Chapter 25

Romance Completed 16004

?Epilog

Putih memutih pasir pantai. Ya Allah, indahnya alam ciptaanMU ini. Sungguh mendamaikan jiwa tatkala disajikan dengan permandangan dan keindahan pantai Patong. Phuket Thailand menjadi destinasi bulan madu mereka. Sejak tiba di sini, tidak jemu-jemunya mereka berjalan bersama menyusuri pantai yang indah itu. Tangan Rizal digengam erat.

“Anis suka tengok laut?’’ soal Rizal setelah lama berjalan. Aku mengganguk dalam senyuman cerianya. “Mendamaikan jiwa..’’ luahku perlahan. Rizal menarik tanganku untuk duduk di atas pasir pantai sambil menghadap air laut yang luas terbentang.
“Thanks sayang.. sebab sudi menerima abang dalam hidup sayang semula.’’ ucap Rizal sambil menatap wajah isteri dengan penuh rasa cinta. Rasa cinta yang tidak pernah hilang dari hatinya. Aku mengucup tangannya.

“Terima kasih jugak sebab abang masih menyintai Anis dan telah banyak berkorban untuk arwah Aliya. sungguh tak terbalas apa yang telah abang perbuat dan Anis rasa sungguh malu pada diri Anis sebab pernah meragui abang.’’ Ujar aku pula. Laju jari telunjuk Rizal singgah ke bibir mulusku.

“Syhh.. jangan pernah cakap macam ni. Sebab siapapun yang berada di posisi Anissa masa itu pun mesti akan merasakan hal yang sama. Tapi percayalah, abang lakukannya kerana kasih dan sayang abang pada keduanya. Sama ada Afiq ataupun arwah, kedua-dua orang bermakna dalam hidup abang. Tapi mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.’’ Ujar Rizal pula. Aku memeluk erat tubuh sang suami untuk meluahkan rasa syukurnya aku memiliki suami sebaik Rizal. “Abang tahu tak, Anis macam tak percaya.. bagaimana abang boleh hidup sebumbung dengan Aliya tapi sekalipun abang tak pernah ‘menyentuh’ Aliya.’’ luahku lagi. Rizal menjarakkan diri.

“Macamana Anissa tahu..’’

“Diari Aliya telah menceritakan segalanya.’’ Pintasku bagi menjelaskan apa yang aku tahu. Rizal terdiam untuk seketika. Dia bangun berdiri sambil menghadap laut. “Untuk pengetahuan Anis, pernikahan kami pada awalnya berdasarkan surat perjanjian. Hak peribadi masing-masing dijaga dan abang akan menceraikan Aliya sebaik sahaja bayi itu dilahirkan.’’ Kata-kata Rizal membuatkan aku tersentak.

“ Tapi semuanya berubah ketika abang dapat tahu yang Anissa sudah pun bertunang. Masa tu abang sedar yang abang tak boleh pentingkan diri sendiri. Abang tak boleh mengharapkan Anis yang telah menjadi milik orang, sedangkan pada masa yang sama abang ini suami orang. jadi abang buat keputusan untuk menjaga Aliya sebaik-baiknya seperti yang Anis mahu. Surat perjanjian itu dikoyak. Abang cuba belajar untuk menyintai Aliya tapi rasa yang hadir hanyalah kasih sayang seorang abang kepada adiknya. Tak lebih dari itu. Tambahan pula lepas lihat kad undangan perkahwinan yang Anis hantar, ia bertambah buat hati abang sakit. abang tak boleh nak tipu diri abang, yang abang masih menyintai Anis. Disebabkan rasa cemburu abang, Aliya yang jadi mangsa. Kami bergaduh. Hubungan kami tidak baik ketika abang bertolak ke JB. Abang rasa bersalah, dan abang berniat untuk memperbetulkan hubungan kami lepas balik nanti. Tapi abang tak sempat..’’ suara Rizal kedengaran sebak.

Aku sudah menekup mulut. Rasa sebak mula menusuk ke jiwaku kerana aku membaca apa yang tertulis dalam diari Aliya. Aliya menyimpan perasaan terhadap Rizal. Mungkin berat dugaan buat Aliya.. apatah lagi penerimaan keluarga Rizal terhadap dirinya. YA ALLAH.. sungguh berat dugaan yang KAU berikan buat adikku. Desiku perlahan. Aku bangun mendekati suami. Tangan Rizal diraih. Wajah Rizal dipandang dengan penuh kasih sayang.

“Abang.. semua ini adalah kententuanNYA. Tapi percayalah, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya tersendiri. Setidak-tidaknya Anis dapat menzahirkan rasa cinta ini buat abang yang telah sah sebagai suami Anis..’’ pujukku dengan penuh kelembutan. Rizal mengganguk mengiakan. Segala yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Mungkin hadirnya ‘Aliya’ merupakan ujian terbesar dalam hidupnya. Di situ dia gagal menjadi seorang suami dan dia tidak mahu gagal sekali lagi. Anissa diraih ke dalam pelukannya.

“Anis.. selagi ada hayat abang di alam ini.. selagi itulah kasih sayang ini tidak akan pergi. I love you so much till jannah.’’ Ucap Rizal lantas mengucup lembut dahi isterinya. Aku meraih tangan Rizal dan dikucup perlahan. “I love you so much lillahitaala..’’ balasku. Semoga ikatan suci ini akan terus kekal hingga ke syurga ALLAH.

-Tamat-

Dedikasi: syukur Alhamdulilah, dengan ilham yang dikurniakan ALLAH saya dapat menulis kisah ini hingga ke penghujungnya. Hakikatnya Cinta bukan karya yang mudah untuk dihasilkan, dan saya akui diri ini masih kerdil dalam bidang penulisan. Buat mereka yang sering ‘mengkritik’ juga saya ucapkan terima kasih kerana tanpa kalian, saya mungkin tidak tahu dimana salah silap yang harus saya perbaiki. Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga buat mereka yang sudi membaca karya saya ini. semoga ada manfaat disebalik kisah ini untuk kita jadikan teladan. Insya-ALLAH.

(votes & comments)

Eiyla. 17.9.14

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience