9

Romance Series 14358

"Papa nak cakap sikit. Boleh? "

Soalan Tan Sri Ziyyad berjaya mendapatkan perhatian daripada Danish dan keningnya terangkat. Telefon pintar miliknya diletakkan di atas meja. Jarang-jarang papa minta kebenaran kalau nak cakap sesuatu ni. Bila. dia minta tu.. Hmm memang serious lah jawabnya.

"Boleh pa. Apa dia? "

Tan Sri Ziyyad kini menoleh ke arah Puan Sri Zainab yang sedang leka menonton drama pukul 7 yang disiarkan pada televisyen. Puan Sri Zainab juga berpaling ke arah suaminya. Dia kemudian mengangguk dengan gerak mata suaminya. Benda ni mereka dah rancang daripada tahun lepas sebenarnya.

"Hm. Kamu nak kahwin tak? "

"Hah?! No way. I'm 17 years old papa. Memang tak lah Danish nak kahwin sekarang. What type of question is that?"

Danish sudah pelik. Aku muda lagi kot. Ni nak suruh kahwin pula alahai memang tak lah. Telefon pintarnya dicapai kembali lalu aplikasi WhatsApp dibuka. Malas nak layan papanya yang merepek. Nombor kenalan Ainan dilihat. Last seen yesterday. Ainan ni tak online ke macam mana? Dia mengeluh.

"Do you still remember Meera? Meera Qistina." kata papanya lagi namun kali ini kedengaran tegas. Kening Danish bertaut. Siapa tu?

"Heih teruk ingatan kamu ni. Meera sepupu kamu tu lah. Dia dulu pun sukakan kamu. Betul tak? " soal Tan Sri Ziyyad.

Danish mengangguk. Oh baru dia ingat perempuan tu.
Gedik, tak cukup kain and bukan nak hina tapi muka dia macam pontianak.I said what I said!

"Ya ingat dah. So?"

Danish sebenarnya malas nak soal dah tapi kena hormat ayah sendiri kan?

"Hmm. Papa, mama rancang nak merisik dia untuk kamu bila umur kamu dah cecah 18 tahun. "

"HAH?! "

???

"Eh sakitlah! "

Lengan bajunya diatur lagi. Amsyar ni nak apa lagi?! Tak cukup ke apa dia buat dekat aku eh?

"Eh. Saya sayangkan awak tau. Kenapa awak sanggup cintakan Danish tu? Saya kenal awak lagi lama kan dan awak tak sepatutnya terima saya dulu! "

Ainan ketawa sinis. Terima orang macam dia ni? Maaf lah. Memang aku tak nak. Kau bagi percuma pun aku tak nak.

Ainan tidak mempedulikan Amsyar. Kakinya dibawa menuju ke pagar sekolah. Haih! Baru datang sekolah mood dah rosak. Benci! Nasib pakcik guard tak dengar. Kalau tak,mau viral oi satu sekolah.

___

Kerusi ditarik perlahan. Danish di hadapan mejanya ditilik. Aik kenapa muka dia pucat?

"Awak. " panggil Ainan. Namun tiada sahutan.

"Dia masih marahkan aku ke? " gumamnya sendiri. Bahu diangkat tanda malas nak ambil tahu. Kepalanya diletak di atas meja. Lalu matanya ditutup. Lama lagi kelas nak start ni hm. Lagi dua jam.

Danish terdengar dengkuran di belakangnya. Dia berpaling dan melihat Ainan yang tidur nyenyak sambil mukanya ditutu dengan sapu tangan. Sapu tangan yang terdapat huruf A•D yang bermaksud Ainan•Danish.

"Dia masih simpan sapu tangan tu? " soalnya sendiri. Ainan yang kelihatan penat itu ditenung seperti mahu tembus. Dia rindu.

Seketika dia berasa seperti ada cairan hangat mengalir keluar daripada hidungnya. Pantas dia mencapai tisu dan mengelap cecair merah pekat yang mengalir keluar daripada hidungnya. Tisu dibuang ke dalam tong sampah dan dia berlari pantas menuju ke tandas. Nasib Ainan tidur kalau tak rahsianya mungkin terbongkar hari ini.

???

Ainan menekan punat hantar ke Danish. Selesai dihantar, telefon bimbitnya terus dimatikan. Fuh takut nih!

__

Danish yang sedang melayari internet ketika itu menerima pesanan daripada Ainan. Laju jarinya menekan pesanan suara itu. Di bawah pesanan suara itu terdapat juga ayat
"Maaf kalau tak sedap. "
"Sorry:("

Butang 'play' ditekan. Danish tersentak.

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu
Maafkan andai menggangu lenamu
Andai pernah melukakan
Maafkanku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara
Kau tahu
Kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Pesanan suara tersebut berakhir disitu. Perlahan-lahan air mata lelakinya turun membasahi pipi lalu turun ke baju. Suara merdu Ainan menambahkan lagi kesedihan di dalam lagu itu. Telefon dicapai lalu jarinya menari pada skrin dan terus menghantar pesanan itu.

"Saya maafkan awak:)"

To be continued...

Hye. Macam mana? Okay tak? Harap korang enjoy sebab author gigih nak update ni sebenarnya. Busy sangat! Okay bye assalammualaikum

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience