Chapter 2

Romance Completed 16002

Bab 2

MALAM ini keluarga sepakat untuk buat malam berinai. Kecoh betul satu rumah dengan sedara-mara yang hadir untuk menyiapkan persiapan terakhir oleh kerana esok adalah majlis akad nikah. Suasana yang jarang benar boleh dirasai. Aku begitu merinduinya selama 2 tahun berada di U.K

“Eh, yang mana satu pengantin ni? banyak benar tangan yang berinai ni..’’ kata kak Ros menghampiri. Melihat sepupuku yang satu ini membuatkan aku teringatkan seseorang. Rizal! Mana dia ? lama benar aku tidak melihatnya. “Cari siapa kak anis?’’ Aliya turut mengintai kelibat orang sedangkan aku belum memberitahunya siapakah gerangan orang itu. “Someone!’’balasku sepatah. Aliya mula menarik muka. “Iyalah, siapa?’’ soalnya lagi. Aku sekadar tersenyum kambing. Tidak membalas pertanyaan itu sebaliknya melukiskan inai ditangan Kak Ros dan Aliya pun tidak menggesaku setelah telefon bimbitnya berbunyi. Aliya terus berlalu ke halaman rumah. Aliya berjalan ke bangku kayu di taman mini rumahnya. Afiq yang dari tadi menunggunya di situ.

“You nak apa?’’ tanya Aliya. Tidak memandang wajah lelaki itu.

“Kenapa ni? I ada buat salah ke?’’ soalnya pula. “Ask youself!’’ balas Aliya pula. Afiq menarik tangan gadis itu namun ditepis. “B.. I’m sorry. Janganlah buat I macam ni.’’ pujuk Afiq lagi. Dia tahu pasti Aliya marah kerana gambar yang ada di fac miliknya. “Fiq, boleh tak you lepaskan I? lepas tu kalau you nak buat apa-apa dengan perempuan lain sekalipun,I dah tak peduli lagi. Just let me go!’’ kata Aliya serius. Bulat mata Afiq seketika. “No! I’ll never let you go. You’re mine. Okey?’’ Afiq memberi kata putus. Aliya menjeling tajam.“Terserah! Liya dah tak nak peduli lagi. Liya tak peduli!’’ Aliya berkata geram. Afiq memang keras kepala. Sejak perkenalan mereka dulu sehingga sekarang. Dia terus melangkah kaki untuk pergi tapi tangan Afiq lebih pantas menariknya ke dalam pelukkan. Kemas sehingga Aliya tidak mampu bergerak lagi. “You jangan buat gila okey? Ini rumah I, kalau famili I nampak boleh jadi kecoh tau? Lepaslah!’’ kata Aliya sambil meronta untuk dilepaskan. “I akan lepaskan kalau you janji tak akan berpisah dari I?’’bisiknya perlahan. “You dah gila ke?! Afiq lepaskanlah…’’ Aliya masih berkeras untuk melepaskan diri tapi gagal. Dia menghembus nafas perlahan-lahan. Cuba menenangkan hatinya. “Okey, fine. I janji.’’ Aliya akhirnya mengalah. Mungkin sudah tiada jalan lain. Mendengar kata-kata itu barulah Afiq meleraikan pelukkannya. Satu tamparan hinggap ke pipi Afiq Firdaus. “You memang tak guna!’’ Aliya berkata lagi sebelum langkah kakinya meninggalkan tempat itu. Afiq sekadar tersenyum lega. Setidak-tidaknya Aliya masih kekal sebagai kekasihnya.

ESOK pagi-pagi lagi semua ahli keluarga sudah sibuk dengan majlis pernikahan yang akan berlangsung malam nanti. Ibu sibuk mengatur tugasan yang perlu dilaksakan pada setiap orang yang terlibat. Aku sendiri pun cuba membantu apa yang perlu. Agak riuh rendah suasana rumah pada pagi itu. Aku terpandangkan seorang jejaka yang ada di satu penjuru. Kacaknya dia!

“Anis!’’ suara itu membingitkan telinga. Aduh! Kacau daun kak Ros ni. Rupanya suara dia yang memekik tadi. Aku terus menghampirinya

“Ada apa kak Ros?’’ tanyaku. Dia menghulurkan wang kertas bernilai lima puluh ringgit. “Nah ambik, pergi beli barang untuk buat desert.’’ Ujarnya. terpinga-pinga aku dibuatnya. “Nak beli apa?’’ soalku kebinggungan. Kelihatan kak Ros menggelengkan kepalanya. “Belilah apa yang Anis nak buat. Puding ke, kek ke, manisan ke, atau apa-apa lah.’’ Katanya. Aku sekadar mengganguk perlahan. Lama kemudian aku memanggilnya lagi. “Anis nak pergi naik apa?’’ aku bertanya binggung. Semua orang kelihatan sibuk. Kereta abah sudah keluar dari tadi lagi. Kereta Akim pula merayap entah ke mana. Sementara aku, lesen kereta pun belum ada lagi.

“Rizal, sini kejap!’’ kedegaran kak Ros memanggil nama itu. Terus mataku tertumpu pada orangnya. Ya Tuhan, rupa-rupanya lelaki yang aku puji-puji tadi itu adalah abang Rizal! Kenapa aku boleh tidak perasan? Desisku sendiri. Kak Ros menyuruh Rizal untuk menemani aku ke pasaraya? Biar betul?! Hati aku mulai gementar. Setiba di keretanya, dia membukakan pintu kereta untuk aku. Wah! Sungguh gentlemen abang Rizal. Tidak sia-sia aku menaruh hati padanya dulu. Dulu? Ah! sekarang ni pun perasaan itu tetap samalah. Tapi kenapa terasa seperti aku hanya mampu berangan-angan? Lelaki ini tiada perasaankah? Dugaku sendiri. Kereta sudahpun bergerak keluar dari perkarangan rumah.

“Kita nak pergi mana?’’ soalnya. Aku memandangnya lama sementara dia masih fokus memandu. Kalaulah soalannya tadi ‘ Anis apa khabar?’ atau ‘Anis makin cantiklah’ barulah senang hatiku menjawapnya. Inikan hendak bertanya khabar pun tidak. Gomelku sendiri. “Anissa?’’ panggilnya lagi. Aku terkedu. Dia memanggil nama penuhku sama seperti dulu. Hanya dia yang memanggil aku dengan nama itu sedangkan aku sendiri pun membahasakan diriku Anis. Rindunya waktu itu berulang kembali.

“Singgah ajelah dekat mana-mana pasaraya.’’ Balasku pula. Hanya dua tiga patah perkataan itu sajalah yang keluar dari mulutnya. Selebihnya masing-masing mendiamkan diri sehinggalah kereta itu berhenti di parkiran pasaraya. Belum sempat dia membuka pintu untuk aku, aku terlebih dahulu membukakan pintu untukku

“Tak apa, Anis boleh buka sendiri.’’ Kataku terus berjalan dahulu meninggalkan dia di belakang. Entah kenapa aku merasakan Rizal semakin berubah. Sayang kalau muka kacak tapi sombong. Aku terus sahaja berjalan sehinggakan aku semakin jauh meninggalkannya di belakang. Lagak aku seperti sedang bermain sorok-sorok. Kalau ternampak dia, aku terus menyembunyikan diri disebalik rak-rak yang ada di situ. Dia masih tidak berjaya menemui aku. Aku melihatnya dari jauh seperti orang sasau mencariku. Aku ketawa kecil melihat gelagatnya. Aku memandang ke situ lagi dan melihatnya sudah tiada di situ. Apa jangan-jangan dia menyerah kalah, lepas tu balik rumah? Tak kan tinggal aku sesorang dekat sini? Ah, tak boleh jadi ni. Aku bergegas berjalan dan saat itu jugalah tanganku dicapai olehnya. Rizal? Aku memandangnya tidak berkelip. Pandangan kami bertaut dan sesungguhnya aku tidak mampu melawan pandangan matanya yang sentiasa mencairkan hati wanitaku. Anak matanya yang berwarna coklat, bibirnya yang kemerahan menunjukkan dia tidak merokok, pipinya yang tinggi dan semuanya. Dia terlalu kacak bagi aku dari sudut manapun.

“Seronok?’’ soalnya kepadaku. Aku tergagap-gagap untuk menjawapnya. “Isyyhh..’’ dia meletakkan jari tulunjuknya ke bibirku. Aku kembali ke posisi asal. Diam tanpa kata. “Lama Rizal tak tengok Anissa sedekat ini. Rizal rindu.’’ Ucapnya perlahan membuatkan jangtungku seakan berhenti berdenyut. Adakah aku hanya berkhayal?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience