5

Romance Series 14358

"Danish kan? "

Danish berpaling ke arah suara garau yang bertanya,lalu mengangguk perlahan. "Hm dia ni siapa?" gumamnya.

Amsyar tersenyum sambil memeluk tubuh. Danish dipandang jelek sambil matanya menilik ke atas dan ke bawah sambil tersenyum sinis. Dia ni ke yang suka Ainan? Cis!

"Hm. Aku Amsyar Haris." kata Amsyar sambil raut wajahnya menunjukkan riak yang dingin. Danish pula hanya tenang. Dia tidak mahu kelihatan cemas berhadapan dengan Amsyar. Amsyar ini tandingannya!

"Ya,aku Danish. Danish Iqbal. Kenapa? Ada masalah? Aku rasa aku takda masalah." kata Danish sambil mengukir senyum paksa.

Amsyar mengenggam tangannya. Dia main-main!

"Yes. Ada masalah. Kau kenapa rapat dengan Ainan?! " jerkah Amsyar sambil kolar baju Danish ditarik. Danish hanya tenang.

"Tumbuklah. " cabar Danish. Dia kemudian menolak Amsyar lalu berura-ura ingin meninggalkan kantin sekolah yang sudah mulai riuh akibat pergaduhan mereka ini. Tah pape tah Amsyar ni tibe.

"JANGAN RAPAT DENGAN AINAN! " jerit Amsyar. Rambutnya diraup kebelakang. Muka jangan cakaplah. Sudah merah akibat amarah yang membuak. Tiada seorang pun pelajar di situ berani menegur mereka kerana Amsyar agak terkenal dengan sifat baran. Ketua pengawas pula takda kat situ!

????

"OMG OMG. Ainan Humairah!"

Hana memanggil Ainan yang sedang leka membuat latihan Bahasa Melayu. Dah nak SPM ni jadi kena fokus belajar kat rumah! Belajar amat penting di dalam hidup Ainan.

"Hm. Apa? " soal Ainan tak acuh. Matanya masih melekat di buku latihan. Telinga hanya dipasang untuk mendengar cerita si Hana.

"OMG. I heard that Danish si pakwe kau tu dan Amsyar gaduh tadi kat sekolah. Aku rasa betul lah do sebab tadi aku ternampak rambut Danish kusut macam baru lepas gaduh. " terang Hana sambil tangannya mencapai keropok lekor yang dibeli oleh mereka berdua di kantin sekolah sebelum balik tadi. Dia menumpang di rumah Ainan buat sementara waktu kerana ibu dan bapanya menunaikan umrah. Sebulan uih!

"Hah? Iqbal okay tak?! " soal Ainan cemas. Wajahnya jelas kelihatan risau akan keadaan Danish. Amsyar? Hm biarlah dia. Tak peduli pun!

"Asal tak tanya pasal Amsyar? " Hana curiga. Ainan gugup. Alamak kantoi pula dah!

"Kau suka Danish ekk? " Hana meneka. Ainan menggeleng lalu menutup mulut Hana menggunakan tangannya. Ni kalau mama dengar dari atas ni habis aku!

"Aku tanya kan tadi. Iqbal macam mana? Kau tanya benda lain pula kat aku. Amsyar tu lantak lah. Kesah apa aku?"

"Danish okay jer. " ujar Hana sambil tersenyum gedik. Baik aku fikirkan Syamsul aku daripada mamat Danish dan si minah Ainan ni. Puih!

Ainan tersenyum manis dan menghela nafas lega. Nasib takda apa-apa. Kalau tak aku kerjakan Amsyar. Pasti dia yang mulakan!

"Ainannn. " panggil Hana meleret. Ainan mengeluh. Ala dia ni ganggu konsentrasi aku lah aduhai.

"Apa ngok? "

"Syamsul ada makwe tak eh? " soal Hana gedik. Ainan sudah geli geleman. Euw dia pandang apa kat Syamsul sebenarnya eh?

"Takda. Dia single and buaya. So I don't recommend you to be her girlfriend."

Hana sudah merengek manja. Keropok lekor dicapai lalu disuap. Baik aku makan. Takpa Hana kau ada peluang lagi nak rapat dengan Syamsul ehek.

Syamsul ni lain sikit. Tukar awek cam tukar baju. Bila dah jemu dia tukar lagi,lagi dan lagi.

Buaya.

???

"Awak okay tak? " soal Ainan. Wajah bersih Danish dipandang sayu. Kesian betul crush aku ni!

Danish tersenyum. Wajah Ainan sudah cukup membuatkan dia okay. Dia mengangguk tanda 'Okay' dengan pertanyaan Ainan.

"Baguslah kalau awak okay. Saya nak pergi tandas dulu lah sementara cikgu belum masuk lagi. " ujar Ainan tanpa Danish bertanya. Danish mengangguk.

Danish tersenyum .Kertas kosong yang berada di bawah meja diambil. Pen dicapai lalu dia menulis sesuatu pada kertas itu. Kertas itu kemudiannya dilipat lalu diletakkan di dalam kotak pensel bewarna hitam milik Ainan.

Beberapa minit kemudian, Ainan tiba daripada tandas. Dia duduk di bangku meja lalu membuka kotak pensel. "Aik. Kertas apa ni?"

Ainan hairan. Sejak bila aku simpan kertas ni. Buka je ah. Perlahan-lahan kertas dibuka lalu isi surat itu dibaca.

'Would you be my girlfriend? I have a crush on you hm.'
-Danish Iqbal :)

Mulutnya terus mengukir senyuman lebar. Dia berdiri lalu berbisik ke arah Danish.

"Yes. "

Hai. Sorry for the very late update.I'm so busy lately so takda masa sangat. Yeah! Sorry kalau pendek. Stay tuned for the next chapter okay? Bye assalammualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience