12

Romance Series 14384

Potongan buah oren disuap ke dalam mulut lalu dikunyah sebelum ditelan. Air jus kemudian diteguk bagi menghilangkan dahaga. Kaki disilang untuk menambahkan aura datinnya.

"Er puan. "

Meera berpaling. "Heih bibik ni nak apa pula? " bisiknya. Bibik Kiah dilihat jengkel. "Hm. Puan boleh tak tengokkan Tuan Danish. Dia.. tak sedarkan diri dari tadi. " jelas Bibik Kiah.

Perlahan-lahan bibir Meera mengukir senyum sinis. Hm. Dah mati ke?

"Order terus je la kain kafan tu. Keranda jangan lupa. " sinis Meera sambil bermain telefon yang berjenama itu. Macam la dia kesah.

Bibik Kiah mengeluh hampa. Bukan apa, dia takut dia salah rasa sahaja. Dia tadi memegang nadi Danish namun tiada sebarang denyutan terasa. Telefon ganggang diambil lalu nombor doktor peribadi didail.

"Doktor Rafiq, boleh tak kesini sekarang? Saya rasa macam ada tak kena dengan Tuan Danish."

"Hm kenapa tu ya? Takpalah. Saya ke sana sekarang. " ujar Doktor Rafiq lalu memutuskan panggilan. Bibik Kiah mengeluh. Dia takut.

"Ya Allah. Kau selamatkanlah Tuan Danish," Dia masih berharap meskipun dia sendiri sudah merasa ketiadaan denyutan nadi lagi. Namun, Bibik Kiah masih berharap.

"Tak payah pun nak call doktor bagai. Dah mati tu, mati je lah. " herdik Meera sambil memutarkan bola matanya. "Aku nak keluar jap. Tak payah masak eh kau selalu habiskan beras je."

"Tapi saya belum makan apa-apa lagi puan. " Bibik Kiah bersuara dengan takut-takut. "

"Maggie ada kan? " Meera tersenyum sinis. Biar makan maggie je. Payah betul. "Baiklah puan." jawabnya akur. Terpaksa dia akurkan sahaja arahan majikannya yang tidak berhati perut ini.

Beberapa minit kemudian kedengaran bunyi loceng rumah ditekan. Mesti Doktor Rafiq! "Ya doktor. Jemput masuk. "Doktor Rafiq mengangguk lalu menyoal "Mana Tuan Danish?"

"Dekat atas." kata Bibik Kiah dengan perasaan yang gundah. Dia takut. Doktor Rafiq sekali lagi mengangguk. Kaki dibawa ke tingkat atas dan bilik Tuan Danish dikuak. Sekujur tubuh terbaring lesu di atas katil. Bibirnya jelas pucat seperti tiada darah. Muka juga sudah mulai biru. Doktor Rafiq terus menapak ke katil lalu memeriksa apa yang patut.

Nadi Tuan Danish dicapainya dan dipegang. Jelas raut terkejut di mukanya. "Maaf tapi Tuan Danish dah takda." ujarnya sayu. Air mata Bibik Kiah sudah mencurah-curah turun membasahi pipi.

To be continued..

Hye. Author tahu chapter ni pendek gile. Sorry. I have a huge problem now and I've been facing it since few days ago so I don't have any strength for now. I hope korang faham:) Author takkan update buat masa ni key? Bye assalammualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience