18

Romance Series 14358

-1 TAHUN KEMUDIAN-

Alat periksa kehamilan itu dipandang lama olehnya. Matanya ralit memerhatikan dua garis panjang yang terpapar. Positive? Ainan menutup mulut dan menangis terharu. Setelah beberapa bulan dia dan Amsyar menunggu. Alat tersebut diletakkan ke atas meja dan telefon bimbitnya dicapai sebelum nombor suaminya didail.

"Hello. Abang kat mana? "

Bunyi bising di corong telefon itu mendatangkan rasa aneh di hati Ainan. Kedengaran bunyi muzik yang rancak dan suara orang ramai.

"Kejap sayang. Hm. Abang dekat Kedah lah. Ni tengah enjoy dengan kawan abang yang lain. Kenapa ni? "

Ainan tersenyum manis. Dia percayakan suaminya.
Amsyar memberitahu bahawa dia akan bercuti 5 hari 4 malam di Langkawi bersama sahabat yang lain. Kenapa Ainan tak ikut? Amsyar tidak membenarkan kerana 'men business' katanya.

"Nak Ainan cakap hari ni ke? Or masa abang balik nanti? " usik Ainan manja. Amsyar diam di hujung telefon. "Sekarang lah sayang. Abang penat ni. Cepat. Apa dia? " desaknya dengan nada terburu-buru.

Ainan sedikit terasa. Penat sampai tak nak layan aku ke? Dia mengeluh kecil dan perutnya yang masih belum kelihatan besar itu diusap. "Oh. Hm. Ainan-"

"Darling! Mana you?!"

Ayat Ainan tergantung. Belum sempat dia menyudahkan ayat, ada suara lain yang memotong. Suara perempuan dihujung panggilan Amsyar menyentakkan Ainan. Darling? Siapa tu?

"Abang? Siapa tu? "

Amsyar sudah panik. Secepat ini kah dia akan kantoi? "Sayang. Err. Tu suara bini kawan abang." pintas Amsyar dengan suaranya jelas kedengaran bergetar. Ainan sudah berasa ingin menangis. Amsyar sendiri memberitahunya tempoh hari bahawa sahabat lelakinya itu semua masih bujang. Amsyar.. curang dengan dia ke?

"You call bini you ke? Hi. I Ya-"

Tut... tut...

Panggilan terputus. Telefonnya perlahan-lahan jatuh ke lantai. Ainan terduduk di lantai marmar rumah dua tingkatnya. Mulut ditutup. Kali ini, dia menangis kecewa bukan seperti tadi.

Amsyar. Apa awak dah buat?

-

Kerusi kafe ditarik lalu punggungnya dihenyakkan disitu. Hana membawa keluar komputer riba miliknya dari beg sandang yang dibawa sejak tadi. Komputer tersebut diletakkan ke atas meja. Tidak lama kemudian, pelayan kafe datang ke arahnya.

"Order? "

"Hot cappuccino, please. "

"That's all?"

Hana mengangguk. Jarinya terus menari di atas papan kekunci tanda menaip kerja yang terbengkalai. Telefon yang berada di dalam beg tangannya berdering memainkan lagu 'Money' nyanyian Lisa.

"Hello. Kenapa Ainan? Apa mimpi kau call aku hahaha. "

Hanya suara tangisan yang dia dengari. Terbit rasa risau. "Kau okay tak ni? Aku kena buat apa? "

"Datang sini."

Hana terus mengemas barangnya dan keluar dari kafe. Sudahlah minumannya belum dibayar. Aish! Kunci kereta Myvi miliknya dikeluarkan dan punat ditekan. Pemanduan dimulakan oleh Hana meninggalkan kawasan kafe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience