2

Romance Series 14358

Aku bermain dengan sebatang pen bewarna hitam semasa guru Matematik iaitu Cikgu Hassan sedang mengajar dihadapan kelas. Satu patah perkataan yang keluar daripada mulut guru itu lansung tidak aku dengari.

Kepala aku ligat berfikir tentang perkara yang dibualkan oleh pelajar semasa di kantin tadi. Tentang..Yana sukakan Amsyar. Muka aku diraup kasar. Argh stress.

"Kamu dengar tak apa saya jelaskan depan ni Ainan?!" herdik Cikgu Hassan tinggi sehingga satu kelas memalingkan kepala ke arahnya. Aku sudah telan liur.

'Macam mana aku boleh lupa cikgu ni garang. ' ujar aku sendiri.

"Saya dengar semuanya dan ingat cikgu. Jangan risau. " ujar aku yakin sambil jariku di letak ke kepala.

"Jelaskan balik apa saya jelaskan tadi. " ujar Cikgu Hassan dingin.

"Eerr.."

"Berdiri luar sekarang!! " tengking Cikgu Hassan sambil menepuk meja kuat. Bukan dia tidak lihat Ainan asyik bermain dengan pen nya itu. Dia betul-betul pantang dengan pelajar selalu berangan di dalam kelasnya.

Ainan mengangguk laju lalu bergegas menuju ke luar kelas. Matanya pula melilau ke arah kelas sebelah iaitu kelas Amsyar. Seketika, padangan mereka bertaut. Ainan melambaikan tangannya. Amsyar berdiri dan berjalan ke arah gurunya untuk meminta kebenaran ke tandas. Bukan ke tandas tapi dia nak tanya Ainan kenapa berdiri luar tu hah.

"Kenapa berdiri luar ni? Awak buat salah apa ni? " soal Amsyar.

"Hm. Cikgu Hassan marah saya sebab tak fok.. "

Belum sempat ayatnya diucap, tengkingan Cikgu Hassan kedengaran daripada kelasnya.

"Ainan! Kamu berbual dengan Amsyar pula eh? Ada saya kasi? "

Ainan menggeleng laju dan menundukkan kepalanya. Amsyar pula laju ja lari!

"Haih. Apa nasib aku harini. " ujarnya.

???

Beg galas berjenama itu diletakkan di atas bangku. Punggung dihenyak ke atas katil lalu tangannya menompang dagu. Fikiran masih menerawang berfikir tentang berita hangat yang menjadi buah mulut pelajar di sekolah iaitu tentang Amsyar dan Yana.

"Haih. Susahnya macam ni. Nak percaya.. Yana tu pendiam orangnya. " Ainan mengeluh. Penat melayan perasaan, dia mencapai tuala yang berada di ampaian lalu dia menuju ke bilik mandi.

Selepas membersihkan diri, Ainan menunaikan solat Maghrib.Tangan ditadahkan semasa berdoa. Selesai sahaja, dia terus menuju ke meja belajar untuk menyelesaikan beberapa tugasan sekolah yang diarahkan oleh guru untuk disiapkan.

???

"Hoii! " jerit seseorang daripada belakang. Yana yang sedang berjalan seorang diri di kaki lima blok sekolah itu tersentak lalu menoleh.

"Hm. Apa? Aku takda duit."

"Lahh aku tak kisah lah! Bagi aku duit sekarang. RM35. Sekarang!" jerit Ally lagi. Tangan Yana terketar-ketar menyeluk poket seluar track miliknya. Duit kertas yang bernot RM50 itu dihulurkan ke Ally. Ally tersenyum sinis.

"Cakap takda duit. Ni apa?! "

"Itu duit nak bayar buku kerja aku. Ambil je lah semua. Baki pun ambil ja." ujar Yana sambil menangis.

"Tak payah la menangis kang orang cakap aku membuli pula. Berhenti menangis sebelum aku bagitau Amsyar tentang hal semalam." ugut Ally sambil tersenyum sumbing. Yana sudah cemas. Laju hujung jari runcing miliknya mengelap air mata yang turun bercucuran sebentar tadi.

"Good." ucap Ally sambil mengusap kepala Yana. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang.

"Bagi balik duit dia. "

Hi guys! Sorry for the late update. Oh sebenarnya author bawa buku ni ke but author tak pindahkan hehehe. So that's mean author still akan update kat sini dan kat . Faham? Okay bye assalammualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience