13

Romance Series 14358

Tanah kubur yang masih merah itu ditatap oleh Bibik Kiah dengan pandangan yang sayu. Luluh hatinya sekarang ini seperti tiada tandingannya lagi. Dia sedih dengan pemergian Danish namun sekurang-kurangnya Danish tidak lagi terseksa dengan penyakit yang ditanggung bertahun-tahun. Baginya, Danish adalah anak angkat walaupun dia hanyalah orang gaji.

"Ehem. Dah habis ke sedih?" pertanyaan Meera yang seakan mengejek. Lansung tiada adab dan rasa hormat kepada pusara Danish. Bukannya orang lain,bahkan arwah suaminya sendiri. Bibik Kiah hanya diam tidak berkutik. Perlahan-lahan dia berdiri dan mencapai payung yang dibawanya tadi untuk digunakan melindung diri daripada panas bahang daripada cahaya matahari. Meera tersenyum sinis sebelum bertindak memijak tanah kubur Danish dengan kasar.

"Kenapa puan buat macam tu?!" herdik Bibik Kiah meninggi. Semakin dibiar semakin melampau pula wanita ni!

Meera menjeling. Bukan kubur aku so I don't care! Kakinya yang disarungkan kasut tumit tinggi bewarna hitam itu dibawa keluar dari kawasan perkuburan islam tersebut. Sanak saudara arwah hanya menggeleng melihat Meera. Teruknya perangai!

Bibik Kiah hanya mengeluh. Dia penat nak layan orang tak betul. Tiba-tiba bahunya dipegang daripada belakang. Puan Sri Mastura dan suaminya Tan Sri Amirul.

"Ya puan sri,tan sri,"

"Kami tahu kamu bersedih sekarang Kiah. Sudah arwah adik saya dan isterinya pergi, kali ini anak mereka pula. Kami tumpang sedih. Call kami nanti ya kalau kamu ada masalah. Jangan malu sebab kita macam keluarga. Kamu dah banyak berjasa dengan keluarga arwah adik saya," ujar Puan Sri Mastura iaitu kakak kepada arwah Tan Sri Ziyyad dengan air matanya yang dari tadi tidak berhenti turun. Arwah Danish tempat dia melepaskan rasa menjadi sebagai ibu kerana dia dan suami tidak dikurniakan anak meskipun sudah beberapa kali mencuba.

Semasa arwah Danish masih hidup dahulu,mereka pernah menawarkan kepada Bibik Kiah untuk menjaga arwah kerana keadaannya yang sudah semakin teruk ketika itu namun ditegah Bibik Kiah kerana tidak mahu menyusahkan mereka berdua. Puan Sri Mastura dan Tan Sri Amirul terpaksa menurut.

"Ya puan sri, tan sri. Terima kasih ya?" ucap Bibik Kiah sebelum beredar dari kawasan tersebut. Dia menaiki teksi sahaja kerana Meera sudah mendahului. Nak suruh perempuan tu tunggu? Memang tak lah jawabnya.

*****

Ainan tidak menumpukan perhatian semasa berada di dewan kuliah. Dia sibuk memikirkan tentang mimpi yang dialami pada malam tadi. Betul ke semua yang aku mimpi tu?

"Ainan Humairah. Are you listening?" soal Puan Hijanah. Terhenti lamunan Ainan. Air liur ditelan kesat. Mampus lah kau Ainan! Tu la buat hal lagi. Sudahah Puan Hijanah memang terkenal dengan sifat tegasnya.

"Sorry madam."

Belum sempat Puan Hijanah memarahinya, Amsyar bersuara daripada belakang. "Madam. Can you explain more about that? I can't understand it." ujarnya yakin.Dia faham je sebenarnya namun sengaja dia mahu mengalihkan perhatian Puan Hijanah daripada terus memarahi tunangnya. Hm.

Ainan menoleh kebelakang lalu tersenyum manis ke arah tunangnya iaitu Amsyar sebagai tanda terima kasih. Fuh selamat!

Hey. Sorry for the late update. Busy lately ni and banyak benda jadi. Sorry ya? Selamat berpuasa korang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience