap sayang tembak abang?" Nureen menahan senyum.

"Sayang ni kan...aiii...nasib baik tak ada depan mata abang, kalau tidak..siap sayang, abang gigit dada sayang" geram Luth dengan kenakalan isterinya sekarang ini.

"Kalau depan abang...tak kan nak gigit jeee.." dileret perkataan je, bunyi seperti menggoda. Dia tahu suaminya jauh, sebab tu dia berani cakap macam tu.

"Sayanggg..sayang jangan cabar abang tau. Sayang rasa sekali, sayang ingat sampai mati" amaran lembut sang suami.

"Rasa? apa tu?" soal Nureen. Dia faham, tapi buat-buat tak paham. Mahu tengok reaksi suaminya.

"Sayang!...baik buka pintu cepat sebelum abang pecahkan pintu rumah sayang ni" ugut Luth ditalian.

"Apasal sayang nak kena buka pintu pulak, dah malam la" kata Nureen hairan. Dah kenapa suaminya suruh buka pintu rumahnya malam-malam hari ni? Lagi pun Luth kan outstation.

"Abang depan pintu rumah sayang ni, cepat buka. Bapa Lampir nak masuk. Sayang dah naikkan 'rasa' abang..tau" Luth buat suara geram ditalian.

"Hah!!.." menggelabah Nureen dibuatnya. Dada bagai nak pecah. Matilah aku, macam mana ni..

Melompat Nureen turun dari sofa, kaki melangkah ke arah pintu. Apabila daun pintu terkuak,

Assalamualaikum bidadariku..." ucap Luth dengan tubuh berdiri sendeng, tangan kiri melekap ke dinding, senyum nakal terhias dibibir. Mata tunak merenung si isteri.

"Wa..Wa..waálaikumsalam" tergagap-gagap Nureen menjawap salam. Terkejut melihat encik suami didepan mata.

Siap lah kau Nureen.

Luth Ambreen melangkah keluar dari bilik mandi. Tuala putih melilit dipinggang, tubuh bahagian atas dibiarkan terdedah. Tuala kecil masih bergumpal dikepalanya bagi mengeringkan air rambut.

Berhati-hati Nureen membawa mug berisi milo panas untuk encik suami. Pintu bilik dibuka. Nureen melangkah masuk. Matanya secara tidak sengaja terpandang tubuh kekar Encik suami yang tidak berbaju. Membahang wajahnya. Malu. Dup..dap.dup..dap..dadanya melihat tubuh kekar itu, dengan enam ketul bun diperut encik suami. Mana-mana perempuan yang melihat mesti meraung melihat tubuh jantan gagah seperti itu.

Awww...shekshinyeee...

"Sayang tengok apa?" soalan Luth mematikan lamunan Nureen.

"Tak..tak..a..abang tu kenapa tak pakai baju?" tergagap-gagap Nureen menjawap.

"Abang kan baru lepas mandi? Sayang tu, kenapa muka tu?"

Sebelah tangan naik meraba ke mukanya. "Kenapa dengan muka sayang?" tanya Nureen.

"Mari sini abang tengok" digamit isterinya.

Nureen melangkah mendekati suaminya. Mug ditangan diletakkan atas meja solek. Dia berdiri mengadap Encik suami.

Kedua telapak tangan Luth melekap pada rahang wajah Nureen, dibelek-belek wajah cantik itu.

"Ada apa bang?" soal Nureen.

"Sekejap, abang tengok, apa benda ni?" didekatkan mukanya pada wajah si isteri lalu dengan pantas bibir mugil isteri dibenam rapat.

"Ummph.." sorry la Nureen, Encik suami dah dapat, ha..ha..ha

Awalnya Nureen cuba menarik bibirnya, tetapi telapak tangan gagah yang melekap dirahangnya semakin kemas. Nureen menginjat sedikit kakinya, membiarkan saja encik suami menganyam bibirnya. Tangan Nureen naik merangkul leher Luth. Hanyut mereka dalam membalas kucupan.

"Manis.." kata Luth, ibu jarinya bermain-main pada bibir isterinya.

Nureen pandang wajah sang suami yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya dengan sabar. Dia pun dengan rela hati membuka seluas-luas pintu hati untuk Luth Ambreen.

"Abang tak akan minta lebih dari sayang. InsyaALLAH abang akan tunggu sampai majlis kita selesai"

Atas persetujuan kedua keluarga, majlis perkahwinan Luth Ambreen dan Nureen Safia akan berlangsung lagi tiga minggu. Kad jemputan sudah mula diedarkan. Staf Megah Holding terkejut dengan perkhabaran gembira ini.

"Pandai kau simpan rahsia ye Reen" Kak Shida picing mata ke arah Nureen. "Sikit pun kau tak cerita kat akak. Sampai hati kau" Kak Shida terasa hati dengan 'best friend'nya.

"Bukan tak nak cerita kak. Akak tengoklah dia siapa, Reen siapa. Tak naklah benda ni heboh-heboh." Nureen membela diri.

Kak Min pandang tepat wajah Nureen. Dia menyesaki sesuatu.

"Apasal Kak Min pandang Reen macam tu" seram dengan tenungan Kak Min. "Tu..nasi tu, habiskanlah"

"Akak dah kenyang dengar cerita kau. Baik kau cakap betul-betul, masa balik dari kursus hari tu kau orang dah 'start' bercinta..kan?" Kak Min meneka.

"Mana ada la Kak Min. Reen pun tak sangka dia bagi tahu akak yang Reen kena balik dengan dia. Dia paksa Reen tau tak, Guna kuasa veto dia sebagai boss, agak-agak cuba akak fikir. Siap Tuan Luth tu cakap akak balik nak singgah rumah mertua akak, bapa mertua akak sakit, Reen percayalah" jelas Nureen Safia.

"Tapi kan.." Kak Shida pula sambung. "Nasib baik Tuan Luth, akak percaya lagi. Kalau si duda gersang tu, nauzubillah, tak tahu akak nak kata apa, seram."

"Kan.." tambah Kak Min. "Aku pun takut..Shida"

"Apa-apa pun tahniah akak ucapkan, Tuan Luth lelaki pertama yang berjaya buka hati kau Reen, lelaki lain semua frust menonggeng dapat tahu kau dah kahwin"

"Macam mana agaknya reaksi Encik Jalal tu dapat tahu kau dah diambil orang" ke situ pulah Kak Min ni fikir. "Harap-harap dia boleh terima kenyataan. Jangan meroyan sampai terjun gaung sudahlah"

"Selama ni pun Reen tak pernah bagi dia harapan apa-apa pun, tapi tiba-tiba hari tu Encik Jalal hantar rombongan meminang, Reen tolaklah."

"Haa!!...meminang!?" serentak Kak Shida dan Kak Min terkejut.

Eh..aku tak pernah cakap eaa..kat dorang.

"Tuan Luth tahu tak duda gersang tu masuk meminang kau?" tanya Kak Shida.

"Masuk meminang siapa?" tiba-tiba ada suara keras mencelah diantara mereka.bertiga.

Tiga pasang mata mendongak ke arah suara itu. Terrkejut...

"Tuan Luth!??" serentak mereka bertiga bersuara menyebut nama itu. Terkejut tahap gaban.

Anak mata lelaki itu tajam merenung, hanya pada Nureen Safia sahaja.

Nureen telan liur tak lepas.

****************************

Minta maaf semua, author sibuk sikit kebelakangan ini. Ada ahli kluarga author terlibat kemalangan. InsyaALLAH author akan akhiri kesudahan kisah Luth & Nureen. InsyaALLAH..Trima ksih atas sokongan smua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience