10

Romance Series 14358

Muzik rancak yang dimainkan di kelab itu lansung tidak menganggu pendengarannya. Malah, ia menangkan fikiran dan otak yang berserabut sekarang. Air kencing syaitan yang sudah siap dituang dalam cawan diteguk rakus. Pergaulan di dalam itu sudah tiada batasnya.

Meera bermain dengan hujung rambut yang bewarna hijau gelap dipintal sambil mata bundar miliknya gatal meliar pada seorang demi seorang lelaki yang berada di situ. Siapa tak nak weh? Kaya, handsome lagi. Memang full package!

"Bebbbb! "

Panggilan Amelyn menarik perhatiannya. Dia menjeling geram. Eih kacau!

"Hm apa? You ni sibuk ja. I tengah usya orang ni. You kenapa panggil I? "

"Nothing. Saja. Hm you jadi ke kahwin dengan Danish next year? Or two more years? Hahahaha."

Amelyn seakaan mengejek Meera. Bukan dia tak tahu papa gadis itu ingin menjodohkan anaknya dengan budak mentah berusia 17 tahun.

"I don't know. Tapi kalau jadi apa salahnya? "

Amelyn membuat reaksi hendak muntah. "Umur 17 you cakap okay? You 23 beb. Tak sedar diri dah tua ke macam mana? Cari lah yang lagi matang."

Meera buat tak tahu. Biarlah. Hidup dia.

????

Ainan menangis teresak-esak. Tanah kubur yang masih merah itu ditatap. Dia tak sangka yang orang dia cintai sudah pergi buat selamanya. Batu nisan yang terukir dengan nama 'Danish Iqbal bin Ziyyad' diusap lembut.

Hujan renyai-renyai juga sudah mulai turun membasahi bumi. Namun dia tidak peduli. Ainan terus meratapi pemergian si dia.

"Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa?! "

"KENAPA?! "

Ainan terbangun daripada mimpinya. Peluh sudah membasahi seluruh muka dan leher. Mulutnya terus terkumat-kamit membaca zikir. "Ya Allah kenapa mimpi aku macam tu? " gumamnya. Muka juga sudah kelihatan pucat.

Jam yang berada pada dinding biliknya dikerling. Pukul 3:30a.m. Suhu penghawa dingin juga dibaca. Sejuk dah ni tapi kenapa aku berpeluh teruk. Hm. Harap mimpi tadi mainan semata-mata.

Dia kembali baring sambil mata menghadap ke siling. Kipas yang berpusing menenangkan Ainan Humairah yang kian buntu dengan mimpi tadi. Pil panadol di atas meja dicapai lalu air botol diteguk laju.Mulut dilap setelah selesai.

Perlahan-lahan matanya terlelap kembali.

???

Vaseline diambil dari atas meja lalu dicalit pada bibirnya. Bibirnya terlalu pucat seperti tiada darah lagi yang mengalir. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar di sekolah. Kalau boleh dia nak rahsiakan perkara ini sehingga dia dijemput maut satu hari nanti. Tak tahu bila tapi yang pasti, tak lama lagi. Semalam, dia balik dari sekolah terus ke hospital dan kata-kata doktor sungguh meresahkan.

"Cepat turun makan! Sejuk nanti makanan ni! Kamu pun akan lambat ke sekolah. " laung Bibik Kiah daripada tingkat bawah. Memang power suara orang tua ni.

"Ya! " jawabnya sambil mengatur rambut yang kusut masai akibat pengering rambut. Dia tersenyum manis melihat penampilan diri sendiri lalu tanda nama bewarna hitam yang tertulis 'Danish Iqbal bin Ziyyad' dicapai lalu dilekatkan di atas logo sekolahnya.

To be continued....

Stay tuned okay for the next chapter? Assalammualaikum and bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience