7

Romance Series 14358

Ainan berlari pantas menuju ke bilik spbt. Orang lain yang lalu hanya dilanggar. Perkara yang dikatakan Syamsul kepadanya amat memeranjatkan dirinya.

Kaki Ainan berhenti apabila dia sudah berdiri tegak dihadapan bilik spbt. Bahagian belakang tubuh tegap seseorang yang amat dikenalinya dipandang sayu. Amsyar.

"Amsyar. " panggilnya dengan suara yang rendah. Muka Ainan pula jelas menunjukkan riak wajah bersalah. Amsyar hendak pindah sekolah atas sebab dia. Ya, Ainan Humairah yang bersalah.

"Awak nak pindah ke mana?" soal Ainan lagi. Amsyar tidak mempedulikan Ainan yang berada di sebelahnya. Pedih. Hatinya bagaikan disiat jika melihat wajah gadis tersebut.

"Kenapa? Kenapa awak dingin terhadap saya dan sampai nak pindah sekolah?!" herdik Ainan. Air mata yang menitis dilap dengan jari telunjuk.

"Awak baru plan nak hantar buku kan? Awak belum cakap pun dekat pengetua pasal ni. Betul tak?! " kata Ainan meninggi. Itu yang dia dengar daripada Syamsul. Amsyar hanya mengangguk terpaksa. Dia kesini bukan ingin memulangkan buku sekarang namun dia hanya memaklumkan kepada pengawas spbt bahawa dia bakal memulangkan buku teks pada minggu hadapan.

"Kenapa tiba-tiba Amsyar? Salah saya kan. Jadi apa perlu saya buat untuk tebus kesalahan saya dan biarkan awak sekolah dekat sini sampai habis SPM? " tanya Ainan lagi tapi kali ini lebih kepada merintih dan merayu. Dia amat sayangkan persahabatan dia dan Amsyar yang dibina selama bertahun-tahun.

Amsyar menoleh ke arahnya dan tersenyum sinis. Dia
mengucapkan sesuatu sebelum beredar daripada situ.

Ainan tergamam.

"Tak mungkin. "

???

Bibik Kiah menuangkan air jus ke dalam setiap gelas keluarga majikannya yang sedang menikmati makan malam bersama.

Tan Sri Ziyyad dan Puan Sri Zainab tersenyum manis dan mengangguk kepada Bibik Kiah sebagai tanda terima kasih. Bibik Kiah pula beredar masuk ke dapur untuk meneruskan kerja yang tertangguh. Kerja tetap perlu diteruskan walaupun dia sudah makan berseorangan di bilik tadi.

Danish menyuap nasi ke dalam mulut dan dikunyah sehingga lumat sebelum ditelan. Beberapa minit selepas itu, dia berhenti menyuapkan makanan ke dalam mulut dan pinggan ditolak. Makanan tersebut pula masih berbaki.

"Kamu ni kenapa? Habiskan makanan dahulu!" tegur Tan Sri Ziyyad kepada anaknya. Beliau risau akan Danish yang semakin hari,semakin menjadi pendiam dan kurang bertegur sapa dengannya.

Danish hanya menggeleng dan kaki dibawa menuju ke tingkat atas. Puan Sri Zainab hanya diam. Wajah anaknya, Danish pula kelihatan lesu sahaja. Ingatkan pindah ke sini, Danish akan jadi periang namun sangkaannya meleset. Puan Sri Zainab pernah juga terfikir yang Danish menjadi seperti itu kerana mereka berdua sebagai orang tua kurang memberikan perhatian dan kasih sayang. Mereka terlalu fokus dengan kerja sehingga anak disisihkan.

Danish menghempaskan badannya pada katil empuk bersaiz king itu. Bantal dipeluk dan fikirannya menerawang berfikir tentang Ainan. Gadis itu seperti ingin menjauhkan diri daripada dia. Salah apa dia buat pun tak tahu.

Danish meraup mukanya. "Argh complicated perempuan ni! " ujarnya sendiri. Akibat keletihan, dia terlelap secara tidak sedar. Nasib esok Sabtu siut!

???

Hana menatap wajah Ainan dengan kebingungan bermain di benak fikiran.

"Kenapa kau minah? Gaduh dengan Danish ke cane ni? " usiknya. Ainan tidak pula mengangguk dan tidak pula menggeleng. Dia pun tak tahu masalahnya.

"Eh babe. Ko dengar tak pasal Yana? " soal Hana sambil ketawa.

"Kenapa dengan dia? " Ainan menanya secara acuh tak acuh. Biskut yang berada di atas meja dicapai lalu disuap. Makan je yang boleh release tension ni!

"Dia suka Amsyar do HAHAHA!!"

Hana ketawa terbahak-bahak sambil menahan senak di perut. Ainan pula yang memandangnya hairan. Apa yang kelakar?

"Apa yang lawak? "

"Dia hantar surat cinta baii. Tak sangka kawan aku nerd tu pun suka juga dekat Amsyar. Syamsul lagi handsome kot!" kata Hana sambil tersenyum. Eih Syamsul ni suka buat aku angau tau!
Ainan pula membuat reaksi hendak muntah.

To be continued....

Hye. So this is the new update. Enjoy! Bye assalammualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience