Chapter 22

Romance Completed 16002

BAB 22

“MACAMANA semua ni boleh terjadi mama?’’ Rizal bertanya panik. Datin Rohana menjongket bahu. Sejak dari tadi, dia hanya mampu termenung. Dia sendiri pun terkejut dengan situasi yang menimpa Aliya. Tidak sangka juga Afiq akan senekad itu. Suara teriakan Aliya membuatkan langkah kakinya ke tingkat atas dan sebaik sahaja pintu bilik dibuka, dia melihat darah sudah memenuhi lantai dan Afiq sedang mengusap wajah Aliya yang sudah tidak sedarkan diri. Datin Rohana menggeleng lemah. Mengingatkan semua itu membuatkan air matanya bergenang. Afiq kini sedang ditahan dan disoal siasat.

“Awak tak guna Rizal!’’ Aku menangis tersedu sedan sambil menumbuk dada Rizal berkali-kali. Melihat situasi itu membuatkan Akim segera menarik tanganku.
“Dah lah tu kak Anis,’’ pujuk Akim sambil memegang erat lenganku.
“Awak tak guna! Saya amanahkan Liya pada awak tapi awak tak dapat jaga dia dengan baik. awak dah rosakan hidup dia, awak ragut kebahgiaan dia, lelaki macam apa awak ni?’’Aku berkata-kata dalam tangisan. Rizal tidak mampu untuk menyangkal kata-kata itu kerana memang salahnya dari awal. Dia tidak mampu memberi kebahgiaan kepada Aliya seperti yang dia janjikan.

“Keluarga puan Aliya Maisara?’’ panggil doktor yang baru keluar dari bilik pembedahan. Aku dan lainnya lekas menghampiri lelaki berkaca mata yang memakai smock hijau itu.
“Kami ahli keluarganya.’’ Kata Datuk Arman.
“Puan Aliya selamat melahirkan bayi lelaki.’’ Ujarnya. Masing-masing mengucap syukur mendengar berita yang disampaikan.
“Tapi keaadan puan Aliya sekarang.. sangat tenat. Kami telah cuba sedaya upaya tapi ini saja yang termampu. Mungkin ahli keluarga boleh masuk ke dalam untuk menemui dia.’’ Ucapan doktor itu kali ini membuat kaki Datin Marisa berasa begitu lemah.

“Ya Allah, anak aku..’’ Datin Marisa menekup mulutnya. Aku bergegas masuk ke dalam bilik bedah itu dan melihat Aliya tercungap-cungap. Air matanya mengalir laju.
“Aliya..’’ Aku terus mendekati Aliya.
“Aliya jangan tinggalkan kak Anis..’’ Aku mengusap rambut Aliya perlahan. gadis itu hanya mampu tersenyum. Rizal menghampiri dengan mengendong bayi kecil membuatkan air mata Aliya mengalir. Aku mengambil alih untuk mengendong bayi untuk didekatkan kepada Aliya.
“Liya tengok ni, ini anak Liya.. dia perlukan Liya.’’ ujarku lagi.

Aliya mengucup perlahan bayi kecil itu. air mata mengalir semakin laju saat menyentuh anak yang hampir sembilan bulan berada dalam kandungannya.
“Kak Anis.. tolong jaga dia dengan baik ya..’’ Aliya berasa sakit itu semakin mencengkam. Aku terus memegang erat tangannya. Datin Marisa sudah menangis kuat.
“A..abang, terima.. kasih se..bab sudi terima Liya seba..gai isteri abang walau..pun anak ni bu..kan anak abang.’’ Kata-kata Aliya semakin tersekat-sekat dan perlahan. Aku tergamam. Anak ini bukan anak Rizal?
“Kak Anis.., abang Rizal.. tak pernah.. berhenti menyintai akak.. Liya harap.. lepas ni, tak akan.. ada siapa akan ha..lang cinta abang untuk kak Anis.’’ Ujar Aliya lagi. semua yang ada terkedu mendengar kenyataan itu.

“Syhh..’’Rizal meletakkan jari ke bibir Aliya.

“Tolong jangan cakap lagi. jangan tinggalkan abang, abang minta maaf..’’ Rizal berasa sungguh terkilan mendengar apa yang diluahkan oleh Aliya. Aliya tersenyum dan perlahan-lahan mendekatkan tangan Rizal ke tanganku.
“Ini.. adalah permintaan terakhir Liya.. tolong tunaikan demi anak Liya..’’ pinta Aliya lagi. Nafas dia semakin tercungap-cungap. “To.. long tunaikan.. permin..taan Lii..yaa’’ bisik Aliya perlahan. Rizal mengganguk perlahan. kata-kata dan keadaan Aliya membuatkan Rizal seakan tiada pilihan lain.

Aliya tersenyum perlahan sebelum menghembuskan nafasnya buat kali yang terakhir. Ku merebahkan mukaku ke badan Aliya yang sudah pun terkujur lesu. Tersedu sedan aku menangis tatkala mendengar apa yang diluahkan oleh Aliya dan segala kenyataan yang selama ini disembunyikan. Ya Allah.. kenapa semua ini terungkap disaat-saat sebegini? Wajah si kecil di kucup lama.

Majlis tahlil diadakan di kediaman Datuk Arman. Permergian Aliya pada usianya yang begitu muda sangat menggamit pilu tetamu yang hadir. Afiq telah terlepas dari hukuman kerana sewaktu melakukan perkara itu, dia disahkan mengalami gangguan mental. Sehingga kini pun, Afiq masih lagi bercakap seperti orang yang tidak siuman apatah lagi mengetahui Aliya sudah meninggal dunia. Datin Marisa masih lagi berkabung. Malam itu juga telah mengundang kedatangan Rafiq. Hampir beberapa bulan mengikat tali pertunangan, inilah kali pertamanya aku bersua dengan Rafiq sebagai tunangnya. Rafiq nampak berbeza apabila menyimpan kumis di bawah dagunya. Menampakkan kematangannya. Aku hanya mampu tersenyum hambar kerana jiwaku tatkala itu masih terluka.

Malam itu Rafiq menemaniku di luar rumah. Tanpa mereka sedar, ada sepasang mata yang memerhatikan mereka dari jauh. Rizal hanya mampu memandang. Hatinya begitu bergelora memendam rasa sakit hati tatkala melihat lelaki yang menjadi tunang Anissa bukan dari calang-calang orang. Dia seorang yang berpelajaran tinggi bahkan mempunyai rupa yang tampan. Tidak hairanlah kalau Anissa akan jatuh hati pada lelaki seperti dia.

“I macam tak percaya yang sekarang ni kita dah bertunang. I masih ingat dulu sewaktu di UK, I selalu mengejar-ngejar you, menagih cinta dari you. Ternyata, pernantian I untuk mendapatkan you, tak sia-sia. Terima kasih sebab sanggup menerima cinta I.’’ Rafiq meluahkan perasaannya yang membuatkanku terdiam. Entah kenapa Aku berasa kekok untuk berbincang mengenai soal cintanya terhadap Rafiq apabila lelaki itu bercakap tentangnya. Adakah kerana cinta aku menerima pinangan Rafiq? aku sendiri tidak pasti.

“I dah dapat tawaran berkerja sebagai pensyarah dekat UM. Sebelum I mula berkerja, I ingat nak percepatkan tarikh perkahwinan kita.’’ Ujar Rafiq lagi.
“Raf, I’m sorry. tapi I rasa ini bukan waktu yang tepat untuk kita bercakap tentang ni.’’
“Oh, okey. Sorry. I minta maaf. I terlebih teruja. Bila jumpa you, membuatkan hati I bertambah berbunga untuk memiliki you sebagai isteri yang sah di samping I.’’ Rafiq melontarkan kata-kata sambil tersenyum. Aku hanya mampu tersenyum hambar.

Suara tangisan Adam Mikhail membuatkanku meminta diri untuk masuk ke dalam. Rafiq hanya menemaniku masuk ke dalam sekaligus menemukan dia dengan Rizal. Pandangan mereka bertembung dan ada renungan tajam antara keduanya. Aku mengambil Adam dari tempat tidurnya. Belum sempat Rafiq duduk di sebelah, Rizal terlebih dahulu mengambil tempat itu. Anissa memandang keduanya sambil mengerutkan wajah. Rafiq nampak tidak puas hati. “Saya tunang dia..’’ Rafiq berkata seakan mahu menegaskan haknya. Rizal tersenyum nipis.

“Saya ayah kepada budak ni, kenapa?’’ Kata-kata Rizal membuatkan Rafiq terpaku. Ayah? Maknanya Rizal telah berkahwin dan dia berkahwin dengan adik Anissa?
“Apa yang kamu berdua merepek ni, tolong keluar. Anis nak tidurkan Adam ni.’’ tegurku sebaik perbualan mereka menyepi. Rafiq dan Rizal terpaksa akur dengan kehendakku.
“Tak apalah, Raf balik dulu. Kalau Anis dah sayangkan Adam, Raf tak kisah sekiranya Anis nak mengambilnya sebagai anak angkat kita.’’ Rafiq berkata selamba membuatkan Aku terkedu. Rizal sudah membuat muka bengang.

“Balik lah Raf, nanti kita jumpa lagi,’’ Aku mahu mengawal keadaan sebelum menjadi bertambah huru hara. Rafiq mengganguk perlahan. sempat pula dia tersenyum sinis kepada Rizal. Kerana tidak puas hati, Rizal mengikutinya sehingga ke depan rumah.
“Jangan ingat kau boleh rampas Adam dari aku.’’ tegas Rizal. Rafiq tersenyum sinis.
“Dan kau pula, jangan ingat boleh rampas Anissa dari aku.’’ balas Rafiq. Kali ini Rizal hanya terdiam. Seakan mengiakan apa yang dikatakan oleh Rafiq bahawa dia memang berniat untuk merebut Anissa semula.

“Ingat Rizal, aku sayangkan dia dan aku tak akan kecewakan dia seperti kau.’’ Ucap Rafiq lagi. “Kau juga patut ingat kalau jodoh itu milik Allah. Sehebat mana pun kita merancang, tapi DIA yang menentukan.’’ Balas Rizal dengan yakin. Sekalipun dia pernah mengecewakan Anissa, itu bukan kehendaknya. Dia rela bertanggungjawab di atas kesalahan Afiq dan sehingga kini pun dia masih tidak dapat menebus apa yang telah Afiq perbuat terhadap keluarga Datuk Arman. ‘Adam Mikhail adalah amanah terakhir Aliya. Dia mahu melihat cinta aku dan Anis bersatu semula. Tapi andai takdir itu telah menentukan bahawa Anissa menjadi milik Rafiq, aku pasrah.’ Desis Rizal perlahan.

Aku kelu untuk bersuara. Kini, pertanyaan mama telah mengundang banyak persoalan yang tidak mampu aku jawab. Rafiq mahukan pernikahan cepat-cepat dijalankan.
“Mama tahu Anis masih tak bersedia.’’ Ujar Datin Marisa seakan dapat membaca pemikiranku disebalik kebisuanku. Aku tetap membatukan diri. Sesungguhnya aku memang tidak bersedia. Dalam masa yang sama juga tidak mungkin aku meminta tempoh pertunangan ini dipanjangkan lagi. “Mama minta maaf Anis..’’ kata-kata yang terucap dibibir mama membuatku memandang wajah itu.

“Kalaulah mama tahu kamu dan Rizal saling menyintai, mama tak akan paksa dia kahwin dengan Liya.’’ luah Mama lagi. “Syhh.. mama tak payahlah cakap macam tu. Semua tu dah berlalu. Semua ni memang dah ditakdirkan.’’ Aku memegang tangan mama perlahan. Datin Marisa menarikku ke dalam pelukan. “Ikutkan hati mama, mama nak sangat tengok anak mama bahagia dengan pilihan hati dia. Mama tahu pilihan hati Anis bukan Rafiq.’’ Kata Datin Marisa lagi. Aku tidak mampu menidakan apa yang dikatakan. Air mataku perlahan-lahan mengalir di pipi. “Tapi kenapa Anis tetap nak teruskan pernikahan ni?’’

Aku menyeka air mataku dengan tangan. Perlahan-lahan meleraikan pelukan. Wajah ditundukan. “Anis tak boleh nak menentukan apa yang bakal berlaku dalam hidup Anis, Ma. Anis hanya mampu berserah. Anis pernah terluka kerana Rizal, dan Anis betapa sakitnya luka tu. Anis tak mahu Rafiq merasai hal yang sama.’’ Ujarku perlahan. Aku bingkas bangun dan melangkah meninggalkan mama di sudut itu. perlahan-lahan aku menyentuh dadaku yang terasa begitu sebak. Kata-kata yang diluahkan tadi seakan mahu menghukum diri sendiri. Salahkah aku cuba untuk tidak menyakiti hati orang lain?

Aku mengeluh lemah. Semakin hari semakin dekat tarikh pernikahanku dengan Rafiq. Tapi entah kenapa aku tidak merasakan bahagia seperti orang lain yang begitu teruja menunggu detik-detik pernikahan. Adakah aku telah satu keputusan yang salah? Atau mungkinkah aku masih mengharapkan Rizal? ‘ Ya Allah.. KAU tetapkanlah hati ini. andai benar Rafiq adalah jodoh yang KAU ciptakan untukku sejak azali lagi, aku mohon KAU satukanlah kami dengan sebuah ikatan yang suci.’ rintihku dalam hati.

“Heii..’’ Rafiq memetik jari sekaligus menyedarkan aku dari lamunan tadi.

“Hah?’’ aku buat muka blur. Rafiq terkekeh ketawa. “What?’’ soalku dalam nada tidak puas hati. Rafiq mengambil sedikit lauk yang ada dalam pinggannya disuapkan ke mulutku. Bagaikan pak turut, aku mengikut saja rentak Rafiq.
“I ajak you datang sini, untuk makan. Bukan untuk mengelamun. Lately, I tengok you asyik mengelamun aje. Hmm? Kenapa? Ada apa-apa yang I tak tahu ke?’’ tanya Rafiq lagi. Aku mengunyah makanan yang ada dalam mulutku.

“Tak ada apa-apa lah. I’m okey.’’ Jawabku perlahan. Rafiq sekadar tersenyum hambar mendengar jawapan yang dikeluarkan. Seakan dapat membaca apa yang bermain difikiranku, pasti ini ada kena mengenanya dengan pernikahan mereka.
“Lepas ni, I nak ajak you ke butik pengantin untuk fitting baju.’’ Beritahu Rafiq. Aku hanya menganguk saja dan tidak mahu bersoal banyak. Sekadar mengikut sahaja apa yang telah dirancangkan. Kad jemputan semua sudah di poskan. Tinggal beberapa kad jemputan saja lagi yang akan diberi by hand kepada kenalan terdekat. Seakan satu kenyataan yang telah dibuat kepada umum dan aku memang tidak boleh menoleh ke belakang lagi.

Selesai makan tengahari, kami terus ke butik pengantin seperti yang dirancangkan. Rafiq nampak begitu teruja melihat beberapa baju pengantin yang tersedia di butik itu. Dia memilih beberapa helai baju dan ditunjukkan kepadaku.
“Yang ini cantik tak?’’ soalnya. Aku mengganguk saja sambil tersenyum.
“Cantik ke tak?’’ Rafiq seolah-olah tidak berpuas hati dengan anggukan itu.
“Ya, cantik.’’ Jawabku akhirnya. Rafiq tersenyum puas. Baju itu dihulurkan kepada aku supaya mencubanya.

Keluar saja dari fitting room, Rafiq sudah menunggu di luar. Perlahan-lahan aku melangkah keluar. Lama dia menilik baju yang aku pakai itu sambil berpeluk tubuh. Kemudian dia datang menghampiri dengan menyuruhku berpusing membelakanginya.
“Hmm.. perfect! I love it. You nampak sangat cantik dengan baju ni.’’ luah Rafiq akhirnya. Aku sekadar tersenyum hambar. Citarasa Rafiq sebenarnya agak bebeza denganku. Tapi aku hanya mengikut saja apa yang dimahukan oleh lelaki itu. Dalam situasi sekarang, aku dapat rasakan hanya Rafiq yang beria-ria dengan pernikahan ini. Sedangkan aku?

Pulang ke rumah petang itu, aku melihat kereta milik Rizal terparkir di luar pagar. Aku mengeluh. Rafiq berniat mahu singgah ke rumah, tapi aku terpaksa mencegah niat itu agar tidak berlaku sebarang kekacauan antara mereka. Rafiq hanya menurut sahaja permintaanku. Aku mahu terus melangkah masuk ke bilik tapi namaku dipanggil oleh mama.
“Rizal ada benda nak cakap dengan Anis..’’ beritahu mama. Aku menoleh sekilas ke arah Rizal.
“Adam mana?’’ Aku seakan mahu mengelak.

“Adam baik-baik aje. Dia tengah tidur. Okeylah, kamu berdua bincanglah. Mama nak tengok Adam dulu.’’ Mama menepuk bahuku perlahan sebelum meninggalkan kami berdua di sudut itu.
“Anissa dari mana tadi?’’ Rizal memulakan pembicaraan.
“Dari butik. Tempah baju pengantin.’’ Balasku dengan tenang. Rizal menunduk sebaik mendengar jawapan yang keluar dari bibirku. pembicaraan menjadi sepi untuk seketika.

“Straight to the point Rizal. Awak nak cakap pasal apa dengan saya?’’ tanyaku. Namun, aku masih tidak berani untuk menatap wajahnya. Rizal berdiri membelakangiku.
“Awak tahu kebenaran yang sebenarnya Adam bukan anak saya. Awak juga tahu kebenaran kalau saya masih menyintai awak. Tapi kenapa awak mahu menghukum diri saya dengan meneruskan pernikahan ni, Anis?’’ pertanyaan Rizal begitu mendalam. Aku berpeluk tubuh.
“Saya tak menghukum. Saya hanya menjalankan apa yang telah ditetapkan untuk saya. Ya. Memang dulu saya cintakan awak, sangat cintakan awak sehinggakan saya lupa kalau semua ketentuan hidup ini telah ditetapkan.’’ Balasku dalam sebak. Mengingati semua yang telah berlaku seakan mengores semula luka yang baru hilang.

Rizal menarik lenganku supaya mengadap wajahnya.

“Anissa, look at me.’’ Tegas dia bersuara. Aku akhirnya akur dan memandang wajah itu. Matanya yang redup mengamati wajah Rizal. Wajah yang selama ini bertahta dihatinya.
“Tolong jangan teruskan pernikahan ni. Demi Adam, dan demi amanah terakhir Aliya.. dia mahu lihat cinta kita bersatu. Saya cintakan awak Anissa Sofia. Sedetik pun tidak pernah saya berhenti untuk terus menyintai awak.’’ kata-kata Rizal membuatkan air mataku terus bergenang di kelopak mata. Diam menahan nafas yang rasanya tersekat-sekat.

“Maafkan saya Rizal. Saya tetap dengan keputusan saya.’’ Aku menarik tangan Rizal daripada memegang lenganku. Aku melangkah meninggalkan Rizal tercengang-cenggang di situ dengan penuh rasa kecewa.

Aku tak bisa

Menidakkan rasa cinta

Meski ku tak bisa melupakan salahmu

Resah hatiku

Bait lagu itu terasa berkumandang dihati. Aku mengeluh dalam tangisan. ‘Dah puas dia sakitkan hati aku, dan sekarang dia nak terima dia macam itu aje? Ya Allah.. kenapa dengan aku ni, kenapa aku begitu tersentuh mendengar kata-kata yang dia masih menyintai aku? kenapa aku rasa bahagia mendengarnya? Kenapa aku perlu ada perasaan ni?’ persoalan yang bermain di benakku tanpa jawapan. Bungkusan baju pengantin itu dibelek-belek perlahan. Bersediakah aku dengan pernikahan ini?

Entah kenapa hatiku tiba-tiba menjadi ragu dan keliru. Adakah semua ni kerana aku memilih Rafiq dalam kertepaksaan yang harus aku relakan? Kenapa aku tidak berasa yakin dengan pilihan ini? andai hati sendiri tidak berani meletakkan keyakinan, adakah nanti aku mampu meraih bahagia?

Dikala hatinya gundah gulana dengan pelbagai persoalan, aku mengambil wuduk dan membuat solat istikarah untuk memohon pertunjuk dari ALLAH S.W.T agar aku dapat mencari jalan keluar dari segala kesempitan persoalan ini. Dari petang hingga ke tengah malam aku berkurung di dalam bilik. Sudah beberapa kali mama mengetuk pintu bilik mengajakku untuk turun makan, tapi untuk saat ini aku masih tidak ada selera untuk menelan sebarang makanan. Sehinggalah keesokan paginya aku turun untuk bersarapan.
“Kenapa muka tak ceria aje bakal pengantin kita ni?’’ usik Along. Aku membatukan diri mendengar kata-kata kak Nabila. Bakal pengantin? Kenapa aku berasa janggal dengan ucapan itu?

Selesai sarapan, Aku melangkah ke bilik untuk melihat Adam Mikhail. Seharian sejak semalam, dia lansung tidak meluangkan masa dengan si kecil itu. Dua bulan sudah permergian Aliya. Rasa seperti masih baru dia melayani kerenah adiknya itu. Sikap Aliya yang manja tapi boleh berubah menjadi singa garang bila bertengkar dengan Akim. Aku mengusap pipi si kecil yang masih lena tidur. Wajahnya semakin mirip Aliya. mempunyai kulit yang putih, mata dan hidung seakan milik Aliya, dan bibirnya seakan mirip Afiq.

Tidak lama selepas itu mama masuk ke ruangan itu. Mereka berbual panjang sehinggalah mama mengutarakan satu topik yang membuatkanku terdiam. Aliya memberi amanah terakhir untuknya menjaga Adam Mikhail bersama Rizal.
“Seorang ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Mama tahu kenapa Aliya memilih Rizal untuk menjadi ayah kepada Adam. Rizal rela bertanggungjawab di atas perbuatan adiknya. Itu pun atas kehendak Aliya sendiri. Masa tu dia tidak tahu yang kamu berdua memang sudah lama bercinta. Kita tak boleh nak salahkan Aliya kenapa dan mengapa dia memilih Rizal. Kalau Anis berada di tempat Aliya sekalipun, tidak mungkin Anis sanggup untuk hidup dengan seorang lelaki yang menghancurkan hidup Anis. Aliya masih lagi trauma dengan kejadian tu Anis.’’ Mama menjelaskan segala-galanya. Aku tersentuh hati dengan apa yang telah menimpa adikku itu. Aliya tabah menerima semua dugaan ini dan Rizal ternyata telah banyak berkorban demi kebahagiaan Aliya.

Seharian hari itu, Aku hanya duduk termenung memikirkan segalanya. Tentang kata-kata mama dan juga luahan hati Rizal. Ya Allah.. aku masih belum temui pertunjuk-MU.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience