24

Romance Series 14358

Suasana di dalam rumah hening kerana tiada seorang pun yang berani bersuara. Ainan pula masih menutup hidungnya dengan telapak tangan. Busuk betul jantan ni!

"Kenapa kau balik? Baru ingat jalan nak balik rumah? Mana betina kau? "

Amsyar terdiam mendengar suara yang agak kasar itu menengkingnya. Biarlah. Memang silapnya dan dia layak dilayan kasar begitu. Keluhan keluar dari hujung mulut. Baik dia kata sebab sebenar dia datang ke sini sekarang juga. "Sayang sihat? " soalnya dengan nada yang sengaja direndahkan.

"Sihat. Lagi sihat bila tak nampak muka kau dalam rumah ni. Bila nampak muka kau rasa nak sakit balik. Tak perlu berdalih. Baik kau cakap apa niat sebenar kau datang ke sini." tegas Ainan. Malas benar dia hendak. melayan Amsyar.

"Abang nak pinjam duit. Boleh? Atau, sayang carikan abang kerja. Please Ainan. Abang betul-betul dah takda duit ni. Abang nak tanggung Yana lagi. Please." rayunya seolah tiada membuat kesalahan terhadap Ainan. Tersentak hati Ainan mendengar penyataan lelaki itu. Tanggung Yana?

"Kau dah kahwin dengan dia ke? "

Sedikit terkejut Amsyar mendengar soalan itu. Tersedar dia sudah terlepas kata. Dia mengangguk sahaja tanda mengiyakan. Ainan mengeluh melihat reaksi Amsyar. Tenang benar rupa. Biar dia ungkapkan terus apa dia rasa sekarang. Di hadapan ibu dan bapanya sekali. Malas hendak berdalih.

"Amsyar. First, yes I can give you some money and carikan kerja untuk kau. Second, aku nak kau jaga Yana elok-elok. Kau nak tahu-"

Terputus sedikit ayatnya. Tidak sampai hati mahu menyambung. Keluhan dilepaskan. "Aku gugur sebab accident. Anak kita. Kau tak tahu aku mengandung kan? Aku nak beritahu kau masa kita call pagi tu. Tapi, semua benda tak jadi bila aku dengar suara perempuan dalam bilik kau. Aku hadap banyak benda sebab kau curang kau faham tak? Aku mengandungkan anak kita yang kita sendiri yang usahakan selama tu. Aku kecewa dengan kau. " terang Ainan panjang lebar. Perlahan-lahan air matanya menitik membasahi pipi yang terdapat sedikit parut akibat kemalangan dua minggu yang lalu.

Tergamam Amsyar dibuatnya. Air matanya mula bertakung. "Ya Allah. Berdosanya aku buat isteri dan anak aku macam ni. " gumamnya sendiri tatkala sedar akan silapnya.

Ainan menggeleng dan mengelap air matanya. Tiada guna menghabiskan air mata untuk lelaki ini. Sampah.

"Sayang. Bagi abang jaga awak. Boleh? Abang nak atur balik semua benda yang abang dah buat. Nak tebus kesalahan. "

"Eh! Senang betul kau. Anak aku pun kau tak reti nak jaga, lepastu curang. Ada hati nak peluang kedua? Baik kau berambus sekarang! " pintas Encik Syakir. Berasap telinganya mendengar rintihan jejaka itu.

"Tak. Saya tak nak bagi awak peluang kedua. Tapi, saya ada permintaan lain. " ujar Ainan. "Apa tu sayang? Abang akan usahakan? " soal Amsyar dengan nada yang riang. Walaupun Ainan tidak mahu memberinya peluang kedua, tapi wanita itu masih mahu meminta tolong darinya. Ada peluang ni!

"Ceraikan saya. "

Terdiam Amsyar dibuatnya. Dia ingatkan benda baik.

Sorry lambat update sebab busy and ada problem sikit hehe. Tak lama lagi this book akan habis! Wait for the next chapter!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience