15

Romance Series 14358

Batu nisan diusap perlahan dengan jarinya yang runcing dan putih. Air mata Ainan sudah tidak boleh ditahan lagi. Empangan mata sudah pecah dan perlahan-lahan butir air matanya turun membasahi pipi. Tangannya juga masih memegang tanah kubur yang masih lagi kelihatan kemerahan.

Danish Iqbal. Nama biasa namun jika disebut dihadapan Ainan dahulu akan mendatangkan rasa yang lain ke hati gadis itu. Bukannya susah mahu menerima semasa Danish Iqbal menghilangkan diri dahulu. Tak keruan! Namun apakan daya. Dia sudah pergi selamanya. Pemergian seseorang tidak akan dapat di halang dan kita yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. Ya, bukan senang ingin menerima kenyataan malah sangat susah. Tapi, nak buat macam mana? Qada' dan Qadar itu diatur oleh Allah SWT. Mana-mana makhluk tidak akan dapat menghalang.

Buku Yaasin dibuka dan bibir munggilnya perlahan-lahan terkumat-kamit membaca setiap ayat. Usai membaca surah tersebut, Ainan berpaling ke arah Amsyar yang menundukkan kepala. Ainan mengangkat bahu tanda tidak ingin peduli. Dia terus membaca surah Al-Fatihah.

Sementara itu, Amsyar yang masih menunduk tadi kini mengenggam tangannya. Cis! Lelaki tu dah mati pun tunang dia ni masih peduli ke?! Dia ingat pemergian lelaki itu suatu kejayaan kerana bukan dia tidak tahu, semasa mereka berdua ingin mengikat tali pertunangan , Ainan agak sukar untuk menerima kerana gadis itu masih berharap dengan Danish Iqbal sedangkan sudah bertahun tidak bersua muka.

Fikirannya menerawang tentang pertemuan dia dan Ainan dengan Meera bersama Yana tadi . Entah kenapa wajah serta penampilan Yana yang baru masih bermain di fikirannya. Tak terfikir pula gadis itu boleh berubah secara drastik. Dulunya yang agak 'nerd' kini berbeza. Sungguh membuatkan hatinya bergelora.

"Awak? Jom lah balik. Dah nak petang ni." tegur Ainan secara tiba-tiba. Amsyar yang sedang mengelamun tadi kini tersentak dengan teguran itu. Tidak cakap banyak, Amsyar hanya mengangguk dan berjalan beriringan bersama Ainan keluar dari kawasan perkuburan itu.

---

Nasi disuap ke mulut lalu dikunyah. Lauk udang masak petai,sayur sawi dan ulaman sambal belacan itu menaikkan selera Ainan pada malam itu. Puan Aisyah hanya menggeleng melihat anak daranya. Petang tadi bukan main menangis dan tidak keluar dari bilik. Nasib dia tahu cara untuk memujuk Ainan.

"Ainan"

Panggilan Encik Zakir memaksa Ainan yang masih menikmati makanannya itu tersentak lalu serta-merta berpaling ke arah ayahnya. Wajah yang agak berkedut akibat dimamah usia itu dipandang.

"Ya pa? Nape?" soal Ainan kehairanan lalu meneruskan suapan. Air sejuk juga diteguk untuk melegakan dadanya yang terasa sendat.

"Esok abang kamu datang tau." ujar ayahnya. Ainan terbatuk dan matanya membulat terkejut. " Are you being serious?"

Encik Zakir mengangguk lagi. "Dia cuti sem dalam 5 bulan. Tak tahu lah kenapa lama sangat tapi macam gitu ah dia. Boleh juga dia hadir masa kamu kahwin nanti. Langkah bendul lah katakan."

Ainan hanya mengangguk. Bulan depan dia sudah mahu dikahwinkan. Awal bulan pula tu! Ergh! Papanya meminta untuk diawalkan. Katanya, benda baik jangan lambatkan!

Dia berjalan menuju ke dapur dan mula membasuh pinggan sambil menyanyi kecil.

-Sorry late update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience