6

Romance Series 14358

Amsyar mengetap gigi. Perasaan amarah, sedih dan kecewa bercampur aduk di dalam hatinya. Perkara yang dibualkan oleh pelajar 5 Arif dan perkara yang terjadi tadi sudah cukup membuktikan yang Ainan dan Danish menjalinkan hubungan istimewa. Barang di atas meja ditolak kasar. Rambut diraup. Ah dia buntu!

Puan Aina yang berada di tingkat bawah itu terperanjat. Gelas yang dipegang pecah berderai ke lantai akibat terlepas dari genggaman. Kaki dibawa menuju ke bilik anak bujangnya, Amsyar.

"Apa bising-bising ni Haris? " tanya Puan Aina. Keningnya bertaut hairan. Jarang benar anaknya membuat perangai seperti ini.

Amsyar jatuh terduduk. Dia penat!

"Kenapa ni Haris?! " tengking Puan Aina. Ibu mana yang tidak risau melihat keadaan anaknya yang serabut. Sudahlah peperiksaan besar, SPM akan diadakan tidak lama lagi. Kalau boleh dia mahu anaknya membuat yang terbaik demi dia dan suaminya yang menaruh harapan tinggi pada anak tunggal mereka itu.

"Ainan."

Hanya perkataan itu sahaja yang mampu keluar daripada mulut Amsyar. Bahunya terhenjut-henjut menangis. Tangan tua milik ibunya dicapai lalu digenggam.

"Kenapa dengan Ainan? " soal Puan Aina lagi. Dia kenal Ainan. Gadis cantik yang bertakhta di hati Amsyar sejak mereka berusia 13 tahun. Sejujurnya, dia tidak. suka anaknya bercinta semasa berada di bangku sekolah.

Amsyar diam tidak berkutik. Puan Aina mengeluh lalu mengurut belakang Amsyar.

"Mak tak mahu cinta monyet perkara remeh begitu ganggu peperiksaan kamu nanti. Lagi sebulan kan SPM kamu? "

Amsyar mengangguk.

"Mak akan pindahkan kamu ke sekolah lain. "

???

"Hai cinta! "

Ainan menoleh. Pipinya merona merah. Ala sweetnya dia ni! Danish mengambil tempat duduk di hadapan Ainan lalu menoleh ke belakang. Danish tersenyum manis ketika dia menatap muka Ainan.

'Cantik makwe saya kan? Tapi sayang saya tak pasti dapat tengok lagi muka awak. ' bisiknya di dalam hati.

"Kenapa ni?" soal Ainan. Buku teks Matematik dibuka lalu setiap helaian diselak sehingga muka surat ke 58.

"Takda apa.Hm ni awak study math ke? " tanya Danish sengaja ingin mengusik. Bukan dia tidak nampak buku. teks yang dibuka oleh Ainan tadi.

"Tak. Saya study sains ni ha." sindir Ainan lalu ketawa kecil. Danish menjeling. Eleh lawak ke?

"Merajuk ke HAHA? " ejek Ainan. Pen bewarna hitam dicapai lalu jarinya segera mengira jalan kerja pada sehelai kertas putih. Ni bukan homework tau tapi study HAHA.

Cikgu Hassan masuk ke kelas dan mereka mengucapkan selamat pagi kepada cikgu yang mengajar subjek Matematik tersebut sebagai tanda hormat.

???

Yana menyikat rambut yang panjang paras bahu itu perlahan-lahan. Bibir munggilnya mengukir senyuman sinis sambil menatap diri sendiri melalui cermin.

"Tak lama lagi Amsyar aku punya. " ujarnya sendiri. Ketawanya mula bergema di seluruh pelusuk bilik dan gambar Amsyar yang sudah siap dicetak itu ditatap dan dipeluk.

To be continued.....

Hai. Sorry sangat kalau late update sebab author busy gile sekarang so harap korang faham. Stay tuned for the next chapter. K bye assalammualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience