BAB 17
SELESAI sahaja merapikan semua pakaianku ke dalam beg, aku mengeluh berat. Kenapalah terasa sungguh berat aku untuk meninggalkan kampung ini? mungkin jiwaku sudah sebati dengannya. Mesti aku akan rindukan angin yang bertiup di sini. Bisikan ombak yang menggamit ketenangan jiwa. Argh.. semuanya terlalu sempurna. Indahnya alam ciptaan-NYA. Kami bersalaman, berpelukan bagaikan tidak mahu berpisah.
“Jomlah, ikut aku ke KL?’’ ajakku. Suraya hanya tersenyum.
“Lain kali sajalah, mak aku tak berapa sihat. Kesian pulak aku nak tinggalkan.’’ Balas Suraya. Aku hanya mengganguk tanda mengerti. Sebaik itu, kereta Amir muncul diperkarangan rumah untuk menghantarku ke lapangan terbang. Oh, teringat perancangan awal kami untuk ke pulau hanya terbantut di situ. Mungkin lain kali. Desis hati kecil ini.
Akhirnya sampai juga aku dirumah hari itu. Tiba sahaja di rumah, kepulangan aku hanya disambut oleh Akim. Mama dengan papa katanya keluar sejak petang tadi. Aku yang dari tadi kepenatan terus masuk ke bilik. Sebaik sahaja membuka pintu bilik, aku melihat beberapa dulang hantaran yang tersusun rapi di atas katil. Hatiku menjadi berdebar tiba-tiba. Perlahan-lahan aku mendekatinya. Terdapat sepucuk surat di situ. Masih kemas tidak terusik. Aku mengambil dan membukanya perlahan. Bismillahirahmanirahim…
Assalamulaikum..
ke hadapan gadis yang dicintai, Anissa.
maaf kerana membuat kejutan dengan semua ini. sejujurnya, I tak tahu kenapa. Tapi hati telah menunjukan jalan kepada I supaya membuat keputusan ni. Biarpun masanya masih belum tepat, tapi I tak mahu kehilangan orang yang I sayang. Anis, setulusnya I benar-benar ikhlas menyintai you. Berikan I kesempatan untuk I buktikan cinta ini dan I berjanji tak akan sia-siakan you. Berikan peluang untuk I menyunting you sebagai permaisuri hidup I., I berharap agar kita dapat mengikat tali pertunangan ini biarpun dari jauh.kepulangan ini akan menjadi lebih bermakna sekiranya Anis dapat penuhinya.
Dari jauh merinduimu~Ammar Rafiq.
Aku menghela nafas panjang. Ternyata dugaanku sebelum ini benar. Mataku tertancap pada segenap barang hantaran itu. Ya Allah, apa yang harus aku lakukan?
“Aku rasa dah tiba masanya. Kau perlu teruskan hidup kau, memilih apa yang terbaik untuk masa depan kau.’’
Kata-kata Suraya bergema diingatan. Aku menggeleng lemah. Haruskah aku memberi kesempatan itu? Bagaimana dengan hati? Hatiku masih belum stabil untuk menerima insan lain setelah semua yang berlaku.
“Anis?’’ mama memanggil namaku. Aku menoleh ke arahnya. Surat itu ku selitkan ke tepi.
“Bila sampai? Dah baca surat tu?’’ tanya mama lagi. Aku hanya mengganguk perlahan sambil memeluk mama seeratnya. Rindunya aku pada wanita ini hanya Tuhan yang tahu.
“Macamana?’’ tanya mama lagi. Oh.. pertanyaan itu terlalu sukar untukku jawab.
“Bagi Anis masa untuk memikirkannya ma. Semua ini terlalu mengejutkan.’’ Balasku dengan tenang. Mama hanya mengganguk perlahan. kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari beg yang dibawa. Sebentuk cincin bertahtakan berlian itu diberikan kepadaku. Terpinga-pinga aku melihatnya. “Kalau Anis dah ada jawapan tu, pakailah cincin ni. Mama tak berhak nak menentukan. Fikirkan sebaik-baiknya.’’ Kata mama sambil mengusap rambutku. Aku terasa sebak tiba-tiba. Fikiran ini rasanya berserabut. Tubuh mama kuraih kedalam pelukan. ‘Ya Allah tenangkan hati ini. berilah aku petunjuk-Mu agar aku tidak salah memilih.’ Desisku perlahan.
Sakit untuk melupakan seseorang yang pernah dicintai. Lebih sakit lagi bila kita pura-pura bahagia tanpa dia, dan akan lebih sakit bila cinta dihati sukar untuk pergi. Itulah yang aku rasakan. Aku tengah mendera perasaanku dengan menidakkan rasa cintaku pada Rizal. YA Allah.. kenapa semua boleh jadi sesukar ini? berikanlah aku petunjukMU agar aku tidak salah memilih apa yang terbaik untuk hidupku YA Rahim. Munajat Anissa dalam hatinya.
Hari ini dia tekad untuk menerima lamaran petunangan Rafiq. Mungkin sekiranya hanya dengan cara ini dia mampu melupakan Rizal, dia akan lakukannya. Dia tidak mahu terus-terusan hidup dalam dosa tatkala menyimpan rasa cinta pada seorang lelaki yang telah sah menjadi suami orang. Apatahlagi suami adik kandungnya sendiri. Anissa tidak sanggup. Aliya dan Rizal yang baru pulang dari berbulan madu hari itu pun turut terkejut dengan apa yang berlaku dirumahnya petang itu.
“Who’s Rafiq?’’ soalnya kepada Anissa. Pandangan Rizal terhadap dirinya kelihatan begitu kecewa. Kenapa? Kenapa harus dia kecewa?
“Kak Anis,’’ panggil Aliya lagi.
“Kawan kak Anis masa dekat UK. Sekarang ni pun masih buat praktikal dekat sana, dan akan pulang hujung tahun ni.’’ Kata Anissa. Siapa Rafiq? Lelaki itu hanya kawan dalam hidupnya. Sedikitpun dia tidak pernah menyintai lelaki itu. Tapi kini, kalau ada orang tanya siapa Rafiq, perlukah dia mengatakan hal yang sama? Hanya kawan? Pada hakikatnya mereka telah bertunang. Anissa tidak tahu. Hatinya masih lagi belum sembuh untuk mencuba menyintai sesiapa.
“Kak Anis nampak macam tak happy aje?’’ tanya Aliya lagi. Anissa menguntumkan senyuman tapi hambar. Tiada riak keterujaan seperti perempuan lain yang melalui detik-detik ini. langsung tidak.
“Kakak happy dengan pertunangan ni, Cuma yelah.. kak Anis sedih sebab disatukan ketika dia masih belajar dekat sana. I just miss him so much.’’ Luah Anissa dengan tenang. meskipun itu hanya pembohongannya semata-mata, Anissa puas hati dengan alasannya. Aliya tersenyum lantas memeluknya.
“Alaa, janganlah sedih-sedih. Kalau dah jodoh akak dengan dia, insya-Allah berjauhan macam mana sekalipun, hati dia tetap ada di sini. Dalam hati kak Anis. Betul tak?’’ Aliya memujuk Anissa dengan ceria. Kalau dah jodoh itu tiada, bercinta bagai nak rak sekalipun, tak akan bersama juga. Itulah hakikatnya. Anissa menarik senyuman. Aliya memang seorang adik yang baik untuknya. Aliya nampak bahagia sekarang. mungkin dia sedang menikmati alam berumahtangga dengan Rizal. Ya! Cinta atau tidak itu lain kira. Bila dah berdua bersama, siapa yang dapat menolak keinginan nafsu? Lagipun, Aliya ni pun cantik orangnya. Tidak mungkin kalau buat masa dan ketika ini mereka masih tidak ‘bersama’. Anissa berasa sebak memikirkannya. Dia menggeleng perlahan. Rizal sudahpun melangkah pergi dari ruangan itu.
“Kak Anis, Liya belikan ni..’’ Aliya mengeluarkan key chain berbentuk buah strawberri separuh itu kepada Anissa. Tertulis disitu ‘Cameron Highland’.
“Liya tak tahu nak pilih apa, abang Rizal tolong pilihkan. Cantikkan?’’ ujar Aliya lagi. Anissa tergaman seketika sebaik nama Rizal diutarakan. Lelaki itu yang pilihkan key chain ini?
“A’ah. cantik. Thank you.’’ Anissa cuba mempamerkan senyuman sebagai tanda dia benar-benar sukakan hadiah ini walau hakikatnya tidak. Ketika naik ke bilik dia bertemu dengan Rizal.
“Taniah diatas pertunangan Anissa.’’ Ucapnya sebaik mereka bertembung. Langkah Anissa mati. Hatinya merundung sebak mendengar bait kata-kata itu. Saat itu juga dia merasakan tangannya digemgam. Anissa terkedu untuk seketika.
“I can’t believe this. You’re not love him. Why you do this?’’ Rizal berkata dalam sebak juga. Anissa tidak tahu kenapa tapi dia cepat-cepat menepis tangan lelaki itu.
“Terima kenyataann Rizal! Apapun yang pilih itu adalah hak saya. Awak tak ada hak nak tentukan apa yang buat itu betul atau salah.’’ Dalam sendu Anissa bersuara. Melihat air mata yang mengalir dipipi Anissa membuatkan Rizal bertambah yakin, apa yang dikatakannya tadi benar. Anissa tidak menyintai lelaki itu sebaliknya masih menyintai dirinya.
“Anissa..’’
“Stop!’’ pintas Anissa sebelum Rizal masih tetap mengeluarkan kata-kata. Dia menyapu air matanya. Lama dia memandang lelaki itu. Lelaki yang pernah dicintainya.
“I want to forget you. Sepertimana yang awak lakukan. Jodoh itu bukan milik kita. Itu adalah hakikatnya cinta kita. Tolong jangan ganggu saya dan tolong anggap saya sebagai kakak ipar awak. anggap saja kita tidak pernah berjumpa dan tidak pernah kenal. Terima kasih banyak atas segalanya.’’ Anissa terus berlalu pergi. Setiap bait kata-kata Anissa ditelan memang terasa cukup pedih dipendengarannya. Dia mahu lupakan aku sepertimana aku lupakan dia? Hakikatnya aku tidak pernah melupakan dia. Setiap saat dan ketika, aku hanya mampu merindui dia. Adakah ini hukuman yang sepatutnya aku terima disaat aku terpaksa memilih untuk menjaga maruah adikmu? Adakah sakit seperti ini yang kau rasakan tatkala aku telah menjadi milik orang lain? Ia terlalu sakit Anissa. Terlalu menyakitkan. Setitis air matanya mengalir. Rizal tewas dengan perasaannya.
Aliya tergaman di sudut itu. Sungguh bagaikan sesuatu yang begitu mengejutkan buat dirinya. Dia mendengar dengan jelas apa yang dibualkan oleh suami dan kakaknya. Mereka pernah saling menyintai? Sejak bila?
Aliya menarik nafas yang bagaikan ruang udara ini terlalu sempit untuknya. Hatinya yang mulai menaruh harapan cinta buat sang suami terus hancur berderai tatkala melihat air mata lelaki itu mengalir kerana Anissa. Jelas menunjukkan Rizal masih mencintai Anissa.
Anissa menangis lagi buat kesekian kalinya kerana Rizal. Kenapa harus dia mengalirkan air mata ini kerana sesorang yang tidak pernah menghargai dirinya? Kenapa?
Kita tak menduga
dari kenalan lahir sayang
hingga ku terlupa kau siapa
Setulus kasih ku kalungkan
dan selautan sayang
kau singkirkan kau persada hampar
Dalam sayu, Anissa teringat cebisan rangkap lagu yang digemarinya dulu. Bait lagu itu berkumandang dalam hatinya yang mampu menangisi segalanya. Menangisi orang yang lansung tidak memahami jiwanya. Menangisi seseorang yang telah memilih untuk menyakiti hatinya. Anissa pasrah dalam tangisannya.
Share this novel