Chapter 18

Romance Completed 16002

BAB 18

“Awalnya nak balik? Tinggal lah dulu dua tiga hari lagi.’’ Pujuk mama tapi Aliya tetap mahu meninggalkan rumah ini. Selagi membiarkan Rizal dan Anissa bertembung setiap hari di rumah ini segalanya hanya boleh menyakitkan hati.
“Tak apalah kalau macam tu, jaga kandungan ni baik-baik. jaga diri.’’ Akhirnya mama mengalah saja dengan kehendak Aliya. Selesai bersalaman, mereka melangkah pergi meninggalkan rumah itu. Selepas mendengar segalanya yang disembunyikan selama ini, Aliya lebih banyak diam daripada berkata-kata. Kalau boleh dia mahu lupakan segalanya tapi hakikatnya dia memang tidak mampu. Rizal pun sama. Lebih suka mendiamkan diri. Hanya lagu dicorong radio itu menemani hati kedua insan itu. Lagu yang dimainkan itu benar-benar menyentuh perasaan keduanya. ‘cinta dalam hati’ nyanyian kumpulan ungu.

Mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku
asal kau pun bahagia dalam hidupmu
dalam hidupmu

telah lama ku pendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku
menyintaimu pun adalah bahagia untukku
bahagia untukku

ku ingin kau tahu
diriku disini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga waktuku
dan berharap rasa itu kan abadi untuk selamanya

dan izinkan aku
memeluk dirimu
kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal
untuk selamanya

dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja..

Aliya membiarkan bait lagu itu mengisi ruang hatinya. Menyintai dalam diam, bahagia walaupun dapat menyintai dan pasrah untuk menunggu hati suami untuknya. Sementara Rizal, dapat merasakan kehilangan Anissa untuk selamanya. Gadis itu telah disunting oleh insan lain dan sebaik sahaja lahirnya bayi Aliya nanti, pernikahan mereka akan dilansungkan. Jelas menunjukkan segalanya telah berakhir. Pada saat dan ketika itu pun, dia yakin tidak mungkin dia akan begitu kejam untuk menceraikan Aliya sepertimana yang terkandung pada surat perjanjian itu. Rizal mengeluh lemah. Segalanya telah tertulis. Seperti yang dikatakan oleh Anissa, jodoh itu bukan milik kita dan itulah hakikatnya.

Tiba saja di rumah Rizal, nampaknya keluarga Rizal memang ada dirumah. Biasanya akan sibuk dengan urusan perniagaan. Tapi hari ini kepulangan mereka bagaikan dinanti. Aliya mempamerkan senyuman untuk menyalami tangan mertuanya tapi tidak disambut oleh Datin Rohana. Pandangan Datin Rohana begitu tajam memandangnya.
“Dah balik? Berapa bulan kandungan kau tu?’’ terjahan sapaan suara itu membuat Aliya terkesima. kenapa Datin Rohana berkata sebegitu?
“Kenapa Mama cakap macam tu pada Liya?’’ tegur Rizal. Datin Rohana mendengus.

“Jangan ingat mama tak tahu Rizal. Kamu nikah dengan dia ni sebab dia tengah mengandung anak luar nikah kan? Dia paksa kamu untuk jadi pak sanggup? I can’t believe this! Tapi perut dia dah tunjukkan segalanya. Kenapa kamu tipu mama dengan papa?!’’ marah Datin Rohana. Aliya semakin terhiris dan terluka. Ternyata keluarga Rizal masih tidak tahu. Membuatkan dia bertambah malu apabila semuanya ada di situ termasuk kak Ros dan dan suaminya. Kecuali Afiq! Ya. Ini mungkin angkara Afiq. Tapi memang tidak boleh salahkan sesiapa kerana suatu hari nanti perut ini akan membesar juga. Dia tidak dapat sembunyikan lagi kenyataan yang dia telah mengandung anak diluar nikah.

“Mama, papa, ini bukan salah Liya.’’ Rizal cuba membetulkan keadaan yang semakin gering itu.
“Jangan cuba nak bodohkan papa dengan mama Rizal. Kami tahu anak dalam kandungan dia tu bukan anak kamu!’’ bentak Datuk Indra pula. Aliya berasa ruang untuk bernafas ketika itu sudah semakin sempit. Rizal tidak mampu menyangkal apa yang telah diperkatakan. Memang itu bukan anaknya tapi tetap saja bakal cucu kepada mereka kerana anak yang bakal dilahirkan ini adalah anak Afiq.
“Ceraikan dia Rizal.’’ Kata-kata yang baru keluar dari mulut Datuk Indra terus membuatkan Aliya rebah. Rizal terus mendapatkan Aliya dan mengangkat tubuh itu untuk berdiri bangun. Tapi Aliya menggeleng lemah.
“Abang tak akan ceraikan Liya. I promise.’’ Bisik Rizal perlahan membuatkan hati Aliya bersinar kembali. Dia memandang tepat ke mata lelaki itu dan cuba mencari keihlasannya.

“Tinggalkan dia Rizal,’’ pujuk Datin Rohana lagi. Rizal menggeleng bagaikan tidak percaya akan apa yang baru didengarinya. Sanggup mama menyuruh dia ceraikan Aliya sedangkan dia pun seorang wanita dan seorang ibu. Apakah dia sanggup untuk menghadapi hal yang sama sekiranya berada di situasi Aliya? Rizal berfikir dalam hatinya. Aliya dipeluk untuk berdiri semula. wajah kedua orang tuanya dipandangn lama.
“Tak akan. Rizal tak akan ceraikan Aliya ma.’’ Putus Rizal dengan tegas.
“But why?!’’

“Sebab anak dalam kandungan dia ni anak Afiq!’’ sungguh Rizal tidak dapat lagi mengawal emosinya. Suaranya turut meninggi menahan rasa nafas yang mulai turun naik. Datin Rohana menekup mulutnya kerana terlalu terkejut. Datuk Indra sudah meramas dadanya. “Papa?!’’ Kak Ros yang tadinya hanya diam akhirnya turut mendekati Datuk Indra yang kelihatan menahan sakit.
“It’s emegency! Call doctor now!’’ kata Datin Rohana sambil membantu Datuk Indra untuk duduk di atas sofa itu. Rizal meraut wajahnya. Dia tahu papanya mempunyai penyakit jantung dan sepatutnya dia boleh mengawal keadaan agar tidak mengejutkan orang tua itu dengan perkara tadi.

Keadaan kembali stabil dan Datuk Indra sedang berehat di dalam biliknya. Aliya masih tersedu sedan menangis dalam bilik. Sewaktu Rizal masuk dia cuba menyembunyikan rasa sedihnya tapi entah kenapa suara tangisan itu tetap kedengaran juga. Rizal mendekatinya.
“Papa sakit disebabkan Liya. I’m so sorry..’’ ucap Aliya dalam sendunya. Rizal memeluknya.
“Syhh.. Liya tak salah pun, keadaan papa dah okey sekarang.’’ pujuk Rizal. Aliya memejamkan matanya. Mengingati segalanya dari awal dan semua ini berpunca darinya. Kalau dia tidak memaksa Rizal untuk menikahinya semua ini tidak mungkin terjadi.
“Ceraikan Liya,bang.’’ Akhirnya Aliya membuat keputusan. Dia harus melepaskan Rizal. Dia sepatutnya setuju akan segala syarat perjanjian mereka. Rizal sepetutnya menikahi Anissa dan bukan dia. Aliya tidak mahu pentingkan diri sendiri. Dia nekad dengan keputusannya.

“Tak, abang akan jaga Liya. percayalah, abang tak akan tinggalkan Liya.’’ Rizal menyakinkan Aliya kerana dia memang tidak sanggup untuk melepaskan Aliya. Mampukah Aliya menjalani hidupnya nanti tanpa seorang yang begelar suami dan ayah kepada anaknya? Semua itu terlalu perit untuk perempuan muda seperti Aliya.
“Ini semua demi kebaikan abang. Keluarga abang tak akan benci abang dan abang masih boleh untuk berusaha dapatkan kak Anis semula.’’ kata-kata Aliya membuatkan Rizal terkedu. Aliya tahu? Aliya tahu tentangnya dengan Anissa? Tapi sejak bila?

“Liya tahu abang cintakan kak Anis. Kalaulah Liya tahu abang dan kak Anis saling menyintai, Liya tak akan paksa abang untuk kahwin dengan Liya.’’ ujar Aliya menyesalinya. Rizal menutup bibir itu dengan jari telunjuknya.
“Ishh.. semua adalah takdir Liya. Kita tak boleh nak salahkan diri kita atas apa yang telah berlaku.’’ Kata Rizal dengan tenang.
“Tapi semuanya berpunca dari Liya.’’
“No!’’ pintas Rizal. Aliya terus terdiam.

“It’s not your fault. Percayalah atas segala sesuatu yang berlaku itu diatas kehendak-NYA. Walaupun abang menyintai Anissa lebih dari segalanya, tetap saja kami tak akan bersatu kalau itulah takdir-NYA. Abang pasrah. Abang redha. Aliya pun sepatutnya melakukan hal yang sama.’’ Kata-kata Rizal membuatkan Aliya semakin terharu. Sungguh, Rizal terlalu baik pada dirinya. Dia sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi kerana seperti yang dikatakan oleh Rizal, segala sesuatu tidak mungkin akan berlaku jika tidak atas kehendak-NYA.

“Abang janji akan jaga Liya selagi abang mampu.’’ Rizal mengambil surat perjanjian itu dan mengoyak kertasnya sehingga menjadi kepingan kecil. ‘ YA Allah, KAU peliharalah rumahtangga kami.’ Munajat Aliya dalam hatinya.

RIZAL masih belum mahu tidur dan hanya mengambil angin malam diluar. Kebetulan pada waktu itu juga Afiq baru pulang. Rizal melihat jam tangannya yang sudah berganjak ke pukul 11.45 minit malam. Entah kemana dia merayap sehingga tidak ambil peduli pasal keluarga. Papa sakit tadi pun dia tidak ada sedangkan dialah punca segalanya. Rizal mengeluh lemah. Tajam matanya memandang adiknya yang kelihatan begitu kusut.
“Afiq!’’ panggilan Rizal membuatkan langkah Afiq terhenti. Dia menoleh kemudiannya tersenyum sinis. Sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar dia melangkah ke arah Rizal. Wajah Rizal dipandang dengan penuh rasa benci. Lelaki itu telah merampas Aliya darinya dan itu sekaligus merampas hidupnya.

“Apa dia?’’ tanya Afiq dengan kasar. Rizal mendengus kecil.
“Kau dah buat huru hara dalam rumah ni, kau boleh tanya abang kenapa?’’ soalan dibalas dengan soalan. Afiq memeluk tubuh. Dia tersenyum bagaikan mahu menyindir abangnya.
“Oh, kau dah puas hatilah sekarang bila tengok papa sampai sakit macam tu?’’
“Tak! Semua itu masih belum cukup memuaskan hati aku selagi aku tak dapat apa yang aku nak.’’ Tegas Afiq. Rizal terkedu. Untuk seketika dia menggeleng lemah.
“Kenapa Fiq? Tak puas-puas lagi ke kau rosakkan hidup Liya? sekarang kau nak malukan dia pula?’’ ujar Rizal seakan menasihati. Tapi sedikit pun tidak berkesan dihati Afiq. Dia mengeluh kasar.

“Dia sepatutnya nikah dengan aku, bang.’’ Bagaikan tidak dapat menerima kenyataan itulah yang terluah dibibir Afiq.
“Sudah-sudahlah tu Fiq, dah orang tak suka buat apa yang memaksa? Semua kau buat ni hanya mampu menyakiti dia dan orang lain juga. Kau tak kesiankan papa, mama? Keluarga Liya?’’ pujuk Rizal dengan lemah lembut. Afiq mendengus kecil.
“Menyakiti dia dan orang lain? Habis hati aku ni? Siapa nak kesiankan? Aku terlalu sayangkan dia dan aku tak boleh terima kenyataan ini selagi aku hidup. Jiwa aku terlalu sakit bang!’’ luah Afiq sambil menunjukkan jari telunjuknya ke dadanya. Rizal tidak mampu memujuk lagi. Afiq memang seorang yang keras kepala dan dia sedar apapun nasihat tidak akan berkesan pada lelaki berhati batu sepertinya. Melihat kebisuan abangnya membuatkan Afiq tersenyum sinis. Dia mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah. Saat itu juga dia terpandangkan Aliya yang sedang berdiri di balkoni rumah itu sambil memandang ke arahnya. Dia tersenyum lagi. Langkahnya diatur ke arah Rizal semula.

“Aku akan dapatkan apa yang sepatutnya jadi hak aku. Aku sumpah.’’ Afiq menegaskan kata-katanya kepada Rizal sambil mengerling ke arah Aliya. Dia terus melangkah meninggalkan Rizal yang sudah hilang kata-katanya. Aliya sudah masuk semula ke dalam bilik. Rizal mengeluh. Dia mendonggak ke langit. Tenangnya hati melihat kerdipan bintang-bintang yang menghiasi lautan hitam itu. Cahaya bulan juga nampak terang. Segalanya seakan memujuk hatinya semula. Biarpun pada hakikatnya hati masih kecewa atas percintaannya dengan Anissa dan ketika dia cuba untuk menerima Aliya, kehadiran Afiq pula yang akan membencinya. Rizal buntu. Jiwanya berserabut. Sampai bilakah segalanya akan terus didalam dilema ini? perlukah aku mempertahankan cintaku pada Anissa?

“Kenapa tidak? Sedangkan Afiq sanggup melakukan apa untuk dapatkan cintanya sedangkan kau? Hanya mampu berputih mata melihat gadis yang kau cintai menjadi milik orang lain.’’ Entah dari mana bisikan halus itu bergema di telinganya.
Rizal terdiam. Berjuang untuk dapatkan Anissa? Ceraikan Aliya?

“Jangan Rizal! Afiq telah menyakiti hatinya. Adakah kau mahu lakukan hal yang sama? Kalau begitu kau dengan Afiq sama saja! Manusia berhati kejam!’’ datang pula satu bisikan lain. Rizal menggeleng lemah lantas beristighfar. Dia tidaklah sebegitu kejam. Tapi bagaimana pula dengan hati? YA ALLAH tenangkan hatiku, lapangkanlah jiwa ini YA RAHMAN, YA RAHIM. Aku tidak mahu terus-terusan hanyut sebegini dan sekaligus menyakiti orang lain. Jika itu yang terbaik untuk aku, berilah aku petunjukMU. Desis Rizal sebelum melangkah masuk.

Ketika Rizal sudah menapak ke dalam bilik, Aliya hanya mampu melihat wajah sugul suaminya. Entah apa yang dibincangkan oleh kedua beradik itu dia tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Tapi Aliya yakin semua itu ada kena mengena dengan dirinya. Rizal berlalu ke ruang kerja sambil membelek-belek jadual temu janjinya dengan pesakit esok.
“Abang..’’ panggilan Aliya membuatkan dia menoleh ke arah isterinya itu. Kaca matanya dibuka. Aliya sedikit gugup untuk memandang tepat ke arah pandangan mata suami yang boleh meluluhkan jiwanya. Tapi dia perlu memberanikan diri untuk bertanya. Harus.
“Tadi abang bercakap pasal apa dengan Afiq?’’

Pertanyaan itu membuatkan Rizal terdiam.

“Aku akan dapatkan apa yang sepatutnya jadi hak aku. Aku sumpah.’’

Kata-kata Afiq tadi bergema diruang mindanya. Apa yang sepatutnya jadi hak dia adalah Aliya dan bayi yang bakal dilahirkan nanti.

Melihat kebisuan suami membuatkan hati Aliya begitu meronta-ronta mahukan jawapannya. Apapun yang dibincangkan kalau ada kaitan dengan dirinya, dia perlu tahu.
“Afiq cakap apa?’’ tekan Aliya. Rizal kembali tersedar dari lamunannya. Aliya sedang menantikan jawapan yang bakal terucap dibibirnya. Apa yang harus dia katakan kalau Afiq benar-benar nekad dengan kata-katanya tadi? Rizal mengeluh kemudiannya memandang wajah Aliya. Lama.
“Aliya mahu menerima Afiq semula?’’

Pertanyaannya dibalas dengan pertanyaan. Terus membuatkan Aliya lemah. Menerima Afiq semula? Tidak mungkin. Kalau dia menerima Afiq semula itu sama saja dia mengutip semula sejarah hitam itu ke dalam hidupnya. Aliya menggeleng lemah.
“Kenapa? Abang nak Liya terima dia? No way.’’ Tegas Aliya. Dia bingkas bangun dari atas katil dan melangkah ke balkoni.

Rizal tahu Aliya sedang marah. Dia turut bangun dari situ dan mendekati Aliya. Walaupun dia sedang memandang Aliya, gadis itu lansung tidak menoleh ke arahnya. Rizal terus mengalihkan pandangan.
“Abang minta maaf.’’ Katanya perlahan. Aliya hanya diam. Rizal menarik nafas dan menghembusnya perlahan.
“Abang sepatutnya tak cakap perkara macam ni dengan Liya..’’
“It’s okey abang. Liya faham. Sekalipun abang masih tak dapat menerima Liya dalam hidup abang, Liya tak kisah. Abang berhak memilih siapa yang terbaik untuk abang dan Liya tahu orang itu bukannya Liya.’’ Aliya memintas percakapan Rizal dengan rasa sebak yang mulai bertamu. Ya! Dia memang tidak layak memiliki dan menyintai lelaki sebaik abang Rizal.
“Liya, I’m sorry. abang tak maksudkannya.’’ Rizal memandang Aliya dengan rasa bersalah kerana telah bertanya sebegitu pada Aliya tadi.
“Tak apa, Liya tak marah pun. Okeylah. Dah lewat malam ni. Liya nak masuk tidur dulu.’’ balas Aliya cuba mempamerkan senyumannya tapi hambar. Sebelum langkah kakinya melangkah pergi, tangannya diraih. Aliya terkedu seketika. Rizal memandang tepat ke matanya.
“Abang janji tak akan ulanginya lagi. Tolong, jangan tinggalkan abang sendirian kat sini.’’ Pujukan itu membuatkan Aliya tercenggang. Dia kelu untuk bersuara kerana dia tidak memahami maksud Rizal yangs sebenarnya.

“A..abang nak Liya temankan abang dekat luar ni ke?’’ tanya Aliya perlahan. Rizal tersenyum. Dia menggeleng. Aliya bertambah keliru. Tangannya sebelah lagi turut dipegang.

“Abang nak Liya ajak abang tidur sekali.’’ Kata Rizal membuatkan Aliya membuntang mata. Terus ditarik tangannya semula akibat terlalu terkejut. Dia menunduk. Lama .

“Kalau Liya tak ajak maknanya Liya masih marahkan abang.’’ Kata Rizal lagi. Aliya mengigit bibir. Gulp! Air liur yang ditelan terasa pahit ditekak. Jiwanya .. dud dap dud dap..

“Err.. jom lah masuk ti..tidur.’’ akhirnya. Dapat juga diluahkan kata-kata itu. Tapi sekali lagi Rizal seakan menguji ketahanan mental dan fizikalnya sebaik tangannya dihulurkan kepada Aliya. Terkebil-kebil Aliya dibuatnya. Nak sambut ke tak? Sambut ke tak? Desisnya dalam hati. Mahu tidak mahu akhirnya dia terpaksa menyambut huluran tangan suaminya.

“Sejuknya tangan Liya..’’ Rizal mengengam tangan itu sambil tersenyum. Lemah lutut Aliya dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience