11

Romance Series 14358

2 tahun kemudian...

Selepas membuat pesanan, kerusi cafe ditarik dan dia terus melabuhkan punggung di situ. Dagu ditongkat sambil matanya meliar ke luar memandang manusia yang lalu-lalang. Ada yang berpasangan dan tidak kurang juga yang berseorangan.

Kepalanya digeleng selepas menyedari dia termenung. MacBook yang berada di dalam beg dikeluarkan dan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah untuk disiapkan terus disambung. Jari runcingnya menari di atas keyboard sambil mata ralit membaca teks pada skrin cerah yang terpapar.

Ainan Humairah berjaya meneruskan pelajarannya selepas menperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dengan 11A+. Beberapa minit kemudian, pesanan dia telah tiba. Iced caramel macchiato bersaiz venti menjadi pilihan gadis itu pada hari ini. Air disedut perlahan dengan menggunakan straw sambil meneruskan kerjanya yang tergendala.

Tiba-tiba telefon miliknya berdering. Muncul nama seseorang yang berjaya membuat bibir munggil Ainan mengukir senyum.

"Assalammualaikum. Awak dekat mana tu? Tengah buat apa? " soal si pemanggil. Ainan tersengih seperti kerang busuk.

"Waalaikumsalam. Saya dekat Starbucks dan tengah buat assignment yang banyak gile ni. " rungut Ainan. Kadang-kadang rasa nak nangis sebab kerja banyak sangat. Hm.

"Ololo. Kesian tunang saya ni. Nanti saya pergi sana eh? "

"Eh awak tak busy ke? Takda assignment?" soal Ainan untuk mendapatkan kepastian. Dia tidak mahu menyusahkan tunang sendiri. Tunang dia juga mempunyai tugasan dan dia tidak boleh mementingkan diri sendiri.

"Ada je. Nanti saya buat la dengan awak hehehe. Tapi saya tengah dekat rumah lagi ni. "

"Eee. Ngade je. Cepat la. Nanti saya balik terus baru tahu! " usik Ainan sambil tergelak kecil. "Jangan awak! Okay saya gi bersiap. Assalammualaikum. " ujarnya sambil tergesa-gesa. Ainan menjawab salam lalu mematikan panggilan.

Dia kemudiannya meneruskan kerja sambil menikmati air yang dibeli tadi. Slrp. Nikmat oi!

***

"MAKAN JE LA! "

Danish tetap tidak mahu membuka mulutnya. Seleranya terbantut. Biarlah dia mati sekarang. Dia sudah penat dengan seksaan isterinya sendiri, Meera.

"EH AKU PENAT-PENAT MASAK, KAU TAK NAK MAKAN! KAU NAK APA EH?! "

Meera menengking suaminya dengan sekuat hati. Kalau ikutkan, lama sudah dia bunuh lelaki ini namun dia tidak mahu dipenjara. Nak menyesal kahwin dengan dia ni pun sudah tiada guna. Dia tidak mengetahui bahawa Danish menghidap penyakit selama ini.

"Jangan paksa saya." ujar Danish mendatar. Dia hanya terbaring lesu di atas katil. Nak bergerak pun tak mampu jadi ia memudahkan lagi dia diseksa oleh wanita ini.

"ISH! "

Pinggan yang masih bersisa makanan itu ditolak ketepi sehingga pecah berkecai. Dia berjalan keluar daripada bilik Danish dan menuju ke luar. Baik aku shopping!

Bibik Kiah bergegas menuju ke bilik Danish dan mengumpul serpihan kaca itu. Dia kasihan akan anak majikan ini namun apakan daya. Dia hanya seorang pembantu rumah dan hanya mampu menjaga. Tapi tidak mampu menasihati. Bukan dia tidak pernah cuba, namun hanya potongan gaji dan makian daripada Puan Meera yang dia dapat.

Tan Sri Ziyyad? Puan Sri Zainab? Mereka sudah meninggal setahun yang lepas akibat kemalangan yang melibatkan lori yang membawa batu bata. Kereta Alphard milik mereka bertembung dengan lori tersebut dan menyebabkan Tan Sri Ziyyad dan isterinya tersepit di dalam kereta dan meninggal di tempat kejadian.

Kematian itu memberi impak yang besar terhadap Danish Iqbal. Dia mula menyendiri dan kurang makan. Sudahlah dia mempunyai penyakit kronik. Beberapa hari lepas pula, penyakit kanser Danish sudah disahkan mencapai tahap keempat. Namun dia masih kelihatan tenang kerana katanya dia gembira kerana bakal berjumpa dengan ibu-bapanya tidak lama lagi.

Dia juga dikahwini dengan Meera ketika usia baru berganjak ke 18 tahun dan mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Dia tidak rela namun kerana ia merupakan permintaan arwah papa dan mamanya, dia turuti sahaja.

Selesai mengumpul serpihan kaca, Bibik Kiah keluar daripada bilik itu. Danish hanya terbaring kaku di atas katil.

Seketika air matanya turun dengan perlahan-lahan. Dia teringatkan Ainan Humairah. Gadis yang pernah bertakhta di dalam hatinya suatu ketika dahulu. Dimanakah gadis itu berada? Sudah berpunya atau belum? Tipulah kalau dia kata dia tak rindu.

Perlahan-lahan matanya tertutup. Entah kenapa tidur kali ini terasa lebih nyenyak dan menenangkan daripada biasa.

To be continued....

***

Hye. I'm so sorry for the late update . Author busy gilaaaaaa lately ni. Kalau buat kerja pun berjaga sampai tengah malam and sampai takda masa nak update. So here it is. Enjoy reading y'all and stay tuned for the next chapter. Assalammualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience