16

Romance Series 14358

Kakinya perlahan-lahan keluar dari KLIA. Bagasi yang berat itu ditarik dengan tangan kanannya. Anaqi mengeluh. Mana papa dengan mama ni? Matanya melilau ke setiap sudut. Kereta keluarganya masih tidak kelihatan.

"Abang!"

Jeritan itu berjaya menarik perhatian Anaqi dan dia menoleh ke belakang. Baru sahaja Ainan ingin memeluknya, dia sudah menolak badan kecil gadis itu. "Wooo. Chill. Badan abang berbau lagi ni. Berpeluh." ujarnya selamba sambil mengangkat ketiak. Ainan menutup hidung. Busuk!

"Aish! Lamanya abang tak balik. Rindu." kata Ainan dengan nada yang mengada. Anaqi menjeling dengan menyampah. Eleh rindu konon. Matanya masih tercari-carikan kelibat orang lain. "Mama dengan papa keluar tadi. Cari barang dapur untuk masak nanti. Abang sendiri cakap yang lapar sangat masakkan Malaysia." jelas Ainan dengan nada menyampah. Mulut Anaqi membentuk huruf 'O'.

"Dah jom balik!" jerit Ainan sambil menarik tangan Anaqi. Mereka kemudian berjalan beriringan ke dalam kereta. Masuk sahaja ke dalam perut kereta, radio dibuka dan lagu 'happier' nyanyian Olivia Rodrigo menjadi tatapan halwa telinga mereka berdua. Ainan menyanyi kecil.

"So? Macam mana dengan Amsyar? " tanya Anaqi tiba-tiba sambil menguyah keropok durian yang berada di dalam kereta Ainan. Ainan menahan keluhan.

"Ainan rasa macam buat pilihan yang salah. Entah kenapa hati rasa tak sedap. Lagipun, Amsyar tu macam baran je. Takutnya nak kahwin bang!" ujar Ainan. Sungguh, dia belum bersedia. Namun atas permintaan ayahnya, terpaksa lah ikut. Hm.

"Kalau kau rasa kau tak tahan atau rasa kau buat pilihan yang salah, berhenti sekarang. Belum terlambat. Jangan masa dah jadi isteri dia nanti baru kau nak minta cerai. Kita ni sebagai manusia kalau rasa sesuatu benda tu tak kena atau salah, kita kena stop dan jauhkan diri. Sebab benda negatif akan beri impak dekat fikiran dan perasaan kita sendiri. Jadi, kalau tak nak ada masalah, better elak awal-awal." pesan Anaqi panjang lebar. Sebagai abang, dia perlu menasihati adiknya. Dia tidak mahu satu-satunya adiknya dibazirkan oleh lelaki. Kalau dapat tahu, memang lunyai lelaki tu!

Ainan mengangguk. Benar. Dia tidak menafikan kata-kata abangnya namun dia perlu jaga hati ibu-bapanya. Malah ibu-bapa Amsyar juga. Dia meneruskan pemanduan sambil berbual kecil dengan abangnya.

-

Jarinya dijilat. Nasi ditambah lagi. Lauk yang dimasak oleh ibunya sangat sedap dan seperti menghalangnya untuk berhenti makan. Lauk ayam masak merah, sambal petai dan sayur bayam itu menaikkan nafsu makannya. Aish! Nikmat dia tu, rasa nak terbang.

Ainan hanya menggeleng melihat abangnya. Apa sakai sangat ni? Dia meneruskan suapan dan menguyah nasi secara perlahan. Abangnya sudah seperti tidak makan setahun.

Encik Zakir pula hanya menggeleng. "Kut ya pun lama tak makan, jangan jadi monyet pula dekat sini ya? Kang lama-lama pinggan tu pun kau telan." ujarnya sebelum menguyah petai. Anaqi tersedak. Air sejuk dicapai dan diteguk rakus. "Maaf pa. Lama tak makan. Sedap." jawab Anaqi lagi.

Puan Aisyah ketawa kecil. Rindu pula dia dengan anak lelakinya ini. Makin segak! Agak-agak nak tak kahwin dengan anak Tan Sri ya?

"Jangan lupa ya Ainan. Dua minggu lagi kamu kahwin." pesan Encik Zakir. Ainan mengangguk malas. Hilang seleranya apabila hal itu dibangkitkan. Nasiblah cuti sem sekarang ni. Boleh rehatkan minda.

Dia menyuap suapan terakhir sebelum berjalan menuju ke singki untuk membasuh pinggan dan cawan yang telah digunakan. Anaqi perlahan-lahan berjalan di belakang Ainan. Pinggannya diletakkan dia atas singki.

"Basuhkan!"

"Abang!"

Anaqi berlari menuju ke tingkat atas. Encik Zakir dan Puan Aisyah juga meletakkan pinggan masing-masing di atas singki. "Tolong basuh ya nak?" ujar mereka serentak sambil ketawa. Ainan ketawa. Takpalah. Basuh pinggan je kan.

Ainan meneruskan mencuci pinggan mangkuk sambil menyanyi kecil.

-Bab ni santai je ok? Sorry for the late update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience