Chapter 14

Romance Completed 16004

BAB 14

Sudah seminggu selepas pernikahan mereka, aku masih gagal menyingkirkan Rizal dari hati aku. Benarlah kata orang. ‘Untuk jatuh cinta sedetik pun boleh tapi untuk melupakan, seumur hidup pun belum tentu’. Itulah yang aku rasakan sekarang. Mata masih tidak menggantuk. Aku membuat keputusan untuk mengadap laptop melayari internet. Sudah lama aku tidak membuka account fac. Sudah berhabuk barangkali. Sebaik sahaja log in, aku tersenyum kecil. Membaca ayat bermadah punjangga itu.

Love sometimes comes like a dream, but leaves like a nightmare.

Kadangkala...Ada waktunya dimana kita harus menghadapi semua MASALAH dengan sendirian...Meskipun hati MENANGIS...Tiada pilihan lain selain BERUSAHA...Keadaan memaksa kita untuk terus BERTAHAN...Meskipun sebenarnya hati sudah tidak MAMPU..

Wahh.. bukan main si Suraya ni mengupdate status jiwang karat ni. Lagaknya macam dah frust bercinta. Tapi dengan siapa lah dia bercinta?
Aku ke ruang chatting.

Anissa Sofia: Assalamulaikum :)

Mc_Su: Waalaikumussalam. :) lama menyepi. Kemana?

Anissa Sofia: ada. Cuma x muncul dkt sini. Su, aku rindu kau.

Mc_Su: kejap.

Ruang chat itu sepi untuk seketika. ‘Mc_Su send you a video call’ Aku hanya tersenyum melihatnya. Aku menekan accept. Headphone disisi dicapai, diletakan ditelingaku.

“Anis,’’ sebaik mendengar suaranya aku tidak tahu kenapa aku berasa sebak. Kalau boleh aku mahukan Suraya ada di sini. Menemani aku disaat aku menanggung rasa sakit hati ini. kerana selama ini, hanya dia yang sentiasa ada disisi aku.

“Anis, kenapa ni?’’ Suraya meletakan jarinya ke wajahku yang berada di skrin itu. Seakan sedang mengesap air mataku seperti dia lakukan setiap kali aku menangis.
“Aku rindu kau.’’ Balasku dalam sebak.

“Aku tahu ini bukan sebab rindu aje. Something happen to you. Anis, tell me what happen?’’ tanya Suraya pula. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan. Aku mengesat air mataku. Cuba mengukir senyuman.
“Aku okeylah. I just.. miss you so much.’’ Aku berpura-puar gelak tetapi ternyata Suraya lebih tahu aku lebih dari segalanya.
“Don’t lie, Anis.. I know you.’’ Ujarnya. Aku seakan tidak dapat melindungi apa yang sedang terbuku di hati. Air mataku mengalir lagi.

“He has married Su. Kahwin dengan adik aku.’’
“Ya Allah..’’ hanya itu yang terpancul dimulut Suraya. Air matanya turut menitis tatkala mendengar berita yang aku sampaikan itu.
“Anis, kenapa kau baru bagitahu aku sekarang? kau okey tak sekarang ni?’’ tanya Suraya lagi. Aku mengganguk lemah. Samada aku terluka atau tidak, kenyataan ini harus ditelan. Rizal bukan lagi kekasih hati tapi adalah adik iparku sendiri.

“Anis, kau sabar banyak-banyak. Kau nak aku ke sana?’’ usul Suraya. Aku pantas menggeleng. Sungguh prihatin sahabatku yang satu ini. mungkin satu dalam dunia kalau ada sahabat sebaik Suraya. “Tak perlu. Aku boleh hadapinya sendiri.’’ Tutur Aku perlahan.
“Ini sesuatu yang sukar untuk kau hadapi sendiri. Kalau kau tak nak aku ke sana, aku nak kau yang datang sini.’’ Kata Suraya membuatku terkejut.
“Aku ke terengganu?’’ tanyaku. Suraya mengganguk.
“Untuk tenangkan fikiran. Aku harap kau fikirkan cadangan aku ni baik-baik.’’ katanya lagi.

“Tengoklah nanti.’’ Balasku. Cadangan Suraya kedengaran baik tapi, untuk aku jejakan kaki ke pantai timur itu memerlukan keizinan mama dan papa dulu.
“Okey. Tell me as soon as posible! Kalau tak boleh. Aku akan ke KL.’’ Katanya lagi.
“Su, tak perlulah kau susahkan diri untuk aku.’’ kataku perlahan.
“Aku kawan kau Anis. Aku mahu ada disamping kau saat kau susah mahupun senang. Kita pernah janji dulu kan?’’ kata-katanya membuat aku tersentuh. Sungguh, rasanya seperti mahu peluk Suraya kalau dia betul-betul wujud didepan aku tatkala ini. Kami menghabiskan perbualan. Jam sudah berdetik sehingga pukul 12 malam. Sedang leka aku melayan hati, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada pesanan ringkas. Aku melihat nama Rizal di situ.

Anis, I miss you.

Membacanya, aku menarik nafas panjang. Untuk apa dia mengucapkan sesuatu yang tahunya akan menguris hati?

Lupakan saya Rizal.

Aku menekan butang send sebaik selesai menaipnya. Tiga perkataan yang aku taipkan itu, aku sendiri pun tidak mampu lakukannya. Aku masih tidak mampu melupakan dia. Ah.. cinta! Kenapa cinta ini terlalu rumit?
Untuk seketika telefon bimbit berbunyi. Tertera nama Rizal di situ. Aku mengeluh lemah. Tidak faham bahasakah dia ni? Isteri ada pun masih nak menghubungi perempuan lain. Aku tidak mahu menjadi perampas suami orang. Apatah lagi orang itu adalah adik kandungku sendiri. Panggilan itu ku biarkan berdering berkali-kali.

Rizal tahu Anis belum tidur. Kenapa tak angkat Rizal call? I need to talk with you.

Pesanan ringkas itu yang ku terima darinya setelah berkali-kali dia menghubungiku tapi tidak ku angkat. Aku mengambil keputusan untuk tidak membalas mesej itu. Aku tidak mahu air mata ini mengalir kerananya lagi. Cukup-cukuplah aku menangis sebelum ini. Aku tidak mahu terus-terusan menambah beban sakit hati ini.

Anis, biarpun saya tak mampu memiliki, hati saya akan tetap milik awak. Selamanya.

Mesej yang ku terima itu membuatku kelu. Dia.. kenapa dia membuatku bertambah binggung dengan sikapnya. Kenapa harus dia menyintai aku sedangkan dia memilih Aliya. Sungguh aku tidak mengerti. ‘Ya Allah,jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku berilah aku keyakinan bahawa takdir-MU adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. Kau damaikan hatiku untuk menerima takdir-MU kerana aku yakin dan percaya bahawa perancanganMU adalah yang terbaik buat diriku’ Rintihku.

SEPANJANG perjalanan itu, masing-masing hanya membisu. Dalam banyak-banyak destinasi pilihan untuk bercuti dalam Malaysia ini, Rizal lebih memilih untuk ke Cameron Highland. Aliya hanya mengikut saja apa kata Rizal memandangkan dia sendiri pun tidak berkeinginan untuk berbulan madu. Kereta yang dipandu kini berhenti di stesen minyak.
“Abang nak isi minyak dulu, Liya ada nak beli apa-apa?’’ tanya Rizal. Aliya diam seketika.
“Err.. abang belikan Liya ubat panadol boleh?’’
“Kenapa, Aliya tak sihat ke?’’ suara itu kedengaran panik.
“Pening kepala sikit, tapi Liya okey.’’ Kata Aliya menenangkan Rizal. Lelaki itu mengganguk perlahan. risau juga kalau terjadi apa-apa nanti ditengah jalan. Memandangkan perjalanan mereka masih lagi jauh.

Aliya mengurut tekaknya perlahan. Entah kenapa tekaknya terasa mual sebaik sahaja bau minyak petrol itu menusuk hidung. Cepat-cepat dia membuka pintu dan berlalu ke tandas. Tiba sahaja di sinki. Dimuntahkan habis makanan yang dihadamnya pagi tadi. Bahunya terasa disentuh lembut. Aliya menoleh dan melihat Rizal di situ.
“Liya, kenapa ni?’’ tanya Rizal. Aliya membasuh mulutnya. Rizal menghulurkan dia tisu.
“Tak tahu lah tekak ni terasa mual. Mungkin alahan orang mengandung kut.. eh, kenapa abang masuk dalam tandas perempuan ni?’’ Aliya perasankan ada dua orang perempuan yang berada di luar tandas. Mungkin pelik dengan kehadiran Rizal di situ. Rizal yang tidak perasan tadi terus melulu keluar. Aliya hanya tersenyum kecil. Langkahnya terus keluar dari situ.

“Terima kasih sebab ambil berat pasal Liya.’’ ucap Aliya sebaik sahaja kereta itu berlalu pergi dari perkarangan stesen minyak.
“Liya dah jadi isteri abang. Maknanya Liya pun dah jadi tanggungjawab abang.’’ Katanya. Aliya tersenyum bahagia. Sungguh, hatinya mungkin sudah benar-benar terpaut pada jejaka ini. Tapi dia sepatutnya sedar, perkahwinan ini hanya berlandaskan surat perjanjian dan dia tidak mempunyai apa-apa hak sebagai isteri kepada lelaki ini. apatah lagi untuk menyintai suaminya ini, rasanya dia juga tidak mempunyai hak itu. Aliya mengeluh lemah. Perutnya diusap perlahan. kerana benih inilah, dia terikat dengan pernikahan ini. kerana benih ini juga telah menemukan dia pada Rizal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience