14

Romance Series 14358

"Amsyar. Kebelakangan ni saya rasa tak senang hati lah. Macam ada something tak kena."

Kata-kata Ainan membuatkan Amsyar terasa tidak senang. Kenapa? Ainan yang masih mengacau 'orange juice' menggunakan straw itu dipandang aneh. Muka gadis itu tidak seceria seperti biasa. Bulan depan mereka berdua juga akan berkahwin jadi dia tidak mahu fikiran gadis itu tidak tenteram.

"What do you mean my dear?" tanya Amsyar sambil keningnya bertaut.

Ainan mengeluh. Dia tidak pasti sama ada mimpinya benar atau tidak. Kalau benar,dia orang yang paling menyesal di muka bumi ini!

"Aw-awak ingat tak. Danish?" takut-takut Ainan bertanya. Yalah, nanti Amsyar mengamuk lagi macam mana?

"Hmm. Danish Iqbal ke?" Amsyar bertanya lagi inginkan kepastian. Ainan mengangguk laju sambil tersenyum kecil. Alhamdulillah ingat lagi rupanya dia.

"Why?" malas-malas suara Amsyar. Sebenarnya kalau boleh dia tidak mahu ambil peduli lagi tentang lelaki itu. Mana taknya? Lelaki itu penyebab dia dan Ainan bergaduh zaman sekolah dahulu. Bukannya senang nak jadi macam sekarang tau!

"I think something bad happened to him. I got a dream 2 days ago."

"What is it about?" soal Amsyar lagi buat kesekian kalinya.

"Saya mimpi dia kena seksa dengan isteri dia. Lepastu...he died because of his illness. Dia cakap dalam mimpi tu yang dia dah tenang and terima kasih untuk semua yang saya dah buat untuk dia. Should we go visit his grave?" bersungguh-sungguh Ainan meminta izin. Kalau Amsyar tak bagi pun dia tetap nak!

"But kita tak tahu dekat mana kubur dia?" kata Amsyar lagi. Aish. Ainan masih tak mampu lupakan lelaki itu kah?

"We'll go to his house."

***

Loceng yang berbunyi dari luar rumah menyentakkan Bibik Kiah yang masih mengelap tingkap bilik arwah Danish. Meskipun tuan bilik sudah tiada,dia masih menjaga bilik itu seperti Danish masih hidup. Ya,dia akan jaga sebaik boleh.

"Siapa yang datang? Puan Meera baru keluar tadi,mustahil balik awal." gumamnya perlahan. Meera selalunya akan keluar semasa tengah hari dan balik pagi. Kadang-kadang dua hari baru balik. Tidur dekat rumah siapa pun dia tak tahu.

Kakinya dibawa ke arah tangga dan perlahan-lahan turun ke bawah. Figura gadis bertudung kelabu dan seorang jejaka di luar itu menambahkan lagi kerutan di keningnya. Aik? Siapa tu?

Tombol pintu dipulas lalu dikuak perlahan. Dia terperanjat melihat gerangan orang itu. Ini bukan ke Cik Ainan? Dia kenal kerana ada gambar gadis itu di bawah bantal arwah Danish.

"Cik Ainan kan? Ini siapa ya?" soalnya ke arah lelaki di sebelah gadis itu. Ainan menanyangkan senyum manis. "Ini tunang saya. Hm boleh kami masuk? Ada benda kami nak tanya."

Bibik Kiah hanya mengangguk tanda membenarkan. Tidak mungkin mereka berdua ini mempunyai niat tidak elok. Muka pun manis sahaja.

Duduk sahaja di sofa,Bibik Kiah meminta izin untuk ke dapur untuk membancuh air. Yalah,rasa tak sopan pula. Namun,Ainan menolak pelawaan itu. Dia tidak dahaga dan dia datang hanya ingin menanyakan perihal Danish.

"Danish macam mana?" soal Ainan. Dia tidak mahu terus menganggap Danish sudah tiada kerana boleh jadi mimpi yang dia dapat hanya penipuan. Amsyar yang menunjukkan muka tenang itu dilihat lagi.

"Cik. Belun tahu ke?"

Ainan sudah susah hati. Jangan lah mimpinya benar. "Kenapa ya?" dia masih berlagak tenang. "Tuan Danish dah takda. Ini dah masuk 3 ke 4 hari macam tu. Maaf ya." jelas Bibik Kiah sambil sedaya-upaya menahan tangis. Ainan sudah menekup mulut. "Mana kubur arwah?"

"Tanah Perkuburan Orang Islam Ehsan."

Ainan mengangguk sambil mengucapkan terima kasih. Laju kakinya berlari ke arah kereta. Muka? Jangan cakaplah. Basah kerana air mata. Amsyar hanya mengikut jejak Ainan. Tiba-tiba Ainan terlanggar seseorang. Rambut yang bewarna,baju ketat dan pendek. Siapa ni?

"Awak siapa ya?" soal Ainan kehairanan. Perempuan tak cukup kain! Gadis dihadapannya itu sudah menunjukkan muka marah.

"I yang patut tanya you siapa! You buat apa kat rumah I ni hah?!" bentak gadis itu sambil berpeluk tubuh. Ainan diperhati dari atas hingga bawah. Ustazah mana pula ni?!

"Sa-saya Ainan. Kawan arwah Danish." ujar Ainan. Amsyar sudah berura-ura ingin menampar muka gadis yang tidak cukup kain itu. Berani betul tengking tunang aku!

"Oh patut lah muka kuno juga. Hahaha. Oh by the way. Perkenalkan I Meera dan belakang I ni-"

Belum sempat Meera menghabiskan ayat,gadis yang di belakangnya itu sudah menjawab. "I Yana. I'm sure you kenal I kan Ainan and Amsyar." jelas gadis itu dengan nada perli. Ainan hairan. Ini Yana ke? Kenapa dah lain? Terpengaruh dengan Meera ni ke?

"Dahlah! Berambus sekarang. I tak nak tengok muka you berdua ni lagi!" tengking Meera. Ainan menjelingnya kasar. Cis menyampah aku! Ainan pantas keluar dari rumah itu lalu masuk ke dalam kereta.

Manakala,Yana mengenyitkan mata ke arah Amsyar. Amsyar sudah takut. Dia cepat-cepat mendapatkan Ainan dalam kereta.

Meera dan Yana hanya ketawa puas.

Bersambung.....

By the way guys. Jangan lupa baca buku baru saya. Might be the last book? Support IMAN AFIA ok?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience