Chapter 7

Romance Completed 16004

BAB 7

Pangg!!! Satu tamparan hebat dilepaskan ke pipi Afiq. Aliya belum puas. Kalau boleh mahu saja dicincang tubuh Afiq dengan pisau. Lelaki berwajah syaitan!

“Liya.. I minta maaf. You tamparlah I sepuas hati you. I betul-betul minta maaf. I tak sedar!’’ Afiq memohon maaf atas ketelanjurannya. Dia sendiri pun tidak tahu apa yang mengusai fikirannya semalam sehingga sanggup menragut kesucian Aliya.

“You ingat dengan minta maaf semuanya boleh balik seperti asal? Hah? You dah ragut kesucian I, baru sekarang you nak menyesal? Sekarang puas hati you? Puas?! Puas you gunakan tubuh I untuk puaskan nafsu binatang you tu? Jantan tak guna!’’ Aliya menumbuk dada bidang Afiq berkali-kali.

“Liya I betul-betul tak sedar..’’ Afiq mengulangi katanya sambil memegang erat tangan Aliya. Sepantasnya ditepis.
“Tak sedar? Habis lelaki mana yang rogol I semalam kalau bukan you? Hah?!’’ tengking Aliya. “Sudahlah Fiq! I malas nak bertekak dengan you. You dengar sini baik-baik. antara kita sudah berakhir. Aku bencikan aku sepenuh hati aku!’’ Aliya membuka pintu bilik untuk pergi tapi Afiq menghalangnya.

“Tak. You tak boleh tinggalkan I. I tak boleh hidup tanpa you. You milik I.’’ Kata Afiq bersungguh-sungguh.
“Lepaskan aku! gila. Pergi mampuslah kau!’’ Aliya merentap kasar tangan itu dan terus pergi.

“AKIM.. tolong mama cari Liya. mama risau, dari semalam dia tak balik-balik.’’ Mama mengejutkan Akim.
“Alahh.. Akim mengantuk lah Ma. Semalam Akim balik lambat.’’ Akim berkata sambil menarik selimutnya semula. Matanya masih terpejam rapat.
“Itulah.. balik pukul 2, 3pagi.. dah lah tu Kim, cari Liya. Mama risau, dah banyak kali mama call tapi tak dapat.’’ Mama menggocangkan tubuh Akim yang masih liat nak bangun.

“Iyalah, Akim bangun ni.’’ Akim terus bangkit dari perbaringannya. Dia masuk ke bilik air. Selesai mandi, dia turun ke bawah. Melihat wajah mama yang kelihatan risau membuatkan Akim bertambah geram dengan perangai Aliya.

“Mama jangan risau, Akim dah nak cari Liya ni.’’ Akim menenangkan mama.
“Liya tak pernah buat perangai macam ni.’’ Mama mengeluh.
“Okey ma, Akim cari Liya. apa-apa nanti Akim call.’’ Akim bersalaman dengan mamanya sebelum melangkah pergi. Baru sahaja langkahnya sampai ke muka pintu, dia melihat kereta Aliya yang masuk ke parkiran. Aliya keluar tergesa-gesa dan tidak menghiraukannya.

“Anak tak pandai nak jaga hati mak bapak!’’ sinis kata-kata Akim. Langkah Aliya terhenti. Sudahlah hatinya sudah berserabut dan sekarang mahu ditambah lagi.
“Apa yang kau nak hah?’’ marah Aliya. Akim semakin bengang.

“Kau tu lah. Pergi pagi semalam, pagi ni baru nak balik. Pergi tak cakap sepatah pun dekat mama. Orang risau duk cari dia, hai.. dia balik buat bodoh aje.’’ Akim memandang wajah Aliya. Kenapa dengan perempuan ni? Rambut berserabut. Butang baju pun tak betul. Dah tukar trent ke??

“Sudahlah tu Kim. Liya, Liya kemana? Mama risau tau.’’ Mama memeluk Aliya erat. Air matanya menitis.
“Ma, maafkan Liya.’’ hanya itu yang mampu dia kata katakan. Dia takut mama akan bertambah sedih bila tahu kebenarannya. Biarlah dia menanggungnya sendiri.
“Eleh, mama duk risu pasal dia, dia tak pun fikir pasal mama. Entah dengan jantan mana dia tidur semalam.’’ Kata Akim.

Bagai tersirap darah Aliya ke muka. Kata-kata Akim betul-betul menyakitkan hatinya bila mengingatkan perkara yang berlaku semalam. Afiq Firdaus!

“Aku tahu aku salah. Sekurang-kurangnya aku minta maaf! Kau tak ada hak nak tuduh aku yang bukan-bukan!’’ Aliya melangkah keras mendaki anak tangga. Air mata yang mengalir disapu dengan tapak tangannya. Kesal apa yang telah berlaku.

Afiq frust! Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang tidak kena dengan dirinya. Dia sendiri tidak menduga bahawa dia akan hilang pertimbangan. Apa yang telah dia lakukan terhadap Aliya pasti sangat menyakiti hati gadis itu. Sekarang, apa yang harus dia lakukan untuk mandapatkan kembali Aliya seperti dulu. Dia sangat menyintai Aliya. Dia perlukan Aliya dalam hidupnya. Bagi Afiq, Aliya miliknya.

Dia menekan pedal minyak menambah kelajuan Subaru Impreza itu. Sampai di persimpangan jalan, dia membelok ke kiri menyusuri jalan ke rumah Aliya. Entah kenapa bayangan Aliya muncul di ruang ingatannya. Wajahnya, tubuhnya yang menggetarkan jiwa. Afiq meraup wajahnya berkali-kali. Menyesal atas segalanya.

Sebaik dia tiba, Aliya tiada di rumah.
“Dia kemana auntie?’’ tanya Afiq seolah-olah dia mempunyai hak untuk bertanya.
“Dia cakap nak ke rumah kawan.’’ Balas mama.
“Tak apalah kalau macam tu. Afiq minta diri dulu.’’ Afiq terus berlalu pergi.

Aliya kemana sebenarnya?

“DAH tu? Kau dan dia dah…?’’ Amira seakan tidak dapat meneruskan kata-katanya. Tidak sanggup untuk dia menyebutnya. Lantas dia menghulurkan tuala bersih itu kepada Aliya. Amira terkejut menerima kedatangan sahabat baiknya itu dengan linangan air mata.

“Entah kenapa sanggup dia buat aku macam tu.’’ Tutur Aliya perlahan.
“Aku dah tak ada apa-apa lagi dalam hidup aku..’’ Aliya menangis teresak-esak. Amira cuba menenangkan sahabatnya itu.
“Sabarlah Liya. Aku faham perasaan kau. Sabar ya?’’ pujuk Amira.

“Kau tak akan faham Mira. Perkara yang kau tak inginkan, dilakukan secara paksa. Menyakitkan tahu?’’ Aliya mengetap bibir menahan marah.
“Okey aku tahu. Habis famili kau tahu tak?’’ tanya Amira lagi. Aliya menggeleng lemah.
“Kenapa kau tak beritahu?’’
“Aku tak nak mama aku sedih. Biarlah aku tanggung sendiri. Aku akui, salah aku peluk Afiq angkara lipas.’’ Luah Aliya kesal. Teringatkan peristiwa titik permulaan yang berlaku. Mungkin salahnya. Amira mengusap bahu Aliya. Mententeramkan perasaan sahabatnya.

“kau tinggalah dulu dekat sini. Biar perasaan kau tenang dulu. Buatlah macam rumah sendiri. Aku pun tinggal seorang aje ni.’’ Kata Amira.
“Kau tak kisah? Takut menyusahkan kau.’’ Ujar Aliya pula. Terhenjut-henjut bahunya menahan tangis.

“Ish, kau ni. Macam sehari dua aje kita kenal. Aku ni kan kawan kau. Apa gunanya kawan kalau tak boleh nak tolong.’’ Balas Amira. Aliya tersenyum nipis. Dia terharu mempunyai seorang kawan sebaik Amira.
“Terima kasih Mira.’’ucapnya perlahan. Amira tersenyum dan berlalu meninggalkan dia supaya dapat menenangkan dirinya. Dia tahu Aliya pasti terluka.

Amira terpaku melihat Afiq yang berdiri di muka pintu. Bagaimana lelaki ini tahu rumahnya? Pasti dia ke sini untuk mencari Aliya.
“Aliya tak ada!’’ kata Amira. Afiq tersenyum sinis.
“Kau tak payah nak bodohkan aku. aku tahu dia ada dekat dalam. Suruh dia keluar.’’ Kata Afiq pula. Amira bertambah bengang.
“kau ingat kau tu siapa nak arah dia ikut kehendak kau?’’ marahnya.

“Aku ada hal nak bincang dengan dia. Panggil dia keluar.’’ Arah Afiq lagi.

“Tak ada yang nak dibincang. Tolong pergi dari sini.’’ Suara Aliya muncul dari dalam. Dia memandang Afiq tajam. Sungguh benci dia melihat wajah itu. “Liya please.. kita bincang baik-baik. look, I’m know this is my fault and I..’’
“Just leave! I don’t want to see you anymore. I hate you!’’ pintas Aliya. Gadis itu sudah keluar dan menolak tubuh Afiq. Amira menarik lenggannya supaya bawa bersabar. Dia tahu Aliya sedang menahan emosinya.

“I can’t leave you. Fiq betul-betul cintakan Liya. kita kahwin?’’ kata Afiq bersungguh-sungguh. Aliya mencemuh. Kahwin? Dia ingat aku ni apa? Barang yang telah diguna baru nak dibeli?? Tergamak kau Afiq.

“Aku tak akan kahwin dengan lelaki macam kau. Hidup dengan kau, sama aje aku hidup dengan binatang. Kau tak tahu apa itu cinta, kau cintakan aku berlandaskan nafsu kau! Aku lebih rela mati dari hidup dengan kau. Pergi Afiq! Pergi sebelum aku menjerit.’’ Aliya merunding jari ke arah pintu pagar. Turun naik nafasnya menahan rasa sebak yang membuak. Amira memeluk bahunya dan berkali-kali menyuruhnya untuk bawa mengucap. Afiq tidak mampu membalas kata-kata Aliya setelah melihat gadis itu sekelip mata berubah. Sekelip mata berubah membencinya.

Hatinya hancur berkecai sebaik mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aliya. Biarpun begitu, dia tetap akan menunggu Aliya. Sekali dia menyintai, selamanya dia akan menyintai Aliya.

SUDAH puas Aliya melelapkan mata. Namun, hampa. Dipusing ke kiri, kanan, arghhh! Kenapa mata ni susah sangat nak tidur?

Wajah Afiq menjelma di mindanya. Kucupan Afiq seakan masih terasa dilehernya, dibibirnya, dipipinya. Aduh! Kenapa dengan aku ni?
“I love you sayang..’’ tergiang-giang ditelinganya bisikan Afiq pada malam itu.

Aliya menekup telinganya sambil matanya terpejam rapat.

Jam menunjukkan pukul 11.45 pagi. Akim tersedar akibat bunyi telefon yang membingitkan telinganya. Terkapai-kapai dia mencapai blackberry yang berada di atas meja. Sebelah matanya dicelikkan sedikit. Huh! Dia mengeluh berat sebelum menekan butang itu.

“Hello, kau nak apa pagi-pagi call aku ni?’’ soalnya dengan nada yang garau.
“Dah pukul 12 tengah hari ni bro. Agak-agak lah.’’ Ujar Afiq pula. Akim mencemuh.
“Dah! Cakap aje apa yang ‘penting tahap gaban’ yang kau telefon aku ni.’’ Kata Akim. Afiq terkekeh ketawa.
“Err.. Feroz masih tinggal dekat aperment dulu ke atau dah pindah? Aku call manusia tu tak angkat pulak panggilan aku.’’ jelas Afiq.

“Masih tinggal dekat situ.’’ Kata Akim pula.
“Okey! Tak apa lah. Itu aje yang nak tanya.’’ Ujar Afiq.
“Keparat betul!’’ Akim meletakkan panggilan. Ingatkan benda penting apa lah tadi.. dia menyambung tidurnya semula.

Afiq menuju ke aparment Sentosa Height’s sebaik sahaja diberitahu Feroz masih lagi tinggal di situ. Setiba di sana, dia membuka pintu. Aik? Tak kunci?
Langkahnya terus ke masuk ke dalam rumah. Meliar mencari si Feroz. Di jergah ke dapur, hanya ada pinggan mangkuk yang masih belum dicuci. Lantas dia beralih pula ke ruang bilik yang tidak terkatup rapat. Ditolak sedikit daun pintu. Kelihatan kain baju berselerak di lantai. Dipandang pula ke katil, terlihat Feroz yang sedang nyenyak tidur disebelah perempuan yang terkulai di sisinya. Afiq menggeleng kepala. Perangai Feroz ni memang tak ubah-ubah!

Afiq mengetuk pintu bilik dengan keras.
“Bangun! Bangun! Pencegah maksiat!’’ jeritnya.

Bagaikan terkena kejutan elektrik mereka berdua terus bangun. Afiq ketawa terkekeh-kekeh melihat gelagat mereka. Tahu pun takut.. desisnya.
“Engkau Fiq! Setan punya kawan. Mati-mati aku ingat pencegah maksiat tadi.’’ Marah Feroz mengambil tuala di bawah katil. Perempuan itu hanya mampu tersenyum sahaja.

“Sorry bro, pintu tak berkunci. Aku sergah lah.’’ Kata Afiq yang masih dalam sisa ketawanya.
“Sorry kepala bapak kau!” balas Feroz geram. Afiq ketawa lagi. Marah betul si Feroz ni nampaknya. “Sayang, you pakai baju, I tunggu you dekat luar.’’ Ujar Feroz perlahan lantas menarik tangan Afiq untuk keluar. Langkah mereka terus ke ruang tamu. Feroz mencapai remote televisyen mengidupkan tv LCD 45 inci itu.

“Ada apa hal kau datang ni? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba terdampar kat ‘istana’ aku ni.’’ Tanya Feroz sambill mengambil kotak rokok yang berada di atas meja. Diambil sebatang, dinyalakan apinya. Disedup perlahan.

“Aku ada benda nak kongsi dengan kau.’’ Kata Afiq yang kedengaran serius.
“Hal kereta?’’ teka Feroz. Laju saja Afiq menggeleng. Biasanya kalau tidak berbual mengenai kereta, mesti pasal perempuan.
“Habis, pasal apa? Nampak serius aje.’’ Kata Feroz melihat wajah kusut rakannya itu.

Sebaik sahaja Afiq menceritakan segalanya kepada Feroz, terkebil-kebil mata itu memandangnya tidak berkelip. Ternganga bagaikan tidak percaya.
“Apa yang patut aku buat?’’ tanya Afiq memandang Feroz lama-lama.
“Gila! Memang kau dah gila.’’ Hanya itu yang terucap dibibir Feroz. Dia sudah menggeleng kepala memikirkan masalah Afiq.
“Aliya tu adik Akim. Akim tu bestfriend kita. Kalau Akim dapat tahu hal ni, memang nahas lah kau.’’ Kata Feroz yakin.

“Janganlah kau kecoh dekat dia.’’ Tambah Afiq lagi. Dia tahu apa akibatnya kalau Akim dapat tahu. Feroz menggeleng lagi. Dia bangun, kemudian duduk, kemudian bangun pula.
“Yang kau pergi baham adik dia buat apa? Tak boleh tahan ke?’’
“Kalau kau kat tempat aku? kau boleh tahan? Usahkan secantik Aliya, perempuan kelab malam pun kau baham.’’ Kata Afiq. Feroz hanya tersengih. Jari telunjuknya diletakan ke bibirnya. Mata dikerling ke arah bilik yang tertutup rapat. Bimbang kalau perbualannya didengari teman wanita ‘baru’nya itu yang juga seorang gadis ‘kelab malam’ yang dikutipnya semalam.

“Tapi tetap jugak tak boleh Fiq. Aku tak akan buat macam itu dekat Aliya. Aku sayangkan persahabatan aku dengan Akim.’’ Yakin kata-kata Feroz membuatkan Afiq diburu rasa bersalah yang teramat. Dia mengeluh berat. Kesal atas apa yang berlaku. Masih teringat saat dia membelai rambut Aliya, memeluk tubuhnya yang kedinginan dan sama-sama merasai kehangatan yang menjalar. Wajah Aliya dikucup lembut dengan penuh kasih sayang. Sememangnya tidak mungkin dia lupakan esak tangis Aliya. Bukan main dia merayu agar dilepaskan. Bukan tidak tersentuh hatinya tapi apakan daya, keinginannya yang meruntun sudah tidak dapat ditahan.

“Memang patut pun Liya tampar orang macam kau.’’ Kata Feroz. Kemudian dia menyambung lagi. “Sejahat mana pun aku, aku tak pernah paksa perempuan ikut kemahuan aku.’’
Afiq semakin kesal. Rasa bersalah membayangi dirinya kerana telah memaksa Aliya mengikut kemahuannya. Sesalan apapun, perkara yang dan terjadi tidak dapat diundur lagi.
“Tapi dia dah jadi milik aku sekarang. In and out.’’ Afiq bangga.
“Tapi kau bukan suami dia.’’ Tambah Feroz.

“Itulah yang aku tengah usahakan ni. Aku sayang gila dekat dia. Aku tak mahu kehilangan dia.’’ Mendengar kata-kata Afiq membuat Feroz menggeleng kepala. Kuatnya kuasa cinta!
“Kau pelik lah. Lelaki kalau dah dapat apa yang diinginkan, dilepaskan aje perempuan tu. Tapi kau..’’ Feroz menggeleng lagi. Bodoh! Cebisnya.

SELEPAS pertemuan itu, hidup aku rasanya sangat bahagia. Seakan akan melengkapi. Dia melamarku! Aku akan menikahinya! Ya Allah.. sungguhkah ini? Dia yang KAU ciptakan untukku? Aku mengukirkan senyuman. Lama melihat anak itik yang berenang-renang di tengah tasik. Tapi difikiran hanya membayangkan wajah Rizal. Wajah lelaki yang telah hadir yang dalam diam telah mencuri hatiku.

“Hei.. sudah-sudahlah ‘angau’ cinta. Nah!’’ Suraya datang menghampiri dengan memberikan aku aiskrim yang dibelinya. Aku mengambilnya. Senyuman masih tak lekang dibibirku.
“Aku rasa macam mimpi tahu tak? Aku tak pernah rasa perasaan yang macam ni.’’ Luahku. Suraya pula yang tersenyum.
“Eii.. gatalnya kawan aku ni.’’ Suraya menepuk bahuku. Kami tertawa bersama.

“Lagi dua minggu kita akan menghadapi final exam. Hmm.. tak lama lagi kita akan meninggalkan kota Manchester, tak lama lagi jugak, kawan baik aku ni nak kahwin. Semuanya tak lama lagi. Kau dah ready?’’ Suraya memandang ke arah tasik.
“Untuk menghadapi exam, rasanya In shaa Allah akan dipermudahkan. Untuk meninggalkan Kota Manchester, ya. Aku akan merindui tempat ini nanti. Tapi bab kahwin tu, semuanya aku serahkan pada takdir yang menentukan.’’ Balasku tenang. suraya memandangku lama, kemudian kami berpelukan. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Nada yang telah aku set kan untuk mesej.
“Rafiq?’’ soal Suraya setelah melihat raut wajahku berubah tiba-tiba. Aku mengganguk perlahan. “Dia nak apa?’’ tanya Suraya lagi. Aku membaca mesejnya.

Siapa dia? Kenapa Anis tak pernah bagitahu Raf kalau hati Anis sudah termiliki. Kenapa harus bagi Raf harapan?

Entah kenapa dia mengirimkan aku mesej sebegitu. Mungkinkah dia tahu tentang aku dan Rizal?
“Dia tahu pasal aku dan Rizal. Ya Allah, dia cakap aku bagi dia harapan? Aku tak pernah bagi dia harapan terhadap perhubungan kita. Sejak dulu aku anggap dia kawan, tak lebih dari itu. Cuma dia aje yang tak mahu nak faham aku.’’ luah aku sebaik sahaja aku menunjukkan mesej itu kepada Suraya. Suraya mengosok bahuku perlahan. aku sudah mengeluh lemah. Kenapa perlu aku menyakiti insan lain? Kenapa perlu dia buat aku rasa bersalah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience