Chapter 6

Romance Completed 16002

BAB 6

Setahun telah berlalu…

ANISSA tersenyum lebar. Tidak sangka Rizal sanggup ke tempatnya. Sudah setahun hanya bertemu dia skype, fec, e-mail dan twitter. Kali ini pertemuan di alam nyata. Lebih indah dari pertemuan di alam maya. Betulkah aku sudah menyintai lelaki ini?

“Oh jadi itulah Rizal? Wah Anis.. beruntungnya badan. Susuk badan tu dah perghh.. macam Aaron Aziz. Tapi muka dia, alahai.. kacaknya mengalahkan Aaron Aziz tau!’’ puji Suraya. Aku hanya menggeleng kepala. Kalau pujian tentang lelaki, memang tidak sah kalau tak samakan dengan pelakon kegemarannya itu.
“Dah tinggi sangat kau puji dia tu. Makin tinggi lah saham dia.’’ Balasku. Langkah kami semakin mendekat ke tempat Rizal yang berada di meja makan di satu sudut. Mengiakan kata Suraya. Aku tahu Rizal memang kacak. Bukan saja sekarang. malah zaman kami kecil-kecil dulu pun dia memiliki ketampanan raut wajah itu.

“Fakta Anis. Fakta. Kalau kau tak nak, bagi aku.’’ ujar Suraya membuat langkahku berhenti memandangnya. Suraya kemudiannya tersengih mengangkat tangan tanda mengalah.
“Sorry, sorry. Aku tak boleh nak bersaing dengan kau. Aku kena buat pembedahan plastik dulu agaknya kalau nak bersaing dengan kau. Emm, tunggu lagi 5 tahun. Aku cantik!’’ kata-kata yang mencetuskan tawaku. Laju saja aku memeluknya.

“Kau ni kelakar tahu tak?!’’ ujarnya.
“Betul lah apa yang aku cakap.’’
“Faktanya kau bukan tak cantik. Kau tu memang asali dah cantik. Cuma kau aje yang tak perasan.’’ Aku membalasnya. Kerana memang Suraya memiliki kecantikan itu. Biarpun dia hanya bersolek ala kadar kerana dia memang tidak minat bersolek. Namun, sedikit pun tidak mencacatkan wajahnya yang sudah cantik.

“Dah, dah. Jangan nak puji aku lebih-lebih nanti balik boleh buat aku tak mandi. Jom jumpa Rizal. Nanti berjanggut dia tunggu kau kat situ.’’ Suraya menarikku untuk berjalan semula.

“Hai assalamualaikum.’’ Aku menegurnya. Rizal bangun dan tersenyum melihat aku.
“Waalaikumussalam.’’ Balasnya perlahan. Suraya mencuitku.
“Oh ya, kenalkan. Ini kawan Anissa. Suraya. And Su, inilah Rizal.’’ Aku mempekenalkan keduanya. Mereka berjabat tangan.
“Hai.. come on, join us.’’ Ajak Rizal yang sudah menarik kerusi untuk kami berdua.

“Eh, tak apa. Saya teman Anis aje, ada hal kejap lagi.’’ Balas Suraya.
“Orang Malaysia rupanya..’’ Rizal tersenyum.
“Kenapa? Ingat saya orang indon ke?’’ bidas Suraya.
“Eh tak. Ingatkan student dekat sini. You’ve beauty face naturally.’’ Ujar Rizal. Anissa memandang Suraya. Menggangkat keningnya seolah-olah sedang berkomunikasi dengan Suraya.

“Eh, banyak pula yang memuji ni. Tak mandi saya kang.’’ Suraya tersenyum.
“Jom lah join sekali.’’ Ajak Anissa pula.

“No. take your time. I have something to do. So, have fun.’’ Suraya cepat-cepat ingin berlalu dan meninggalkan kami berdua. Rizal menarik kerusi untuk aku duduk. Segan-segan aku dibuatnya. Setelah memesan minuman. Keadaan menjadi sepi seketika.

“I miss you.’’ Ucapnya tiba-tiba. Aku tertawa kecil.
“I miss you a lot!’’ balasku. Giliran dia pula yang tersenyum.
“Err.. kejap. Rizal ada bawa sesuatu untuk Anissa.’’ Ujarnya sambil meraba-raba poket seluarnya. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Kotak baldu merah itu dibuka. Sebentuk cincin berlian berada didalamnya. Aku terpana. Dia… dia .. nak melamar aku ke ni?? Lantas aku memandangnya. Dia pun turut memandang aku.

“Anissa Sofia bt Dato’ Arman. Sudikah awak menjadi pendamping hidup saya?’’ kata-kata yang sudah meluruhkan jangtungku. Aku masih kaku seakan tidak mempercayainya. Bermimpikah aku?

“Anissa…” aku sudah kelu. Seperti tidak dapat berkata-kata. Lama aku memandangnya. Mencari keihlasan wajah lelaki itu. Akhirnya aku mengganguk perlahan.

ALIYA telah tamat sekolah dan kini sedang menyambung pengajian di Lim Kok wing Universiti dalam bidang fesyen. Sehingga kini dia masih berhubungan dengan Afiq. Siapa sangka seorang Afiq Firdaus sanggup mengotakan janjinya demi Aliya Maisara?

“Hei.. termenung jauh nampak?’’ tegur Afiq yang mematikan lamunan Aliya. Aliya tersenyum kecil. Terlalu jauh dia mengenang masa zaman sekolah dan zaman percintaannya bersama lelaki ini. Cinta yang baginya dulu hanya ‘cinta monyet’. Aliya percaya hatinya sudah termiliki.

“You jangan nak tenung I macam tu dekat sini. Kang tak pasal-pasal I terkam dekat you.’’ Usik Afiq pula.
“Hisy! Merepek apa you siang hari ni Fiq?’’ balas Aliya sambil menyedup jus epal yang tadinya dibiarkan. Afiq tersengih saja.
“You tu lah. Asyik tenung I. Mana tahan..’’ ujarnya. Bulat mata Aliya mendengarnya.
“Ei.. penyakit gatal you tu memang dah sebati kan?’’ kata Aliya pula. Matanya memandang tepat ke sepasang mata Afiq. Terus saja Afiq mendekat.

“I cuma menggatal dengan you. Cuba dengan orang lain? Mesti you pun tak bagi kan.’’
“Pergilah. I tak kisah.’’ Balas Aliya seakan mencabarnya.
“Nope. I don’t want.’’
“Why??’’

“Sebab hanya you aje yang boleh bagi I penyakit gatal ni. Orang lain tak.’’ Balasnya selamba.
“Ei gatal!’’ bidas Aliya. Afiq tersengih lagi. Afiq memang mat romeo. Pandai betul berkata-kata.

Senja sudah silih berganti. Aliya masih berada di rumah Afiq. Kata Afiq dia ingin mengambil barangnya yang tertinggal. Jadi terpaksalah Aliya menunggu di ruang tamu.
“You tunggu sini. One minute! Okey sayang.’’ Afiq berlalu dengan mendaki anak tangga.

Aliya memandang ruang rumah yang bagaikan istana ini. Rumahnya sudah besar tapi rumah Dato’ Indra ini lagi besar. Eset yang dimilikinya mungkin sudah mencecah jutaan ringgit. Sekarang ini pun tiada di rumah kerana ke China atas urusan bisnes dan Datin Rohana pula akan ikut kemana sahaja suaminya pergi untuk melancong. Terdetik jua dalam hatinya, berada di dalam rumah banglo besar ini bersama Afiq. Kalau ditangkap berdua bagaimana? Ish.. kes berat ni. Tapi kemana pula si Afiq ni. Kata sekejap aje.

Aliya sudah pun mendaki anak tangga. Melihat isi rumah yang sungguh mewah dan elegen ini. Dia membuka pintu bilik. Sebuah bilik yang hanya dilengkapi dengan sebuah katil dan almari. Mungkin bilik tetamu. Desis hati Aliya.

Menyentuh kain langsir yang lembut. Kemudian didekatinya ke almari yang bercorak unik itu. Mungkin perabot dari luar negara. Aliya membuka pintu almari. Tapi sebaik sahaja pintunya dibuka, darah Aliya mengalir laju. Bibirnya seakan terkunci untuk menyebut nama Afiq.

“Aaaaaaa!!! Lipasss!’’ jeritnya setelah dipaksa. Bergegas Afiq firdaus mencari arah suara itu. Mengintai ke bawah memang tidak mungkin kerana dia mendengarnya dari tingkat atas. Melihat pintu bilik tetamu yang terbuka, Afiq terus ke situ.

“Liya?’’
“Afiq!’’ sepantas kilat tubuh Afiq didakap.

Tergaman Afiq untuk seketika. Belum pernah rasanya dipeluk seerat itu oleh Aliya. Usahkan dipeluk. Bergesel pun tak pernah. Tapi kenapa dengan Liya? tubuhnya terketar-ketar. Apa yang sudah berlaku? Dia mendengar esak tangis gadis itu.

“Liya? kenapa ni?’’ soalnya binggung.
“Liya.. takutt li..lipass tu.’’ Terketar-letar suara Aliya menyebut satu persatu perkataan itu. Dia memang fobia dengan lipas sejak kecil lagi. Melihat serangga hitam itu pun sudah mebuatnya ketar lutut.

Afiq mengeluh perlahan. ‘laa.. lipas aje ke? Ingatkan apa lah tadi..’ desisnya. Pelukan yang masih kemas itu membuatkan nalurinya bergetar hebat. Apa tidaknya, bau haruman minyak wangi Aliya pun sudah cukup menggetarkan jiwa. Untuk seketika, Aliya berhenti menangis. Saat itu jua dia berasa malu dengan tindakannya. Secepatnya dia meleraikan pelukan. Tapi dia melihat pandangan Afiq masih ke arahnya. Aliya berasa sesuatu yang mungkin menakutkan. Dia bukannya bodoh untuk tidak tahu apa yang sedang bermain difikiran Afiq.

‘bodohnya kau Liya. gara-gara lipas tu kau peluk lelaki?’

Langkah Afiq sudah mendekati.

“Fiq, you jangan nak buat macam-macam. Hantar I balik sekarang.’’ Aliya gementar. Ingin segera berlalu pergi tapi tangan Afiq lebih pantas menariknya semula.
“You jangan nak buat hal. Afiq!’’ Aliya cuba menyedarkan lelaki itu. Fikiran lelaki itu mungkin sudah dikuasai nafsu. Aliya takut untuk menduganya. Setapak demi setapak dia mengundur ke belakang setelah langkah Afiq semakin mendekat.

“Fiq.. I mohon dengan you.. please.. hantar I balik.’’ Aliya memohon. Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang sehingga dia sudah tidak dapat bergerak lagi. Langkahnya sudah rapat ke dinding.

“Fiq, you jangan buat gila!’’ tuturnya perlahan. dia takut dengan gelagat afiq yang tiba-tiba berubah. Dia tidaklah sebodoh itu untuk tidak memahami apa yang sedang bermain difikiran seorang lelaki.
“Fiq tolonglah…” pintanya. Air matanya menitis. Afiq terus mendekat dan menyapu air mata itu.
“Syhhh… jangan menangis sayang..’’ bisiknya. Tangannya sudah meliar ke seluruh wajah Aliya. Baru sahaja bibirnya ingin mendekat ke bibir gadis itu, Aliya memalingkan mukanya.
“Fiq. Lepaskan I.’’ pinta Aliya yang masih dalam tangisan. Rayuannya langsung tidak mengendahkan Afiq sebaliknya lelaki itu semakin galak. Tangannya yang bebas ke muka sehingga ke bahu dan kini membuka butang baju yang dipakainya. Afiq memang sudah hilang kawalan. Aliya menepis tanganya.

“Tolong jangan buat gila!’’ marah Aliya. Serta merta Afiq menekup mulutnya.
“Jangan bising boleh tak? You akan jadi malam ni.. I love you sayang.’’ Ucapnya lantas mengucup lembut leher Aliya. Butang baju kini perlahan-lahan dibuka. Aliya sudah tidak terdaya. Bibir Afiq sudah mencium segenap tubuhnya. Dia pun semakin hanyut dengan belaian Afiq namun cepat-cepat dia tersedar. Sekuat tenaga dia menolak tubuh Afiq. Akhirnya dia berjaya lepas dari pelukan Afiq dan terus berlari ke arah pintu yang terbuka luas.

“Arghh!!’’ rambutnya ditarik. Afiq sudah menariknya dan menolak tubuhnya ke atas katil. Pintu bilik dikunci. “You nak lari kemana sayang..?’’ kata-kata lelaki itu bagaikan kerasukan. Aliya bangun dan menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke bahu. Hendak melindungi apa yang terdedah. Afiq menarik tangannya. Jari-jemarinya diramas, dikucup, penuh mesra. Terasa kehangatan sentuhan Afiq yang sudah menjalar ke tubuhnya. Aliya sudah kaku. Tersedu-sedan dia menangis seakan tidak mengundang rasa belas kasihan dari Afiq. Ditolaknya tubuh Aliya.

T-shirt Afiq sudah ditanggalkan menampakan susuk badanya yang sasa. Aliya terpana. Baju yang dipakai Aliya sudah direntap kasar. Menampakan coli yang dipakainya.
“You memang cantik Liya, lebih cantik dari apa yang bayangkan…’’ tutur bicara yang sungguh menakutkan. Meremang bulu roma Aliya mendengarya. Afiq memang sudah membiarkan nafsu itu mengusainya. Dia bukan lagi Afiq yang dikenalinya.

“Fiq.. kalau you betul-betul sayangkan I. lepaskan I.. I mohon..’’ rayu Aliya buat kali yang terakhir. “Syhhh.. you’ll be mine.’’ Ucapnya perlahan. tubuh Afiq yang menindihnya dirasakan terlalu berat. Matanya dipejam rapat saat bibir lelaki itu menjalar ke lehernya.
“Liya sakit! tolong lepaskan tangan Liya!’’ Aliya meronta-ronta dari pegangan tangan Afiq yang cukup kemas. Biarpun Aliya menagis, merayu, Afiq langsung tidak menunjukkan reaksi simpati. Sebaliknya disapu lembut air mata Aliya dan mengucup lembut pipi gadis itu. Tubuh Aliya yang sejak tadi meronta menjadi semakin lemah. Dia sudah tidak berdaya untuk melawan lagi. Akhirnya menyerah dalam tangisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience