23

Romance Series 14358

Sudah dua minggu peristiwa Ainan keguguran. Dia dapat menerima hakikat sedikit demi sedikit. Dia masih dalam fasa berpantang sekarang yang ditemani oleh ibu dan and ayahnya sendiri.

DING DONG!

Ainan yang masih duduk di bangku ruang tamu terperanjat mendengar bunyi loceng dari luar rumah mereka. Baru sahaja dia ingin berdiri dari duduk, Puan Aisyah sudah menghalang. Lebih baik dia yang pergi lihat. Ainan bukannya sihat sangat.

Gate dibuka perlahan-lahan. Seorang jejaka yang kelihatan. Muka yang penuh dengan janggut dan rambut yang kusut menyukarkan Puan Aisyah mengenalinya.

"Ini siapa ya? " soal Puan Aisyah kebingungan. Ada kala dia menutup hidung menghalang bau busuk dari lelaki itu masuk ke hidung. Bau sengit, bau hapak. Semua ada lah! Matanya kembali memandang ke arah lelaki. Tidak terurus!

Lelaki itu hanya diam membisu. Sedikit terasa sebenarnya. Betul ke dah tak kenal aku? Hodoh sangat ke?

"Saya Amsyar. "

--

"Sayang. Adik I dah okay? I dah lama tak jumpa dia. Jadual padat sangat. Last I jumpa dia pun masa dia first day berpantang." ujar Anaqi sambil meletakkan kot di bangku. Hana yang sedang menuang air ke cawan dari teko itu tersenyum.

"Alhamdulillah. Makin ok. Dia dah mula terima kenyataan sikit-sikit. Bukan senang bagi dia. "

"Ya, betul."

Usai makan sarapan pagi, Anaqi menyalam tangan isterinya sambil membisikkan sesuatu.

"Jaga adik abang. Kalau Amsyar muncul satu hari nanti,cakap dengan abang. Abang lunyaikan dia. " ujar Anaqi serius. Hana yang pada mulanya ingin tersenyum, tidak jadi kerana suara suaminya yang kedengaran serius. Betul ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience