3

Romance Series 14358

"Bagi balik duit dia."

Ally berpaling ke belakang dimana suara garau milik seseorang kedengaran.

"Oh yeah? Kalau aku tak nak macam mana? " kata Ally sambil mengangkat kening kanannya sinis. Amsyar tersenyum lalu berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Ally berdiri.

"Aku suruh pengetua panggil ayah kau. How about that? " ujar Amsyar di sebelah telinga Ally. Mata Ally membulat terkejut. Habislah kalau Encik Khuzairi tahu bagaimana perilakunya di sekolah.

"Amsyar. Tak payah lah ugut Ally macam tu. Kesian dia." rintih Yana sambil jari mengelap air mata yang masih bersisa di pipi.

"Kau sengaja eh nak perhatian dia?!" tengking Ally sambil mengetap gigi menahan amarah. Kakinya dibawa menuju ke arah Yana lalu tangan kanannya sudah mahu singgah ke pipi mulus Yana namun tangan Amsyar lebih pantas menghalang.

"Don't touch her. " dingin Amsyar bersuara lalu tangannya menyambar duit not RM50 yang berada di genggaman Ally. Duit tersebut diserahkan kembali kepada Yana.

Tangan Yana yang berlapik ditarik dan mereka berdua beredar meninggalkan Ally yang sudah menunjukkan riak wajah yang sakit hati. Tidak lama kemudian, dia pula beredar dari situ.

???

Air mata yang jatuh bercucuran laju dilap menggunakan tisu yang digenggam. Ainan berlari menuju ke tandas sekolah.

Ya, dia saksikan semua benda yang terjadi tadi. Daripada Ally minta duit Yana dan sampailah Ally beredar. Dia sebenarnya mahu membantu Yana namun Amsyar lebih cepat datang.

"Jadi betul lah khabar angin tu." kata Ainan sendirian sambil menangis teresak-esak. Argh wake up Ainan! Jangan nangis sebab lelaki. Tisu baharu ditarik daripada plastik lalu pipinya di lap. Dia terus keluar dari tandas dan berjalan menuju ke kelasnya.

Mood sudah hilang!!

???

"Selamat pagi cikgu! "

Ketua kelas Tingkatan 5 Arif mengucapkan selamat pagi kepada guru kelas mereka yang baru sahaja masuk untuk mengambil kehadiran mereka.

"Selamat pagi cikgu." ujar pelajar 5 Arif yang lain.

"Selamat pagi. Duduk semua. Okay hari ini kelas kita ada menerima kedatangan murid baharu. Murid lelaki." ujar Cikgu Mardiah kepada pelajar di dalam kelasnya. Tiba-tiba matanya tertancap ke arah Ainan yang kelihatan lesu dan diam sahaja.

"Ainan okay tak tu? "

Ainan tersentak daripada lamunan. "Okay cikgu. " balas Ainan sambil tersenyum manis.

Cikgu Mardiah mengangguk. "Murid baru sila masuk dan perkenalkan diri kamu. "

"Err assalammualaikum. Nama saya Danish Iqbal tapi panggil Danish je lah. Saya berasal daripada Selangor." terangnya. Mulut pelajar 5 Arif hanya membuat mulut huruf 'O'

Ainan menompang dagu melihat pelajar baru tersebut. 'Kenapa macam kenal?' desisnya sendiri. Dia mengamati muka lelaki tersebut sehinggalah..

"Danish, sila duduk di hadapan Ainan Humairah tu."

Danish mengangguk dan terus menarik bangku di hadapan Ainan.

Dia berdehem. Bukan dia tidak sedar gadis itu dari tadi merenungnya.

"Saya tahu saya kacak tapi tak payah lah tenung sampai macam tu sekali."

Ainan tersentak. 'Eleh perasan punya mamat!'

"Mana ada. Perasan. "

Danish hanya tersenyum sambil kepalanya menghadap ke hadapan. Walaupun Ainan tak nampak dia senyum tapi peduli apa?

'Kita jumpa lagi Ainan Humairah.' desis Danish dalam hati sambil menyelak buku teks Matematik.

Hi semua. New update again today. Teruskan membaca ya! Bye assalammualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience