1

Romance Series 14358

"Ainan. Pergi kantin jom. Aku lapar ni." Hana mengajak Ainan untuk pergi ke kantin. Yelah, sekarang ni waktu rehat.

"Hm tak nak. Aku nak study lagi ni." mata Ainan tidak lari dari buku latihan matematik miliknya. Hana menjeling. Ish asyik belajar je!

"Kau ni dah pandai tau tak payah nak belajar pun. Ilek ilek sudahlah. 10A+ pun kau boleh score." Ainan merenung Hana lama. Lalu dia mengangguk. Baik aku ikut daripada perempuan ni meroyan minta aku temankan pergi kantin.

Hana ketawa besar. Kalah juga Ainan ni dengan aku. Kahkah.

Dalam perjalanan mereka ke kantin,tiba-tiba..

"Adeh. Sakitnya. Eh Yana. Nak pergi mana ni? " soal Hana kepada Yana. Mereka lain kelas namun tetap bersahabat baik. Yana kelas 5 Wawasan dan Hana dan Ainan pula kelas 5 Arif.

"Sorry aku tak sengaja langgar kau. Hm nak pergi kantin lah. Takkan nak siram pokok pula." Yana berloyar buruk. Matanya kemudian menangkap figura manusia di sebelah Hana iaitu Ainan.

"Ainan?"

"Ye. Awak Yana kan. Nur Adriana kan?" soalnya. Ya memang nama dia Nur Adriana namun orang selalunya panggil Yana. Pelik tapi tak jauh beza pun. Dia dan Yana tak rapat sangat. Biasa-biasa ja.

"Ya saya. Jom lah pergi kantin. Kang habis pula makanan."

Ainan dan Yana mengangguk.

"Ehh Amsyar. Kau nak pergi kantin juga ke? " tanya Hana selepas terserempak dengan Amsyar.

"Ya."

Ainan tersenyum ke arah Amsyar. Dia kemudian beralih pandangan ke arah Yana. Gadis itu kelihatan seperti tidak selesa dan tunduk sahaja semasa berhadapan dengan Amsyar. Ada apa-apa ke ni?

"Er aku gerak dulu. Pape roger eh? " ujar Yana tiba-tiba. Ainan dan Hana hanya mengangguk tanpa banyak soal.

Amsyar, Ainan dan Hana terus membeli makanan di kantin.

Usai makan, mereka terus sahaja menuju ke kelas untuk meneruskan sesi persekolahan. Belajar!


+++

"Kau ada perasaan dengan Amsyar Haris? " soal seseorang. Yana tersentak lalu menoleh ke arah suara itu. Suara itu seperti dari arah kanan. Hutan ni!

"Kau siapa? Nak apa dari aku? " takut sungguh Yana sekarang. Siapa pula ni?

"Tak perlu tahu. Jawab soalan aku. Kau ada perasaan dengan Amsyar Haris kan? "

Kerana takut Yana terus menjawab. "Ya. Aku suka dia sejak form 2 lagi. Apahal? Ada masalah."

Namun suasana hanya sepi. Tiada lagi suara aneh itu. Sempat juga dia menangkap bunyi tapak kaki orang berjalan di atas daun. Bermakna itu manusia!

Yana menepuk dahinya. Aduhai rahsia aku dah terbongkar. Cepat-cepat dia lari dari tempat itu.

Entah macam mana dia boleh sampai ke sini. Tu lah termenung sambil berjalan lagi.


+++

"Anaqi Huzair." panggil Encik Zakir sedikit tegas. Anaqi melihat papanya lalu keningnya berkerut.

"Kenapa pa? "

"Papa nak kamu belajar kat luar negara tahun depan. Ini untuk cerahkan lagi masa depan kamu. Boleh kan? "

Kening Anaqi berkerut lagi. Hm. Okay je lah kot. Apa salahnya?

"Okay je pa. Kat mana?"

"Tu papa tak pastikan lagi so just wait okay? "

"Alaaa papa. Ainan nak ikut juga nanti. Lepas habis SPM boleh kan?" rengek Ainan.

"Tak payah nak mengada. Kamu sini je dah cukup." ujar Puan Aisyah pula. Ainan mencebik. Ala. Encik Zakir hanya tersenyum. Bukan dia mahu kedekut cuma dia ada plan untuk Ainan.

"Eleh dik. Sibuk je. Kau kan ada Amsyar tu. Abang ni pun dah tak kesah kan? " usik Anaqi. Ainan menjeling abangnya. Tibe nama Amsyar ni keluar kenapa?

"Betul. " setuju Encik Zakir pula.

"Papa ni." rajuk Ainan. Anaqi dan ibu-bapanya hanya ketawa berdekah-dekah melihat Ainan.

'Harap adik bahagia dengan suami adik bila besar nanti.' desis Puan Aisyah lalu tersenyum sendiri.

Hi guys! Ni bab 1. Okay tak hehehe. So stay tuned for the next chapter. Assalammualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience