Chapter 5

Romance Completed 16002

BAB 5

SURAYA memandangku lama. Dia mengambil tempat di meja kuliahku sambil melihat buku-buku novel yang berselerak di situ.
“Kau minat baca novel cinta pulak sekarang ni?’’ soalnya. Aku hanya diam. janganlah Suraya dapat tahu sesuatu. Aku tidak mahu Suraya tahu. Kecoh satu kampus kalau dia tahu. Saat itu juga aku mendapat e-mel dari Rizal. Sekilas aku mengerling ke arah Suraya. Dia tengah baca novel aku tu, mungkin dia tak akan ke sini. Aku membuka isi kandungan e-mel yang dihantar.

Assalamualaikum, hai Anissa. Apa khabar? Harap sentiasa dalam keadaan yang sihat walafiat. Tahu tak Anissa, penantian itu satu penyiksaan? I can’t wait anymore. I miss you so much.

Aku terkedu dalam senyuman membacanya. I miss you too. Ya. Aku pun rindukan dia.

“Hah! Siapa Rizal?’’ tanpa terduga Suraya sudah berdiri di belakangku. Membaca e-mel itu secara diam-diam. eish! Terpaksalah aku ceritakan sedikit sebnayak tentang Rizal.
“Ohh, patutlah lately aku tengok kau ni asyik temenung, baca novel cinta.. rupa-rupanya dilamun cinta.’’ Suraya mengusik. “Bukannya bercinta. Kawan rapat ajelah.’’ Aku berdalih. Tapi memang betul pun. Aku hanya berkawan rapat sahaja dengan Rizal. Tidak pernah pula aku memutuskan kalau kitaorang ni pasangan kekasih.

“Yelah tu, Cik Anissa kita dah dilamun cinta.’’ Suraya tetap mengusikku. Aku tersenyum sendiri. Betul ke aku dah dilamun cinta?

BEBERAPA bulan telah berlalu, Aliya telah lama tidak berhubung dengan Afiq semenjak peristiwa itu. Pernah juga Afiq datang ke rumah untuk menemuinya. Tapi ada sahaja alasannya untuk mengelak daripada bertemu dengan lelaki itu. Memandangkan tahun ini dia akan menduduki peperiksaan STPM, alasan dia semakin kukuh untuk tidak berhubung dengan Afiq. Dia mahu fokus terhadap peperiksaan yang bakal menjelang nanti.

Sekarang dia tengah menunggu Akim di sekolah. Seperti biasa, Akim lambat menjemputnya. Ish! Dia ingat aku ni tunggul kayu ke kena tunggu dekat sini sampai berejam-jam? Kalau mama biar aku balik sorang-sorang kan senang! Tak payah nak tunggu mamat playboy tu. Gomelnya.

“Hai..’’ suara yang menegur membuatnya memandangnya. Ikhwan? Terus menunduk malu dia seketika. Teringatkan peristiwa di mana Afiq telah menumbuknya, Aliya pula yang diselubungi rasa bersalah. Ikhwan menghampiri dan mengambil tempat di sisinya.

“Tunggu siapa?’’ soalnya.
“Abang Akim.’’ Balasnya sepatah. Entah kenapa hatinya sentiasa berdebar-debar setiap kali bersama Ikhwan. Dari cara percakapan dan pendangannya, rasanya seperti mengnet yang menarik hatinya. Dari sudut mana pun, Ikhwan memang jauh berbeza dari Afiq.
“Kenapa tak suruh Afiq yang datang ambil. Mesti on the sport dah sampai sini untuk awak.’’ Ikwan seakan-akan memerli hubungannya dengan Afiq.
“Tak.’’ Dia malas bercakap mengenai Afiq.

“Kenapa? Dah putus ke?’’ soalnya pula. Aliya kematian kata. Putus? Kalau putus sekali pun, Afiq tu bukan jenis yang makan saman. Sikapnya macam orang gila talak kalau sudah putus hubungan sekalipun. “Afiq langsung tak layak dengan awak.’’ Tiba-tiba sahaja Ikhwan berkata begitu. Aliya memandangnya. Kenapa dia berkata begitu?

“Ikhwan..’’ panggil satu suara. Aliya dan Ikhwan terus memandang ke arah suara itu. Hardina berjalan menuju ke arah mereka. “Apa Wan buat kat sini, kata nak teman Dina balik?’’ soalnya. Ikhwan memandang Aliya untuk seketika. Inilah halangan buatnya. Dia menyukai Aliya tapi bagaimana pula dengan Hardina. Dalam masa yang sama juga, Aliya sudah mempunyai insan lain. Dia tidak mahu berurusan dengan Afiq lagi.
“Okey lah Liya, saya balik dulu.’’ Ujarnya lantas bangun dari situ. Aliya hanya memandang kedua pasangan itu berlalu ke pergi. Saat itu juga kereta sport milik Akim Danial muncul di pandangannya. Aliya menjeling geram. Masih duduk di situ dengan memandangnya tajam.

“Liya! jom lah. Nak duduk situ sampai besok ke?’’ jerit Akim dari dalam keretanya. Eish! Menyakitkan hati betullah mamat ni! Cebik Aliya. Langkah kakinya dihentak-hentak ke tanah. Dia tahu Akim memang sengaja datang lambat.
“Apa kau buat tu? Shuffle terbaru ke?’’ perli Akim setelah Aliya masuk ke dalam kereta.
“Diamlah kau!’’ marah Aliya. Akim tertawa kecil. Geli hati dengan perangai Aliya.

Aliya kecut perut dengan kelajuan kereta yang dibawa oleh Akim. Lelaki itu memecut kereta seolah-olah mereka kini sedang berlumba di litar Sepang. Aliya mengeluh lega untuk seketika setelah kereta yang dipandu berhenti di lampu isyarat. Dia memandang Akim.
“Kau dah gila ker?!’’ marahnya.
“Alah, aku saje je nak ‘test power’ kereta aku ni.’’ Akim tertawa sinis. Aliya mencemuh. Pandanganya dihalakan ke luar. Saat itu juga dia melihat kereta milik Afiq. Aliya kaku. Telefon bimbit Akim pula tiba-tiba berbunyi. Lelaki itu memandang ke pemilik kereta sebelah. Aliya tahu Akim sedang bercakap dengan Afiq.
“Okey! Set. Kalau kau dapat kalahkan aku, aku bagi dia dekat kau.’’ Ujarnya. Serta merta Aliya memandang Akim. ‘ bagi dia??’

Bunyi enjin kedua-dua enjin kereta semakin garang. Mereka nak berlumba! Memang sah dah!
“Kau turunkan aku sekarang!’’ kata Aliya sebelum lampu bertukar menjadi hijau.
“No way! Kau tu taruhan aku. don’t worry dear, I’ll win for you.’’ Kata Akim dengan belagaknya. Aliya terdiam. Sebaik sahaja lampu menjadi hijau, tubuhnya sudah pun beku. Matanya dipejam serapat-rapatnya. Ini memang kerja gila! Dua manusia ni dah gila! Memang sesuai pun jadi sepupu dan bestfriend yang sama-sama gila! Sumpah Aliya.

“Yuhhuuuu!!’’ kedengaran suara Akim menjerit. Aliya membuka matanya. Afiq kalah ke? Dia menoleh ke belakang. Tiada! Aliya memandang ke arah Akim pula.
“Mana Afiq?’’ soalnya setelah kereta yang dinaiki sudahpun berhenti di sisi jalan.
“Dia tunggu kau kat sana, so, I’m babe!’’ balasnya. Ternganga Aliya seketika.
“Kau ni mana satu? Kau kata nak menangkan untuk aku?’’ marah Aliya. Kalau tadi dia memang rasakan pelumbaan mereka ni kerja gila. Tapi sekarang, dia memang mengharapkan kemenangan Akim agar dia tidak perlu mengikuti Afiq.

“Aku memang boleh kalahkan dia, tapi.. aku nak keluar dating. So, aku ‘RELAKAN’ ajelah dia menang. I’m so sorry..’’ katanya pula. Aliya semakin geram. Akim memang sengaja!
“Eh, yang kau terpacak dekat sini buat apa? Turunlah!’’ kata Akim lagi. Dengan perasaan yang merah Aliya membuka tali pinggang. Pintu kereta pun ditutup kasar. Bencinya dia pada Akim. Ada abang pun tak guna!

Sebaik kereta Akim pergi. Aliya mengintai kelibat bas ataupun teksi. Dia tidak mahu naik kereta dengan Afiq. Tapi sayangnya, kereta itu kini berada di hadapannya. Aliya nampaknya ‘TERpaksa’.

“Hantar I balik!’’ katanya sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kereta itu. Afiq tersenyum melihat kelakuan Aliya yang baginya cukup ‘manja’. Entah kenapa, tapi Aliya satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hatinya. Ya! Dia memang playboy, tapi hatinya kalah pada gadis ini. Nur Aliya Maisara, I’m in love with you.

Aliya kini tiba di depan pintu pagar rumahnya. Tidak sangka kalau Afiq memang akan menghantarnya ke rumah. Afiq langsung tidak bercakap walaupun sepatah. Kenapa dengan mamat ni hari ni? Dah kena sampuk? Aliya tidak mahu itu menggangu fikirannya. Dia mahu cepat-cepat turun dari kereta ini. Tapi sebaik membuka tali pinggang, tangannya ditarik membuatkan dia betul-betul mengadap wajah Afiq Firdaus. Kedudukan jarak yang begitu hampir! Aliya terkaku seketika.

“I’m sorry..’’ bisiknya perlahan. Aliya bagaikan terpukau dengan renungan matanya. Kenapa aku rasa berdebar? Tuluskan ungkapan maafnya tadi? Cebisnya. Gulp! Aliya tidak sanggup berlawan pandangan mata dengan lelaki itu. Dia tahu dia akan tewas. Kedudukannya dijarakan.
“Let me go,’’ ujar Aliya menarik tangannya tapi kemas sahaja Afiq memegangnya.
“Sayang, I betul-betul minta maaf. I tak boleh hidup tanpa you.’’ Katanya. Aliya tertawa kecil.
“Habis tu, sekarang ni kenapa masih hidup pulak?’’
“Sebab you ada dekat sebelah I sekarang. You adalah oksigen I. sebab itulah, I perlu berusaha keras tadi untuk dapatkan oksigen I yang satu ni,’’ Afiq mencuit manja hidung Aliya.

“Menyampah!’’ cebis Aliya. Afiq tertawa kecil.
“You maafkan I tak?’’ soalnya. Aliya memandangnya serius.
“I maafkan you kalau you boleh ubah sikap you, sikap you yang cemburu buta, sikap you yang gatal, sikap you yang suka memaksa,’’ patah bicara Aliya didengar dengan penuh perhatian.
“lagi?’’ tanya Afiq.
“Sikap you yang selalu menggoda I. I rimas!’’ kata Aliya geram.

“Hey, mana boleh. Kalau I tak goda you habis I nak goda siapa? Akim?’’ kata Afiq dengan hilaian tawanya. Aliya pun turut tertawa.
“Suka hati you lah! Lepaskan tangan I.’’ ujar Aliya. Afiq melepaskannya perlahan.
“Thank you sayang, I promise that I’ll try all that you want because I’m really love you. Really, really love my dear Aliya Maisara.’’ Ujarnya. Aliya hanya diam. Dia sungguh-sungguh menyintaiku. Tapi mampukah aku memberikan rasa yang sama terhadapnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience