Chapter 20

Romance Completed 16002

BAB 20

AFIQ tersenyum puas hati apabila dapat memujuk Aliya keluar menemaninya ke Mall. Setelah beberapa bulan telah berlalu, akhirnya dia berjaya mengaburi mata Aliya bahawa dia mampu menerima semua kenyataan ini padahal pada hakikatnya dia masih mengharapkan Aliya. Masih menyintai Aliya seperti dulu. sekarang dia perlu bijak memanfaatkan situasi.
“kamu boleh menipu mereka tapi bukan mama.’’ Teguran itu mengejutkan Afiq. Dia melihat Datin Rohana betul-betul berdiri di sebelahnya. Entah sejak bila pun dia tidak pasti.
“Apa maksud mama cakap macam tu?’’ soal Afiq pula. Datin Rohana tersenyum sinis.
“Jangan fikir Afiq boleh bohong dengan mama. Afiq masih mengharapkan perempuan itu kan?’’ kata-kata Datin Rohana mengejutkan Afiq. Dia hanya mampu diam kerana kenyatannya memang begitu. Datin Rohana mendengus kecil.

“Mama tak faham dengan kamu dua beradik ni. masih nak pertahankan perempuan macam Aliya tu. cukup-cukuplah abang kamu dah sakitkan hati mama, jangan kamu ikut jejak dia pulak. Mama tak akan pernah suka tengok kamu macam ni. macam orang gila bayang.’’ Ujar Datin Rohana lagi. afiq menelan saja setiap patah perkataan yang diucapkan oleh mamanya.
“Afiq sayangkan mama. Tapi Afiq tak boleh nak tipu diri sendiri. Afiq mahukan Aliya. Sejak dulu, hingga sekarang, semua itu tak akan pernah berubah.’’ Kata Afiq dengan bersungguh-sungguh. Datin Rohana tercenggang. Sungguh tidak menduga kalau Afiq akan berkata sedemikian. Hati Afiq sudah benar-benar tertutup kerana terlalu menyintai perempuan itu.

“Afiq tolong jadi bodoh sangat. Sekalipun Rizal ceraikan si Aliya tu, mama tak akan sudi tengok Afiq kutip perempuan tu jadi isteri kamu.’’ Bantah Datin Rohana.
“No way ma. Afiq akan dapatkan Aliya samada dengan, atau tidak dengan persetujuan mama. Anak dalam kandungan dia, anak Afiq. Sampai bila-bila pun, anak itu akan tetap jadi anak Afiq.’’ Balas Afiq pula. Aliya nampaknya sudah menuruni anak tangga. Afiq mengalihkan pandangannya ke arah Datin Rohana.
“Jangan cuba nak rosakan apa yang dah Afiq rancang atau mama akan kehilangan Afiq buat selama-lamanya.’’ Ugut Afiq lagi sekaligus membuatkan Datin Rohana terkesima. Afiq benar-benar telah dibutakan oleh cinta.

Aliya memegang perut sambil perlahan-lahan menuruni anak tangga. Dari jauh lagi Afiq sudah melemparkan senyuman tapi tidak Datin Rohana. Wajahnya masam mencuka akhirnya melangkah pergi meninggalkan ruangan itu.
“Kenapa dengan mama?’’ tanya Aliya pelik sebaik tiba di situ. Afiq memandang Datin Rohana yang sudah pun melangkah pergi.
“Mama pening kepala. Biasalah, orang ada darah tinggi.’’ Balas Afiq dengan selamba.
“Sakit kepala? Teruk sangat ke sakitnya?’’ tanya Aliya kelihatan risau. Afiq tertawa kecil.
“Dia makan ubat nanti okeylah tu. ni kalau you tegur, memang silap hari bulan boleh kena strok. Dah jom kita pergi.’’ Ajak Afiq. Aliya hanya mampu mengganguk perlahan. dia tahu kenapa Afiq berkata begitu. Datin Rohana tidak pernah menyenanginya walau telah tahu kejadian yang sebenarnya.

Kesibukan Rizal sejak kebelakangan ini membuatkan dia rapat dengan Afiq. Sebab itulah dia bersetuju kalau Afiq menemaninya membeli barang kelengkapan bayi nanti. Lagipula Afiq nampak bersungguh-sungguh mahu menemaninya. Entah kenapa juga sejak kebelakangan ini sikap Rizal nampak seakan menjauh darinya. Aliya binggung. Adakah semua ini ada kaitannya dengan sikap Afiq?


“Heii, mengalamun pulak dia.’’ teguran Afiq sedikit mengejutkan Aliya. Dia memandang beg kertas yang dibimbit oleh Afiq. Dia tersenyum kecil. Teringat sewaktu dia masih di zaman sekolah dan ketika itu dia masih berpacaran dengan Afiq. Afiq langsung tidak suka membeli belah di Mall. Kalau datang ke mall sekalipun, Afiq akan lebih suka main bowling atau pun makan-makan di tempat fastfood. Sangat berbeza dengan Afiq yang sekarang. sanggup menemaninya ke mall, bahkan sanggup membimbit barang-barang yang dibelinya.

“You nak beli apa lagi?’’ tanya Afiq memandang Aliya yang kelihatan buntu.
“Look, it’s beautiful right?’’ Aliya memandang baju bayi yang dipamerkan di gedung pakaian Anakku. Afiq tersenyum lama.
“Cantik. Kalau Liya nak, Fiq boleh belikan. Lagipun, anak yang Liya kandungkan tu pun anak I juga.’’ Afiq memandang Aliya penuh makna. Aliya mencemuh. Asyik-asyik anak dia, bosan! Getusnya dalam hati.
“Tak payah. Liya bukan hendak sangat pun.’’ Balas Aliya lantas bangun dari bangku tempat berehat yang disediakan di tempat itu. Afiq membantunya untuk bangun memandangkan kandungannya kini sudah pun mencecah tujuh bulan.
“Liya marah ke Fiq cakap macam tu tadi? I’m sorry.’’ Afiq berasa bersalah dek kata-katanya yang terlepas tadi. Aliya menggeleng kepalanya pelahan.
“It’s okey. Dah lah, I nak balik. Abang Rizal pun dah balik agaknya. Jomlah.’’ Ajak Aliya. Afiq tersenyum hambar. Aliya masih tidak mampu menyembunyikan perasaannya. Aliya mungkin terasa akan apa yang diucapkannya tadi.

Sepanjang perjalanan pulang sehinggalah mereka tiba di Villa, tiada satu patah perkataan pun yang terbit dari mulut Aliya.
“Thanks.’’ Hanya itu yang terucap sebaik saja Aliya mahu membuka pintu kereta. Afiq pantas menarik tangan Aliya. pandangan mereka menyatu untuk seketika.
“Liya.. Fiq sayangkan Liya.’’ ucap Afiq akhirnya. Aliya terkedu. Kenapa Afiq berkata begitu sedangkan selama ini dia telah mengatakan untuk melupakan semua itu? Sungguh Aliya tidak mengerti. Dia menarik tangannya semula.
“Please Fiq, tolong jangan merepek yang bukan-bukan.’’ Kata Aliya perlahan. Tapi sekali lagi tangan Aliya diraih dan di dekatkan ke dadanya.
“Selama ini Fiq cuba untuk menerima semua ni tapi hakikatnya Fiq tak mampu. Fiq terlalu cintakan Liya. sampai bila pun, perasaan itu tak pernah hilang.’’ Kata-kata Afiq membuatkan Aliya tercenggang. Cinta? Jadi selama ini Afiq tidak pernah melupakan perasaan itu?
“Liya.. terimalah Fiq kembali. Fiq janji akan bahagiakan Liya dan anak kita. Fiq akan ubah semuanya.’’ Suara Afiq mendatar tetapi serius. Aliya gelisah seketika. Afiq seolah-olah begitu memaksa. Aliya menarik tangannya semula.
“Fiq, enough. Antaranya kita dah berakhir. Berapa kali Liya nak ucapkan semua tu? Liya cintakan abang Rizal, not you or anyone else. Okeylah, Liya nak masuk. Selamat malam.’’ Aliya melangkah keluar dari kereta Afiq. Langkahnya diatur dengan perasaan yang berkecamuk. Kecewa atas segalanya kerana semua itu hanya dusta semata. Afiq masih menagih cintanya.

“BARU balik?’’ teguran Rizal membuatkan Aliya tersentak.
“Liya pergi mana? Hari dah gelap baru reti nak balik?” kata Rizal lagi. Suaranya kedengaran tegas sekali.
“Beli barang keperluan sikit,’’
“Oh.. beli barang keperluan sikit..’’ kata-kata Rizal seakan menyindirnya tatkala melihat beg-beg plastik yang dibawa olehnya.
“Abang marah ke?’’ tanya Aliya perlahan. rizal mengeluh lemah.
“I’m your husband. Kenapa perlu nak ajak orang lain kalau nak pergi beli barang semua ni?’’
“Tapi abangkan sibuk, Liya tak nak menyusahkan abang..’’
“Tapi lebih suka menyusahkan orang lain? Begitu?’’ bentak Rizal lagi. aliya terkedu. Sungguh dia tidak mengerti kenapa Rizal memarahinya. Padahal selama ini meninggikan suara pun tidak pernah. Kenapa dengan dia hari ini? perasaannya menjadi sebak tiba-tiba.

“Liya minta maaf kalau Liya dah buat abang marah.’’ Kata Aliya dalam tangisan yang terbit tiba-tiba. Rizal mendengus kecil.
“Kakak dengan adik sama aje!’’ getusnya lantas meninggalkan Aliya dalam bilik itu.

Aliya terkesima seketika. Kata-kata yang baru diucapkan oleh suaminya jelas dipendengarannya. Kakak dan adik sama saja? Kenapa dia berkata begitu? Pasti ada yang tak kena. Aliya memandang ruang bilik. mencari sesuatu yang boleh dijadikan punca yang menyebabkan perangai Rizal menjadi baran tiba-tiba. Saat itu juga dia terpandangkan sampul surat yang bergumpal di bawah meja. Aliya mengambil dan membukanya.

Jemputan ke majlis perkahwinan? Anissa dan Rafiq?

Aliya menekup mulutnya. Patutlah Rizal menjadi pemarah tiba-tiba. Semua itu angkara sekeping kad ini? dia masih sayangkan kak Anis? Desis Aliya. Kali ini air matanya mengalir laju di pipi. Sebak yang teramat rasanya kian bertamu dihati. Telefon pintarnya diambil.

“Hello, assalamualaikum.’’ Sapa suara di talian.
“Waalaikumussalam. Kak, kenapa hantar kad undangan ni? kenapa tak kahwin aje terus?’’ aliya memerlinya. Anissa binggung untuk seketika.
“Kenapa Liya cakap macam ni?’’ tanya Anissa pelik.
“Kenapa akak baru nak hantar kad undangan? Akak anggap Liya ni macam bukan keluarga akak kan? Sebab tu nak kahwin tak nak cakap sepatah pun.’’ Marah Aliya.

“Liya dah salah faham ni. Akak tahu Liya tengah sarat sekarang ni, sebab tu kak Anis pos kad tu untuk Liya tengok designnya.. tarikh kahwin pun sebelum Liya bersalin. Sebab nanti kalau dalam pantang, Liya tak boleh makan yang bukan-bukan.’’ Penjelasan Anissa membuatkan Aliya terdiam untuk seketika. Mungkin dia telah salah faham. Begitu juga dengan Rizal. Arghh! Tekanan rasanya.
“Ohh.. maaflah kalau Liya tuduh akak yang bukan-bukan tadi.’’ Aliya mengakui silapnya.
“It’s okey. Tapi Liya kenapa? M
acam ada masalah aje?’’ tanya Anissa pula.
“Liya okey.’’ Aliya berbohong. Tidak lama selepas itu dia mematikan perbualan. dia mengeluh lemah. Perasaan yang begitu sukar untuk diluahkan. Hati suaminya untuk siapa sebenarnya? Adakah masih untuk Anissa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience