17

Romance Series 14358

"Aku terima nikahnya Ainan Humairah binti Zakir dengan mas kahwinnya RM500 ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz,Ainan Humairah sah bergelar isteri kepada Amsyar Haris. Air mata Ainan jatuh perlahan-lahan membasahi pipi. Status dia sudah bertukar menjadi isteri orang. Apa benda aku buat ni?

Perlahan-lahan tangan Ainan diangkat lalu sebentuk cincin dipakaikan ke jari manis milik isterinya. Kekura tangan Ainan dicium penuh syahdu oleh Amsyar, suaminya sekarang. Amsyar tersenyum manis melihat wajah Ainan yang kelihatan seperti berseri.

"Abang akan jaga sayang sepenuh hati abang. "

Bibir Ainan mengoyak senyum kecil. Ucapan Amsyar sedikit sebanyak menghilangkan rasa gusarnya. "Betul ke ni? Memang dia sayang dekat aku lah kan? So? I should trust him now." gumamnya sendiri. Wajah Amsyar dipandang. Terbit rasa risau di hati Ainan. Seolah kebahagiaan mereka hanya sementara.

-

"Amsyar."

Amsyar ketawa kecil dengan panggilan Ainan kepadanya. Masih panggil dengan nama biasanya. I Wajah isterinya dipandang. Cantik.

"Hei. Panggil lah 'abang' ke. Hehe." usik Amsyar sedikit sambil baring di atas katil mereka berdua. Novel yang berada di atas meja kecil diambil lalu diselak olehnya. I Novel milik Ainan kut.

Ainan sudah menunduk malu dan mengangguk. Mukanya mula kemerahan bak kulit tomato kerana permintaan Amsyar yang baginya hanya usikan biasa. Matanya kemudiannya melihat ke arah novel yang dipegang oleh Amsyar. Matanya membulat terkejut.

"Eh abang! Bagi sini dulu novel tu. Hehe. "

Amsyar terpinga-pinga. "Kenapa? "

Tidak menjawab, Ainan terus merampas novel tersebut lalu diselak ke muka surat 256. Sekeping gambar polaroid dia dan Danish diambil keluar lalu diletakkan di bawah cadar katil. Nasib Amsyar tak perasaan!

"Kenapa tu? "

Ainan hanya menggeleng. Mustahil dia ingin memberitahu. "Gambar kucing jiran sebelah Ainan. " jawabnya ringkas. Amsyar hanya mengangguk meski hatinya timbul sedikit rasa musykil. Kalau gambar kucing kenapa nak kena sorokkan?

"Sayang tidur dulu lah. Abang nak baca novel tu. " ujar Amsyar sambil mulutnya memuncung ke arah novel yang berada di tangan Ainan. Ainan hanya mengangguk.

Matanya ditutup perlahan.

-So sorry late update. Btw, author akan publish new book which is fiction book yang bertajuk '7A's Magic'
Do support it later ok? This book is about to end btw. So, tata!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience