20

Romance Series 14384

Telefonnya dihempas ke lantai. Memekak lah! Panggilan telefon dari isterinya membuat telinga Amsyar bingit. Menyusahkan betul!

Mesej yang dihantar oleh Ainan juga tidak dibaca olehnya. Tidak lain tidak bukan, pasti ingin menanyakan kenapa dia tidak balik ke rumah ataupun tentang perihal suara gadis yang kedengaran semasa mereka berdua berbual tempoh hari. Stres!

Hampir 3 bulan selepas mereka bernikah,dia sudah bosan dengan wanita itu. Apatah lagi sekarang! Dia juga tidak tahu kenapa dia gilakan sangat Ainan semasa di bangku sekolah dahulu. Cantik pun tak!

Yana melihat Amsyar di sebalik pintu bilik mereka. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam bilik tersebut dan melabuhkan punggung di hujung katil.

"Balik lah dulu. I boleh jaga diri sendiri." ujarnya seakan merajuk. Memang tidak lah dia membenarkan Amsyar balik ke pangkuan Ainan. Cuma, dia ingin kedengaran baik sahaja.

Amsyar menggeleng laju. Memang tak lah. "No. I tak nak. I nak dengan you. Biarlah dia. Pandai-pandai dia hidup sendiri. " pintas Amsyar sambil meletakkan telefonnya di atas meja. Rambutnya yang kasar dikusutkan.

Yana tersenyum sinis dalam diam. 'Menjadi juga nasi kangkang aku. ' gumamnya.

"You. Keluar jom. Baju I dah banyak I guna. I tak nak guna baju sama. "

Amsyar terdiam. Dia teringat bahawa akaun banknya sudah tidak ada isi. Mahu minta kepada pakciknya, baru sahaja minggu lepas dia dikirimkan wang sejumlah 5000 ringgit. Namun, tidak sampai seminggu dihabiskan oleh Yana.

"I takda duit dah. Tinggal 400 je. Kalau habis untuk shopping you sorang, kita nak makan apa? Nak kebulur semata-mata nak cantik? Please berjimat. I takda kerja tau. Selama ni pun makan gaji Ainan kerja kat company." jelas Amsyar dengan nada yang rendah. Malu juga menceritakan perihal begini ke Yana. Terasa hina pula.

Yana terdiam. Lelaki ni dah pokai ke? Heh! Miskin!

"Cari lah kerja. Sampai bila nak menganggur? "

"You cakap senang lah! I ni jenis susah nak dapat kerja. Lagipun, bukan taste I lah kerja angkat barang berat. I nak kerja company. Faham tak?! "

Yana menjeling Amsyar. Keinginan tak sama macam pencapaian. Belajar kat universiti pun tak habis. Ni nak kerja company bagai.

--

Perutnya diusap lembut dengan kasih sayang.

"Nanti mak cari ayah ye? Mak asyik call ayah tapi ayah tak angkat. Balik pun tak. Esok balik kut. "

Ayat itu sahaja keluar dari mulut Ainan sambil mengusap perutnya yang masih belum kelihatan besarnya.

Pandangannya dialihkan ke arah meja katil yang berada di sebelah kiri. Gambar tersebut diperhatikan dengan ralit. Gembira benar muka Amsyar ketika itu yang membuatkan dia yakin lelaki itu mampu menjadi suami yang baik. Tidak sangka, sangkaannya meleset.

Dia menggeleng menidakkan jangkaan. Mungkin Amsyar sibuk.

-Sorry late update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience