22

Romance Series 14358

Matanya perlahan-lahan dibuka. Cahaya yang menerobos masuk melalui tingkap menganggu penglihatannya. Dia kemudian menilik seluruh bilik tempat dia berada. Hospital? Semasa dia menarik nafas, terasa sakit yang mencucuk di bahagian perut.

"Ui. Sakit ke? "

Ainan sedikit terkejut. Hana.

"Sakit. Kenapa aku dekat sini? Kenapa perut aku sakit? "

Hana mengetap bibir menahan tangis. Sebak melihat keadaan temannya yang sudah tidak terurus gayanya. Puan Aisyah dan Encik Zakir sudah menangis teresak-esak di hujung katil. Anaqi tidak dapat melawat Ainan hari ini kerana mempunyai mesyuarat penting bersama Tan Sri Mukminin. Sebenarnya Anaqi mengelakkan diri daripada melihat adiknya terseksa. Sedih!

"Eh. Kenapa semua menangis? "soal Ainan yang masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku di situ. Dah kenapa menangis ni? Aku dah sedar kan?

"Kau gugur Ainan. Baby kau masih tak kuat jadi dia terus tak dapat survive lepas kau accident. Kau bleeding teruk. "

PAP!

Tersentap hati Ainan. Anak aku dah takda? Hah. Mustahil. "Tak perlu tipu lah."

"Betul Ainan. Sebab tu perut kau sakit. Doktor bedah nak keluarkan bayi."

Mutiara perlahan-lahan membasahi pipi Ainan. Salah dia. Ya, salah dia. Semua ini tidak akan berlaku jika dia tidak menangis dan mengawal emosi tadi. Dia tidak akan kemalangan!

-

"I dah takda duit! Takkan lah setiap hari I nak bagi you duit! Nak bagi makan Aryan pun susah tahu tak?! Kalau ada duit, dah lama kita buat majlis masa nikah semalam! Haish, menyusahkan! " bentak Amsyar. Janggutnya yang lebat diusap. Tabiatnya. Jika dia stres, dia akan mengusap dagu.

"Kalau takda duit,baik tak perlu kahwin bodoh! Beria nak kahwin dengan I kenapa?! Or ceraikan I! "

"You gila?! Baru semalam kahwin terus nak cerai ke? Akal pendek betul. I stres faham tak? Kerja pun tiada. Selama ni I harapkan uncle I bagi duit. But sekarang dia dah tak bagi duit dekat I sebab dia tahu apa I buat!"

Yana mengusutkan rambutnya kasar. Stres betul dengan jantan miskin! Sudahlah masih tinggal di rumah teres setingkat yang tidak dibayar hampir 3 bulan bayaran sewanya.

"Ni semua salah you! Duit tiada ni semua salah you. "

"Kepala bapak kau lah! Daripada you merungut, baik kerja sana! Bodoh! Dulu ada duit, kau bazir. Memang padan lah muka kita. Ni semua balasan apa yang I buat dekat Ainan. I dah lama tak contact dia sebab you tau?! I rindu dia. "

Melopong Yana mendengar. Rindu betina bodoh tu?! Dulu bukan main lagi gelabah nak kahwin dengan aku, sanggup lari bagai. Ni dah dapat, rindu betina sana balik. Memang bangang!

Aryan yang duduk di bucu biliknya menangis teresak-esak. Dari tadi dia mendengar suara ibu dan bapanya bergaduh sesama sendiri. Dia berasa takut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience