4

Romance Series 14358

"Hana!"

Hana berpaling ke arah suara tersebut. Lah, Ainan rupanya.

"Kenapa? " soalnya aneh sambil berkerut. Ainan masih semput kerana mengejarnya. Tah kenapa tah.

"Teman aku pergi kantin. " kata Ainan selamba lalu menarik tangannya. Yelah, Hana sukahati je tinggalkan aku masa Cikgu Munir keluar daripada kelas.

"Eleh mu ni. Bukan kau rapat dengan Danish tu ke sekarang? "

"Danish mana ni nyah?" tanya Ainan gedik. Hana memotarkan bola matanya keatas. Buat tak tahu pula dia!

"Danish Iqbal ko tu lah. Asyik berkepit je kan. Sampai orang syak korang ni couple tau. Dah tersebar juga gosip tu. " jelas Hana sambil mencebik menyampah. Entah kenapa dia tak suka tengok Danish tu.

"Hahh? Aku couple dengan Iqbal? Ko merepek apa ni sia?" terkejut Ainan dibuatnya. Dia dengan Iqbal bukan rapat sangat dan dia pelik kenapa Iqbal tu suruh dia sorang je panggil dia Iqbal. Orang panggil dia Danish pula.

"Whatever. " ujar Hana jengkel. Ainan mencebik. 'Yelah tu. '

???

"Kau ni kenapa Amsyar. Selama ni kau lah pelajar paling cepat jawab soalan cikgu kalau subjek Fizik tau. Tadi tak pun. Ko mimpi ehhh. " kata Syamsul sambil merenung Amsyar. Entah kenapa dengan Amsyar ni.

Amsyar hanya diam sambil tangannya ditompang ke dagu. Fikirannya menerawang selepas mendengar 'gosip hangat' di sekolah ini.

"Syam." panggil Amsyar dengan suara yang rendah. Kepala ditoleh ke arah Syamsul yang sedang menikmati mi kari. Ya, sekarang masa rehat namun dia tidak membeli apa-apa semasa di kantin tadi untuk dijamu. Selera pun terbantut.

"Apa dia? " soal Syam sambil menghirup kuahnya. Pipinya yang comot dek kerana kuah mi kari yang pekat laju dilap menggunakan tisu. Walaupun waktu makan, muka kacak itu tetap nombor satu ya! Bukan Syamsul lah namanya jika tidak macho.

"Kau kenal ke Danish Iqbal? " tanya Amsyar. Mukanya jelas menunjukkan riak ingin tahu. Sampai berkerut kening. Macam apa dah.

"Danish Iqbal. Hmmm. Ohh dia. Budak baru kelas 5 Arif. Baru masuk minggu lepas. " jelas Syamsul. Botol air bewarna hitam di atas meja dicapai. Penutup dibuka lalu air diteguk rakus. Pedas giler mi ni!

"Kau tahu ke pasal gosip kat sekolah ni? "

"Mana satu bro. Sekolah ni kalau bab gosip memang top lah jawabnya jadi aku tak tahu mana satu. " ejek Syamsul.

"Paling latest. Pasal Dan-"

Belum sempat Amsyar menamatkan ayatnya, Syamsul sudah memotong.

"Danish dan Ainan? Bro, mestilah aku tahu. Aku ni sentiasa peka ya." ujar Syamsul riak. Mukanya jelas menunjukkan riak wajah bangga. Hidung pun kembang kempis.

"Serious? Macam mana gosip tu tersebar? Siapa mulakan? Apa jadi sebenarnya?"

"Kau ni lansung tak tahu apa kan?" ejek Syamsul sambil meraup rambutnya ke belakang. Biasalah kan. Nak nampak kacak. Nafasnya ditarik. Lalu dia memulakan cerita.

"Macam ni. Tempoh hari... "

???

"Settle! " ujar Ainan separuh menjerit. Bangga habiskan homework. Biasalah tu. Buku ditutup dan bekas pensil dikemas. Bangku ditolak ke dalam meja.

"Let's take a rest. " ujarnya. Punggung dihenyak di atas katil bersaiz king yang empuk. Telefon pintar di atas meja dicapai.

"Ala habis bateri. Aku nak buat apa kalau macam ni. Mama dengan papa takda dekat rumah. Abang pula dah study abroad. Huwaa. " ujar Ainan sendiri lalu mengeluh. Kaki dibawa menuju ke arah wayar pengecas terletak lalu telefon miliknya dicas.

Ainan mengeluh lagi. Bosan!

Sekarang pula waktu bibiknya berehat. Nak kacau nanti takut menganggu orang berehat pula. Heih.

Ainan duduk menghadap cermin. Fikirannya kebelakangan ini asyik memikirkan tentang Danish Iqbal. Dia sendiri tidak pasti kenapa. Wajah lelaki itu juga sering berputar di fikiran.

Ainan! Sedar diri sikit.

"Aku rasa aku dah jatuh suka kat dia." ujar hatinya.

"No. Amsyar macam mana? " tegas otaknya pula.

"Amsyar ada Yana kan? Lagipun Amsyar dah tak pedulikan kau!" bentak hati Ainan lagi.

"Sanggup ke kau tinggalkan Amsyar?" soal otaknya seakan mencabar. Ainan merengus kali ini dengan kata-kata otaknya.

"Tinggalkan apa? Tak pernah ada hubungan pun kan? Jadi kau bebas nak pilih siapa kau suka." ujar hati Ainan yakin. Ainan kali ini mengangguk.

'Hati aku lagi betul. ' kata Ainan yakin.

Ainan mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi. Lebih baik dia bersihkan diri daripada mendengar otak dan hatinya berdebat.

???

"Kau ada suka orang tak? "

Soalan Danish menyentakkan Ainan. Buku teks matematik tambahan di atas meja diambil lalu mukanya ditutup. Pipinya sudah merona merah. Weh crush tanya kot. Mustahil dia nak bagi jawapan benar.

Buku diturunkan. "No. " kata Ainan. Padahal jantungnya sudah berdegup kencang.

"Ye ke? Okay takpelah."

"Aip. Asal weh? " soal Ainan sambil kening kanan terangkat.

"Nevermind. "

Ainan mencebik. Dah kenapa pula dia ni. Bahunya diangkat tanda 'entah' lalu otaknya kembali dikerah untuk menjawab soalan matematik tambahan yang cikgu arahkan tadi. Susah oi! Dia suka matematik tapi tak suka sangat matematik tambahan.

To be continued.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience