Chapter 9

Romance Completed 16004

BAB 9

PAGI itu aku keluar berjoging sendirian memandangkan Suraya sakit perut dan terpaksa berehat di bilik sahaja. Suraya tu kalau dah sengugut, sakitnya mengalahkan orang nak beranak. Kerjanya seharian hanya boleh berbaring sebaik sahaja makan ubat. Tiba-tiba aku terserempak dengan Rafiq. Ah! lelaki ini tidak pernah mahu berhentinya mengekori aku. Kemana sahaja aku pergi, pasti aku akan bertemu dengan Rafiq. Aku buat-buat tidak perasankan kehadiran Rafiq. Teruskan berjalan dengan cepat. Tapi tanganku sudah ditarik dari belakang membuatkan langkahku terhenti serta-merta. Rafiq!

“Ish! Apa ni Raf?’’ aku ingin menarik semula tanganku yang berada kemas dalam gengamanya. Dia berkeras juga tidak mahu melepaskan tanganku. Lama dia memandang ke arah jari manisku. Aku menariknya dan kali ini lepas. Dia memandangku tajam.
“Jadi you terima dia?’’ lirih suaranya yang kedengaran hambar. Aku diam. Terus menutup kemas cincin pemberian Rizal. Kemudian aku mendengar satu keluhan berat dilepaskan. Aku takut untuk melihat wajahnya. Aku tahu dia kecewa. Tapi saat itu juga tanganku sekali lagi ditarik. Aku terus memandangnya.

“Anis, I’m begging you. Please, accept me.’’ Dia memujukku dengan penuh perasaan. Lidahku sudah kelu untuk berkata apa-apa lagi. Kerana jawapan aku pasti akan mengecewakan dia. Kerana memang jawapan aku tak akan pernah berubah. Akan tetap sama seperti dulu. Aku tidak menyintai dia.

“Look, I’m sorry Raf. Cinta tak boleh dipaksa. I anggap you tak lebih dari seorang kawan. Tolong fahami itu Raf.’’ Ujarku dengan penuh teratur. Perlahan-lahan juga aku menarik tanganku semula. Dia hanya menyepi. “Percayalah Raf, I tahu you seorang lelaki yang baik. masih ramai gadis dekat luar sana yang lebih layak untuk you.’’ Pujukku. Dia memandangku lama.
“Raf akan tunggu Anis. Selagi Anis bukan milik sesiapa, selagi itu Raf tak akan berhenti berusaha.’’ Putusnya lantas meninggalkan aku. Bagaikan tidak percaya, tapi itulah kata-katanya. Aku mengeluh perlahan. kenapa susah sangat untuk dia terima hakikat ini?

Pulang sahaja dari hari itu, aku sentiasa diburu rasa bersalah. Setiap kali aku bertembung dengan Rafiq dikampus, setiap kali itulah aku akan sentiasa larikan diri. Kalau boleh aku langsung tidak mahu menemuinya. Kalau jumpa pun, sikapnya seolah lelaki yang tak punya perasaan. Melayaniku dengan baik seolah-olah aku ini teman wanitanya. Padahal dia sendiri tahu bahawa hatiku sudah termiliki. Susah sangatkah untuk dia memahami?

ALIYA sudah fikir masak-masak. Apapun dia mahu Rizal menjadi ayah kepada bayi yang dikandung. Dia tidak mahu menanggung malu. Pulang sahaja dari hospital, dia membuat satu surat perjanjian. Surat dimana dia tidak akan menuntut sebarang hak sekiranya Rizal sanggup menjadi suaminya. Dia tidak mahu menerima Afiq semula. Cukuplah sekali hatinya tersakiti. Peristiwa itu masih memberi kesan yang teramat kepadanya. Afiq sekarang ini pun tidak dapat berjalan seperti biasa kerana tulang kakinya yang patah akibat kemalangan tempoh hari. Dia terpaksa memakai tongkat untuk bergerak kemana saja. Pernah juga Akim memaksa dia menemui Afiq, tapi Aliya menolak.

“Kau tahu tak kenapa dia boleh kemalangan? Sebab dia bawa kereta dengan keadaan yang tertekan. Tertekan dengan hubungan korang ni. Bila dia dah sakit macam ni, kau masih tak mahu pedulikan dia?’’ bebel Akim. Aliya mendengus geram. sesedap saja dia berkata dan menuduh aku sebegitu. Dia tidak tahu kebenarannya. Dia tidak tahu apa yang telah ‘rakan’ itu buat pada aku! sebab itu dia masih membela Afiq. Desis Aliya geram.

Aliya mengeluh berat. Mengingatkan kata-kata Akim membuatnya bertambah tertekan. Sekarang dia masih menunggu doktor Rizal di luar ruangan biliknya. Sampul surat ditangan dipegang kemas. Sebaik sahaja lelaki itu keluar, Aliya terus menarik tangannya.
“Kita bincang sekejap.’’ Ajaknya.

“No Liya. kahwin bukan hal yang boleh dibuat main macam ni.’’ Kata Rizal sebaik sahaja membaca isi kandungan surat yang dibawa oleh Aliya. Surat perjanjian yang akan termenterai antara mereka sekiranya dia bersetuju untuk menikahi Aliya.
“Abang, sekali ini aje. Tolong selamatkan maruah Liya.’’ bersungguh-sungguh Aliya memohon. Rizal membisu. Tidak mungkin untuk dia menikahi Aliya. Dia tidak mahu jadi ‘pak sanggup’ kepada bayi yang dikandung.
“Istighfar Liya. Bawa mengucap. Abang tak mahu jadi lelaki dayus. Pernikahan bukan untuk sementara, tapi untuk seumur hidup. Percayalah, sebaik-baiknya Afiq yang menjadi suami dan ayah untuk bayi Liya, bukan abang.’’ pujuk Rizal pula. Aliya menggeleng laju. Kahwin dengan Afiq? Untuk apa? Untuk membuatnya jadi gila? Desisnya bengang. Usahkan berkahwin, kalau boleh sampai mati pun dia tidak mahu melihat lelaki itu lagi.

“Kalau kahwin dengan dia, Liya lebih rela mati. Tapi kalau abang tak mahu kahwin dengan Liya, bayi ni pun akan mati. Dia tak akan lahir ke dunia ini tanpa ayah.’’ Serius kata Aliya. Tanpa melihat wajah Rizal yang mendiamkan diri, dia terus melangkah pergi. Air matanya mengalir laju ke pipi. Entah kenapa dia rasa dirinya terlalu hina dihadapan Rizal. Sehinggakan sanggup dia mengemis-ngemis kepada lelaki itu. Tapi, baginya.. tiada siapa lagi yang dapat menerimanya bersama anak ini selain Rizal.

Pulang ke rumah, Aliya menyelongkar laci meja soleknya. Botol ubat penenang itu diambil.
‘Maafkan Liya.. mama, papa.’ Aliya menelan beberapa biji ubat penenang itu tanpa mengambil kira kesan daripada akibat pengambilan ubat itu secara berlebihan. Kepalanya mula terasa berat. Mata sudah tidak dapat melihat dengan jelas lagi. Semuanya sudah menjadi kabur.
“Arghhhh!!’’ Aliya sudah merasakan sakit yang teramat. Akhirnya rebah ke atas lantai.

Bagaikan dalam dilema. Rizal melihat tubuh gadis yang terbaring lesu di atas katil hospital. Aliya tidak main-main dengan kata-katanya. Aliya memang tidak dapat menerima Afiq, tapi bagaimana dengan nasib bayi yang dikandung. Rizal semakin buntu. Datin Marisa dan Datuk Arman masih tidak tahu mengenai kehadiran janin yang semakin membesar dalam diri Aliya. Dia melihat tangisan Datin Marisa saat melihat tubuh Aliya yang terbaring di katil itu. Perlukah dia berkorban?
“Rizal, tolong bagitahu auntie. Ada apa dengan Liya? kenapa sanggup dia telan ubat penenang sebanyak itu? Dia ada masalah ke?’’ bertubi-tubi rasanya soalan itu. Rizal sudah buntu. Datuk Arman memandang dia. Patutkah mereka tahu? Mungkin mereka dapat memujuk Aliya untuk terima Afiq. Rizal menarik nafas perlahan. berharap agar apa yang akan diberitahunya nanti tidak akan membuatkan Datin Marisa pengsan. Dia harap juga agar keluarga Datuk Arman tidak akan membenci Afiq.

“Aliya..sebenarnya..’’
“Mama..’’ panggilan Aliya membuatkan kata-kata Rizal mati di situ. Datin Marisa sudah bergegas ke tempat anaknya. Dikucupnya dahi anak perempuan bongsunya itu dengan penuh kasih sayang. Air mata itu juga tidak lekang dipipinya.
“Liya.. kenapa Liya buat mama dengan papa macam ni? Liya tak kesiankan mama?’’ tanya mama. Aliya memandang ke arah Rizal. Semakin membuat Rizal bertambah keliru.
“Izinkan Liya bercakap dengan abang Rizal sekejap.’’ Ujar Aliya perlahan. Datin Marisa seakan perasankan sesuatu antara mereka. Dia yakin.
“Baiklah, mama dengan papa tunggu dekat luar.’’ Mama mengusap dahi itu sebelum melangkah pergi meninggalkan keduanya berada di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience