Chapter 11

Romance Completed 16002

BAB 11

SELEPAS hari itu, aku hidup seolah-olah tidak berpijak dipermukaan bumi. Segalanya terasa kosong dan tidak bermakna. Berhari juga aku cuba memujuk hati. Berharap agar semuanya adalah mimpi. Tapi aku pasti, Rizal akan menjadi milik orang lain. Milik saudaraku sendiri. Siapa yang dapat fahami hatiku sekarang ini? siapa yang dapat rasakan apa yang aku rasa tatkala ini? salahkah aku menyintai? Kenapa harus dia memberi kalau akhirnya akan begini? Aku mengeluh.

Sewaktu melangkah ke dapur, langkahku terhenti sebaik mendengar perbualan mama dan Aliya. Seakan mahu pengsan tapi itulah kenyataanya. Aku menadah telinga mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Aliya. Benarkah semua itu? Benarkah Aliya tengah mengandungkan anak Rizal? Ya Allah.. dugaan apakah lagi yang akan menimpa?

Patutlah majlis pernikahan akan diadakan secepat mungkin ternyata ada benih yang sedang bercambah di rahim Aliya. Kalau Rizal ada dihadapanku tatkala ini, akan aku tumbuk muka itu semahunya. Aku terus melangkah pergi. Tidak mahu mendengar sesuatu yang boleh menghancurkan sekeping hati. Aku tidak sanggup.

“Anis?’’ panggilan suara mama mengejutkan aku. segera aku menyapu titisan air mata yang mengalir tadi. Langkahku terus ke muka pintu.
“Ada apa, Mama?’’ soalku.
“Anis tolong ikut Rizal, pilihkan cincin untuk Aliya. Sebab Liya tak sihat badan.’’ Beritahu mama. Seakan mahu berhenti jangtung yang berdenyut, tapi itulah kenyataannya. Mahu tidak mahu terpaksalah aku bersetuju. Aku tidak mahu sesiapa pun tahu tentang perhubungan rahsia antara aku dengan Rizal sebelum ini. Selesai aku bersiap-siap, langkahu terus ke bawah. Aku tidak mahu melihat wajah lelaki itu. Aku tidak mahu menyakiti hatiku walaupun sedar apa yang sedang aku lakukan ini memang sudah lebih cukup untuk menyakiti.

Di dalam kereta itu, sepatah pun aku tidak bersuara. Membiarkan kedengaran lagu yang bermain dicorong radio menjadi peneman. Tapi entah kenapa, lagu yang diputarkan itu seakan turut menyindirku. Bagaikan mahu memancing kesedihanku.

Apa aku telah lakukan

Kesalahan yang mendalam

Sampai hati kau lakukan itu

Kali ini ku tak bisa

Menerima kenyataan

Kau tak lagi setia padaku

Aku patah hati

Sungguh-sungguh aku patah hati

Kernamu

Kali ini ku tak bisa

Menerima kenyataan

Kau tak lagi setia padaku oh

Aku patah hati

Sungguh-sungguh aku patah hati

Kerna mu

Aku akan pergi kerna kamu

Terlanjur menyakiti hati ku

Aku patah hati

Sungguh-sungguh aku patah hati
Kerna mu

Aku akan pergi kerna kamu

Terlanjur menyakiti hati ku

Hati ku patah hati

Hati ku patah hati

Tanpa aku sedar, air mataku menitis ke pipi. Cepat-cepat aku menyapunya dengan belakang tapak tangan. “Anissa..’’ suaranya memecah kesunyian. Aku rindukan panggilan itu. Aku rindukan Rizal. Tapi hati yang sakit ini hanya aku yang merasainya. Mungkin dia tidak. Kalau ya, tidak mungkin dia sanggup menyakiti hati aku sebegini rupa. Aku masih tidak menoleh ke arahnya. “Rizal minta maaf kalau penikahan ini telah membuat Anissa benci pada Rizal.’’ Ujarnya perlahan. Sungguh sakitnya hatiku tatkala itu ku tahan.
“Tolonglah Rizal, jangan cakap apa-apa lagi.’’ Kataku.
“Kalau ada berjuta pilihan dalam dunia, hanya satu yang akan Rizal pilih. Iaitu untuk menyintai Anissa sampai mati.’’ Lafaznya.

“Awak ni memang tak faham bahasa kan? Saya tak nak dengar apa-apa perkataan yang keluar dari mulut awak. Kalau tak, turunkan saya dekat sini.’’ Balasku tegas. sungguh, aku tidak tahu kenapa aku membahasakan diri ‘saya awak’ dengan Rizal. Mungkin kerana hati terlalu membencinya? Dia terus diam. Mungkin terkesima dengan kata-kata yang keluar dari mulutku.

Aku melihat beberapa bentuk cincin yang tersusun rapi di dalam almari kaca itu. Aku menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Cuba mengawal sebak yang ingin bertamu dihati. Apa yang sedang aku lakukan? Menghiris hatiku sendiri? Sekuat mana pun sekeping hati ini, aku tidak mampu menahan air mata yang bergenang dikelopak mata. Selama boleh ku tahan, aku akan menahan agar ia tidak mengalir. Aku tidak mahu kelihatan lemah hanya kerana ‘cinta’. Aku tidak mahu lemah hanya kerana perasaan yang hancur pada ‘cinta pertama’ dan mungkin yang terakhir ini.

Untuk seketika, aku terasa lengganku dipegang. Sebaik aku melihatnya, dia terus menarik lengganku untuk pergi. Tidak sampai beberapa langkah aku menarik tanganku semula.
“Kenapa dengan awak ni? Kita tak pilih pun lagi.’’ Kataku dengan sebak. Rizal menggeleng seperti tidak percaya dengan kata-kataku.
“Kenapa Anis? Kenapa perlu menyakiti hati sendiri? Tolong jangan jadi bodoh. Kita balik sekarang.’’ ujarnya tegas sambil menarikku semula tapi dengan pantas aku menepis tangannya. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua. “Kalau awak tengah bercakap tetang rasa sakit hati, saya dah lama merasainya. Hati saya dah terlalu sakit.’’
“Habis kenapa Anis tetap nak lakukannya?!’’ bentaknya.
“Sebab saya harus terima kenyataan! Kenyataan yang awak ni adalah bakal suami adik saya. Sepahit apapun, saya kena telan kenyataan itu Rizal.’’ Turun naik nafasku berkata-kata. Aku melihat Rizal menyapu air matanya.

“Stop it Anis, kita balik sekarang.’’ katanya dengan penuh kesabaran. Aku tidak tahu kenapa, tapi aku dapat rasakan dia pun merasakan hal yang sama. Masihkah dia menyintai aku seperti kata-katanya yang dulu? Air mata itu.. kenapa ia mengalir kerana perucapanku?
Kali ini aku hanya membiarkan tangan itu menarikku untuk mengikuti langkahnya. Air mataku yang mengalir bagaikan tidak mahu berhentinya.

Kereta Honda yang dinaiki kita tiba semula di depan halaman rumah. Selama perjalanan tadi, kami hanya membisu. Membiarkan kesunyian itu menemani dua keping hati. Hatiku terlalu sakit. Kali pertama aku merasainya. Sudah cukup memberikan aku tahu apa itu cinta. Cinta yang tidak mungkin termiliki. Sebelum langkah kaki ini turun dari kereta, aku mengambil sesuatu. Sesuatu yang selama ini menjadi barang paling berharga yang pernah aku ada. Cincin pemberiannya itu kehulurkan kembali kepadanya. Dia memandangku lama.
“Kita tak sempat nak pilih cincin tadi. Saya rasa cincin ini pun dah lebih dari sesuai.’’ Kataku perlahan. sedikit pun tidak melihat ke arahnya.
“Cincin itu bukan untuk Aliya, tapi untuk Anissa.’’ Balasnya.

“Memang cincin ini untuk saya. Tapi itu sebelum awak hamilkan dia.’’ balasku. Dia kelihatan terkejut. Aku hanya berpura bersikap tenang. Dia menarik tanganku.
“Anis percaya?’’ soalnya. Aku memandang ke arah lain. Percaya atau tidak, itu bukan masalahnya. Tapi sebab sekarang pernikahan ini adalah kerana kandungan itu! Desisku. Aku merentap tanganya. Sebelum air mata mengalir lagi, lebih baik aku segera pergi. Aku tidak mahu terus-terusan menyakiti hati. Cincin itu ku letakkan di atas dashboard keretanya. Aku tidak mahu memiliki sesuatu yang tidak layak untuk aku miliki. Termasuk Rizal, aku tidak layak memilik dia biarpun sepenuh hati aku menyinta kerana aku tahu, aku hanya mampu menyinta tapi Tuhan menentukan segalanya.

Malam itu, entah buat kali yang ke berapanya aku menangis lagi hanya kerana Rizal. Aku tahu apa yang sedang aku tangisi ini tiada gunanya untuk aku. Menangisi si dia yang langsung tidak tahu untuk menghargai sekeping hati. Ah! bodohnya aku. Majlis itu ada lagi dua hari akan berlangsung dan aku tidak tahu bagaimana untuk menelan kepahitan ini sedangkan tadi aku nampak kuat dihadapan Rizal.

‘Kau lemah Anissa! Kau salah menyintai. Lelaki itu langsung tak tahu menilai erti cinta. Dia tidak berhak mendapatkan setitis pun air mata kau.’

Entah dari mana datangnya suara yang memujuk itu. Tapi sedikit sebanyak menenangkan aku. Titisan air mata yang mengalir ku sapu dengan belakang tapak tangan. Sejak balik tadi rasanya tiada hentinya ia mengalir dipipi.
“Kenapa mata Anis bengkak? Menangis?’’ tegur papa sebaik sahaja aku keluar ke dapur. Tidak sempat untuk aku menyenbunyikan wajahku darinya tadi. Aku hanya menggeleng isyarat menafikannya. Papa menghampiriku.
“Kalau Anis ada masalah, cerita dekat papa. Papa tengok sejak dua menjak ni, Anis lesu aje. Bercakap pun tidak. Asyik terperap aje dalam bilik tu. Just tell me, if you need a friend to rely on, I’ll be there for you. I’ll be your shoulder to cry on.’’ Kata papa perlahan. Aku hanya diam. Seperti biasa, hanya papa yang selalu peka dengan perasaanku. Aku tidak dapat menahan rasa sebak. Kali ini air mata itu menitis di hadapan papa.

“Syhh… why dear? Who’s make my little princess crying? Hmm?’’ Papa sudah menarikku ke dalam pelukannya. Aku tertawa kecil. ‘my little princess’ adalah gelaran yang papa berikan pada aku sewaktu zaman kanak-kanakku dulu.
“Go on.. if it’s can make you feel better.’’ Ucapnya perlahan. Aku berasa tenang untuk seketika saat berada dalam pelukan papa. Mengharapkan agar ianya sentiasa begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience