25

Romance Series 14358

-4 minggu kemudian-

Kaki perlahan-lahan keluar dari pintu mahkamah. Berat rasa hati ingin melepaskan isterinya. Namun apakan dayanya untuk melawan ketentuan.

Mata Amsyar meliar melihat Ainan yang memakai baju yang berwarna hitam. Rindu. Muka wanita itu hanya menunjukkan reaksi kosong dan tidak menangis. Tidak merasakan apa-apa terhadap perpisahan mereka berdua. Amsyar menarik nafas dalam lalu dihembus. Baru sahaja 2 minggu lepas, keluarga Ainan membantunya untuk mencari kerja dan sekarang dia bekerja sebagai seorang kerani. Cukuplah untuk dia hidup sendiri walaupun gaji yang tidak terlalu tinggi.

Baru sahaja Ainan ingin meninggalkan kawasan mahkamah, Amsyar memanggilnya.

"Ainan! Hm. Terima kasih sebab carikan saya kerja,"

Hanya menerima anggukan dari Ainan. Amsyar mengukir senyum. Lega wanita itu masih hendak melayannya. Telefon bimbitnya dicapai. Nombor telefon Yana didail.

"Hello. Dah settle, " ujarnya dengan sedikit lega dengan mengharapkan kata-kata yang baik dari isterinya.

" Bagus lah. Balik sekarang. I lapar. Belikan fast food, "

Terus panggilan dimatikan. Mengeluh sedikit Amsyar mendengarnya. Kaki dibawa menuju ke kereta saganya yang dihadiahi bapa saudaranya tempoh hari. Mujur dia sudah berbaik dengan bapa saudaranya itu.

-

-5 BULAN KEMUDIAN-

Mata Ainan terjeling ke arah sejambak bunga melur di atas keretanya. Kad dibuka dan ya, Amsyar yang menghantar bunga tersebut. Sudah beratus jambak bunga dihantar oleh Amsyar sejak penceraian mereka. Entah kenapa dengan lelaki itu. Nombor Amsyar didail lalu telefon ditekap di telinga.

"Like the flowers?" soal Amsyar dihujung telefon. Ainan menghebus nafas kasar. "Could you stop it? Kita dah tiada apa apa hubungan. Baik kau bagi kepada isteri kau. Stop sending me flowers! Membazir sebab aku takkan hidu pun. Aku buang terus!" tengkingnya lalu meletakkan panggilan.Semak!

Amsyar pula hanya terdiam. Rupanya wanita itu betul-betul sudah melupakannya. Tidak mengapalah.

TING!

Ada mesej daripada isterinya. Yana.

"Kita keluar malam nanti. Boleh? I have something to tell you,"

"Ok,"

Hanya itu yang dibalasnya.Syukur. Baginya, Yana sudah menjadi semakin sopan terhadapnya sebagai suami.

-

"Duduk."

Yana mematuhi arahan suaminya.

"Waiter! Nak spaghetti ni dua, and air putih. Okay tu je,"

" Ha nak cakap apa? Tadi sampai chat I," soal Amsyar sambil menatap wajah isterinya." Yana terdiam.Bagaimana dia hendak jujur sekarang ni. Sukar benar.

"After we eat. Okay?"

Ternaik bulu kening Amsyar. Peliknya. Takpelah. "Okay,"

Beberapa minit kemudian , tiba sudah makanan mereka. Semasa mereka menikmati makanan mereka, suasana sunyi membelenggu meja mereka. Usai sahaja makan, Amsyar terus menunggu pernyataan Yana.

"Hm. I dah sorok benda ni lama. Kita dah kahwin berbulan but baru sekarang I ada kekuatan nak cerita. Sebenarnya..."

" Ye?"

" Aryan bukan anak you,"

Tersentak Amsyar mendengar pernyataan itu.Apa?! Dia sudah menjaga Aryan seperti anak sendiri.

" Tu anak Adrian. Boyfriend I dulu. But dia dah tinggalkan I. I struggle sangat sampai I terpaksa bergantung dekat you. Sebab tu I nak terus-terang sekarang sebab takut you tak terima I dah. Please forgive me," nyata Yana sambil menangis teresak-esak. Terdengar keluhan kasar daripada mulut Amsyar.

" I'm disappointed with you. But.. I dah anggap Aryan macam anak I sendiri. Lagipun you dengan Adrian sebelum kita jadi couple kan? It's okay. I forgive you,"

Mereka kemudian berpeluk ditemani air mata dengan tidak mempedulikan lagi pandangan orang lain.


-THE END-

- Actually author buntu gila macam mana nak teruskan buku ni. So ending dia macam kurang sikit so sorry ya. So buku ni dah habis, harap korang enjoy ye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience