19

Romance Series 14358

Alat tersebut diambil olehnya. Mulutnya ditekup.

"Ainan. Sumpah la kau pregnant? Amsyar tahu? "

Soalannya menerima gelengan daripada Ainan. Hana meraup muka kasar. Darahnya sudah naik ke kepala. Mukanya pula merah menahan marah. Ainan yang masih menangis itu dipandang sayu.

"Kau sure ke tu bukan kawan dia?" soal Hana lagi ingin kepastian. Punggungnya dilabuhkan di bangku. Kaki disilangkan menunggu respon dari gadis bernama Ainan itu.

"Aku tak tahu lah Hana. But aku dengar yang memang orang tu panggil Amsyar. Dia siap cakap 'you call bini you ke'."

Hana menggeleng. Memang benar. Pasti Amsyar curang. Bercuti konon. "Kau tak nak sambung belajar ke? Er. Kau kan stop belajar dulu sebab nak fokus dengan Amsyar?"

Ainan menggeleng lagi. Dengan keadaan yang begini. Memang perit untuk fokus dengan pelajaran. Dia sudah penat. Dia juga sudah mengorbankan masa depannya dengan berhenti belajar. Semua atas permintaan Amsyar sendiri. Sedih sebenarnya.

"Eii geramnya aku. "

Ainan hanya diam. "Jangan cakap dengan abang aku boleh? Aku tak nak dia marah. Lagipun dia kena fokus urus syarikat yang dia buat sendiri. Baru nak berkembang. " pinta Ainan dengan nada yang sayu. Hana hanya diam. Dia tidak pasti boleh berjanji sedangkan dia ialah isteri kepada Anaqi. Mustahil dia hendak menipu suaminya. Dua bulan lepas, mereka sudah berjaya membina rumah tangga.

"Amsyar dekat mana?"

"Langkawi."

Hana diam lagi. Entah berapa kali sudah dia terdiam. Jauh juga keberadaan Amsyar. Dia hanya risau jejaka itu tidak pulang. Mungkin tidak mahu menjelaskan semuanya kepada isterinya sendiri.

-

"You gila? Takkan I nak cakap yang I pergi sini sebab nak lawat you dengan anak kita? Aryan perlukan daddy dia sekarang ni. Buat masa sekarang, I nak stay dengan both of you. "

Yana terdiam. Dalam diam, dia tersenyum. Naif benar si Amsyar ni. Bodoh. Aryan bukan anak mereka. Tapi sebenarnya anak kepada Yana dan bekas kekasihnya dahulu. Namun dia berjaya menipu Amsyar dengan kata-kata manis. Naif!

"Okay. But if Ainan serang I, macam mana? "

"She won't. Besides, dia tak berani. Tak perlu fikir lah pasal dia. I nak fokus dengan korang dulu sekarang ni. 5 bulan lagi abang balik Selangor lah."

Yana mengangguk. Dia tidak peduli. Asalkan Amsyar berada di sisinya.

"You ada duit? "

Soalan itu mendatangkan anggukan dari Amsyar. Baru sahaja pakciknya mengirimkan sejumlah wang kepadanya. Nasib pakcik kaya.

"Nah. 500 ringgit. Untuk korang belanja. "

"Yana. You taknak kahwin dengan I ke? Sampai bila nak serumah takda ikatan macam ni?"

Yana mendengus. Entah berapa kali dia mendengar pertanyaan bodoh seperti itu. "I tak nak rush. Tengok lah nanti macan mana. Kalau I dah ready, kita kahwin. "

Amsyar diam.

-Sorry tak update lama sbb focus exam hehehe. Please do support my new book nanti ok? This one gonna end very soon!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience