8

Romance Series 14384

"Awak kenapa eh?!"

Suara Danish yang meninggi itu berjaya membuat bahu Ainan terangkat. Dia dan Hana ke restoran yang berada di dalam pusat beli belah ingatkan nak release stress but Danish pula datang. Haih.

"Kenapa apa?" soalan Danish dijawab dengan soalan yang acuh tak acuh daripada Ainan. Danish meraup mukanya. Danish ni tarik tangan dia semasa mereka terserempak.

Tadi, dia terasa ingin terkucil jadi dia pergi ke tandas. Kebetulan pula Danish ada di tandas lelaki yang berhampiran dengan tandas perempuan. Kemudian tangannya ditarik oleh Danish sehingga ke luar. Haih kesian Hana tinggal dekat dalam.

"Kenapa awak tanya? Awak jauhkan diri daripada saya, tak pedulikan saya dah. Itu awak tanya kenapa?"

Danish mengusutkan rambutnya. Belum sampai dua minggu tempoh hubungan dia dan Ainan tetapi gadis itu sudah membuat perangai. Ainan mengeluh. Mata-mata orang awam yang kesitu sudah mhelihat ke arah mereka.

"Takda apa lah. Saya pergi dulu." Ainan berura-ura ingin masuk ke dalam semula namun tangannya sempat ditentap Danish sekali lagi.

"Ainan Humairah! " bentak Danish. Dia sudah hilang kesabaran dengan Ainan. Ainan sudah kelu dan gentar. Pertama kali dia melihat Danish sebegini rupa.

"Jangan kacau saya dah. Ki-kita.. "

Perkataan seterusnya bagaikan tersekat di kerongkong Ainan. Dia tidak sanggup kerana hati masih mencintai lelaki di hadapan dia sekarang.

"Kita apa Ainan? "

"Kita put-putus. "

Ayat keramat itu diucapkan oleh Ainan lalu dia beredar daripada situ. 'Maafkan saya. Saya buat semua ni untuk kebaikan awak. Saya tak nak awak kena tempias. ' desis hati Ainan. Dia tidak mampu mengungkapkan ia dalam bentuk suara. Dia tak boleh!

Danish jatuh terduduk. Dia mimpi kan? Air matanya perlahan-lahan turun membasahi pipi. Pertama kali dia menangis kerana kaum hawa.

???

"Amsyar betul ke nak pindah?" soalan Yana menyentakkan Amsyar yang sedang menikmati mi kari di kantin sekolah. Amsyar tersenyum.

"Saya ada dekat sini kan? Tak jadi lah. "

Jawapan Amsyar membuatkan Yana menghela nafas lega. "Fuh. Masih ada peluang. " gumamnya kecil.

"Hah? "

"Eh takda apa. Awak makan lah. Saya pergi dulu. " ujar Yana. Amsyar hanya mengangguk. Pergilah. Macam aku kesah pula.

"Aik Amsyar. Happy betul eh muka kau harini? Ada apa tu? Share kit. " usik Syamsul. Amsyar tidak menyahut. Dia terlampau gembira sekarang. Kahkah.

Pesanan yang diterimanya daripada Ainan malam tadi berjaya membuatkan hati lelaki miliknya gembira. Ya, perpisahan mereka ialah kebahagiaan bagi Amsyar Haris.

"Padan muka kau Danish! "

???

Puan Aisyah risau dengan anak daranya yang seorang itu. Ainan Humairah menjadi pendiam dan kurang makan sejak kebelakangan ini. Bila ditanya, jawapan yang sama mereka terima iaitu "Takda apa-apa. Ainan okay. "

Makan petang mereka pada petang itu tidak seperti biasa. Tiada gelak tawa yang menghiasi dapur. Mata Ainan pula kelihatan sembap.

Selesai mengisi perut, Ainan naik ke tingkat atas. Nombor telefon abangnya di dail.

"Assalammualaikum abang. Ainan ada problem ni. " ujarnya. Keberadaan abangnya, Anaqi di luar negara menyukarkan dia meluahkan masalah. Abang dia lah yang selalu memberi nasihat dan mendengar masalahnya.

"Waalaikumsalam. Apa dik? Abang nak gi kelas lepas ni. " suara Anaqi kedengan dari corong telefon. "Adik dah broke up dengan dia!"

"Aik. Cepatnya! Bukan baru ke? " soal Anaqi lagi. Aneh betul.

"Hm. Ainan yang minta."

"Ha itu lah. Terima lah akibatnya. Dah bye nak gi kelas." Ainan merengus. Haih tiada siapa yang faham apa dia rasa sekarang. Benci lah!

Azan asar sudah berkumandang. Dia kemudian masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Asar.

To be continued...

Hye. Another new chapter here. Enjoy and bye assalammualaikum. Stay tuned tau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience