21

Romance Series 14358

-3 BULAN KEMUDIAN-

Ainan tersenyum pahit lalu air matanya menitis membasahi pipi. Bingkai gambar yang terletak di atas meja diambil lalu dipeluk. Gambar kahwin dia dan Amsyar. Perutnya yang sudah sedikit kelihatan itu diusap lembut.

Saat terindah semasa majlis perkahwinan mereka satu persatu bermain di fikiran Ainan. Dia rindukan Amsyar. Dia tidak sanggup menghadapi semua ini.

"Okay tak ni? " soal Hana. Ainan mengangguk namun matanya terus menerus mengalirkan air mata. Ya dia memang lemah dalam bab menahan perasaan.

"Beb. Seriously kau nangis sebab laki tak guna macam dia tu? Like huhh?" Hana sudah berasa jengkel. Susah betul!

"Aku..tak kuat wey. Kenapa mesti Yana? Yana tu sahabat baik aku dulu. Sahabat baik kita." ujar Ainan tersedu-sedan. Hana tersenyum pahit. Dagu Ainan ditarik perlahan untuk menatap wajahnya. Macam mana dia tahu itu Yana? Dua hari yang lepas,gadis itu sendiri yang menelefonnya. Memberitahu bahawa dia dan Amsyar akan berkahwin. Sakit hati dia tuhan sahaja yang tahu!

"Look. Kau kena ingat Amsyar dah curang. Faham tak curang? Dengan 'kawan'kau sendiri pula tu. Diorang pun dah lari entah kemana. Kau kena kuat. Untuk kau dan anak kau. " ujar Hana sambil matanya memandang ke arah perut Ainan. Ainan disahkan mengandung tiga bulan lepas namun Amsyar masih tidak mengetahui hal ini. Mana taknya? Sibuk memanjang.

"Aku penat Hana. Tinggalkan aku sekejap. Aku nak bersendirian."

'Bukankah lelaki itu pernah berjanji akan menjaganya dahulu? ' desisnya.

Hana mengangguk. Dia bersimpati dengan Ainan Humairah. Dia tidak tahu apa dosa sahabatnya ini sehingga dikhianati sebegini.

Jarinya digenggam kuat. "I will find you Amsyar Haris."

Dia bertekad ingin mencari lelaki itu. Kalau boleh nak lumatkan terus muka dia tu. Plastik!


+++

"Kau tahu tak Senah yang aku dengar Ainan tu mengandung anak luar nikah. Amsyar tiada dekat sini jadi macam mana dia mengandung? Tup tup perut besar aku tengok." ujar Siti. Dia tidak sedar akan kehadiran Ainan disitu.

"Hah? Ye ke. Ish muka macam alim tapi kat belakang? Macam apa dah. Tak payah percayakan dia lagi. " tambah Senah seperti menambah minyak ke dalam api. Siti mengangguk setuju.

Air mata Ainan bertakung. Sedikit lagi empangan mahu pecah. Perutnya diusap. 'Ya Allah banyak betul dugaan aku.' Kentang yang dipilihnya sebentar tadi diletakkan kembali ke tempat asal. Hilang moodnya mahu beli-belah barang dapur.

Dia masuk ke dalam kereta lalu menangis sepuas-puasnya. "Kenapa orang anggap aku mengandungkan anak luar nikah? Aku tak macam tu!" jeritnya di dalam kereta. Matanya juga sudah sembab kerana selalu menangis.

Kereta dibawa dengan kelajuan yang tinggi. Sekejap kekanan sekejap kekiri kereta Myvi miliknya itu. Kepalanya berpinar lalu..

DUMMM!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience