Chapter 13

Romance Completed 16004

BAB 13

Aliya melihat pandangan Afiq tajam memandangnya. Kakinya itu sudah tidak bertongkat. Aliya hanya buat-buat tidak nampak walau pada hakikatnya dia memang akan tinggal sebumbung dengan lelaki itu. Sejak hari pertama dia jejakan kaki ke rumah ini, peristiwa hitam itu sentiasa menggangu jiwanya. Harapnya selepas ini Rizal akan membawanya berpindah. Tidak mungkin untuk dia terus tinggal di rumah yang hanya boleh membuatnya sakit jiwa.

Sewaktu di meja makan, hatinya hanya mampu bertahan untuk melihat pandangan Afiq. Dia sudah naik rimas! “Hmm, Liya dengan Riz nak pergi honeymoon dekat mana lepas ni?’’ tanya Datin Rohana. Aliya memandang ke arah Rizal. Honeymoon?? Tak pernah terlintas pun dihati ini mahu berbulan madu. Tapi kalau tak cakap nanti apa pulak fikir mak mertuanya ini.
“Err.. Liya ikut abang Rizal aje.’’ Balas Aliya tenang.
“Dulu cakap nak pergi kota Paris?’’ celah Afiq membuatkan Aliya terkedu.

“Kalau kita kahwin nanti, kita nak pergi honeymoon dekat mana? Kalau I, nak pergi benua Afrika. Best kan?’’ kata Afiq dengan hilaian tawanya. “Gila ke apa? Malaysia ni tak cukup nampak macam Afrika ke sampai you nak pergi sana?’’
“Eish.. you tak tahu, dekat sana tu tempat yang paling jauh I nak bawa you. Kalau boleh ke hujung dunia I nak bawa you. Benua mana pun kita redah.’’ Beritahu Afiq. Aliya mendiam. Kemudiannya dia ketawa. “Ohh, sekarang ni nak tunjuk kalau you punya tempat tu romantik lah?’’
“Mestilah sayang..’’ sengihnya. Aliya memandangnya lama.
“Tak perlu ke pelusuk dunia atau pelusuk benua untuk buktikan betapa romantiknya kita. Cukup bawa Liya ke kota Paris. Tempat paling romantik yang pernah ada dalam dunia ni.’’ Beritahu Aliya. Afiq mengerutkan dahinya.
“Mudah terpengaruh dengan drama lah you ni!’’ balasnya. Aliya hanya mencebirkan bibirnya.

Aliya melihat pandangan semua orang kini melihat ke arahnya. Gulp! Air liur yang ditelan terasa pahit. Kenapa Afiq berkata begitu? Sengaja menduga hatinya supaya kembali ingat percintaan mereka? Desis Aliya dalam hatinya.
“Liya nak pergi Paris ke?’’ tanya Datuk Indra pula. Aliya melepaskan nafas. Berada antara ahli keluarganya itu amat menyarabutkan fikiran. Perlahan-lahan dia menyiku suami yang dari tadi hanya membisu. Tahulah dia tak inginkan pernikahan ini, tapi janganlah biarkan dia sendiri menghadap persoalan-persoalan mereka ni. Omelnya.

“Riz rasa, elok bercuti dekat dalam negara aje lah. Lagipun, Riz tak dapat nak bercuti lama-lama.’’ Akhirnya Rizal bersuara juga bagi pihak mereka berdua. Aliya mengeluh lega.
“Itulah kamu, suka cari pekerjaan yang tak mampu nak bagi rehat pada diri sendiri. Sibuk jaga kesihatan orang lain tapi diri sendiri tak terjaga.’’ Kata Datin Rohana. Aliya sudah berasa tertekan kalau terus-terusan berada di situ. Dia sudah berkira-kira mahu meninggalkan ruang makan ini. “Liya dah habis makan ni, Aliya naik atas dulu ya ma, pa.’’ beritahu Aliya tiba-tiba. Langkahnya terus pergi meninggalkan ruang makan itu. Untuk seketika, dia mengeluh lega. Barulah dapat bernafas dengan tenang. langkahnya tidak sampai ke pintu bilik, tangannya diraih seseorang. Afiq! Dia terus merentap tangan lelaki itu.

“Kenapa Liya? kenapa you buat I macam ni?’’ soalnya. Aliya mendengus kecil. Dia membuka tombol pintu. Bercakap dengan Afiq pun dia tidak mahu. Dia bencikan lelaki itu! Tapi sekali lagi lenggannya pula dicengkam kuat. Aliya mengaduh sakit.
“Lepaskan, sakitlah!’’ kata Aliya menarik tangannya. Lepas jua akhirnya. Namun, pandangan Afiq masih tajam memandangnya.
“Itu anak I. I yang patut kahwin dengan you. Bukan abang Rizal!’’ bentaknya.
“Aha! Ada bukti ke yang baby ni anak you??’’ bidas Aliya tersenyum sinis sambil menggosok perutnya yang masih tidak kelihatan. Afiq sudah menggetap bibir menahan marah. Aliya betul-betul sudah mencabar kemarahannya.

“You..’’ Afiq memegang bahu Aliya. Kalau boleh mahu saja dihempap ke lantai. Tapi dia masih sayangkan Aliya. Dia tidak mahu melukai hati Aliya lagi. Aliya tersenyum sinis. Dia tahu Afiq tidak akan berani berbuat apa-apa.
“Tolonglah Fiq, terima kenyataan. Hormat I sebagai kakak ipar you.’’ Ujar Aliya cuba menjarakkan diri dari Afiq. Afiq terkedu mendengarnya. Adakah dia sudah benar-benar kehilangan Aliya?? Tak! Itu tak mungkin terjadi. Dia memandang Aliya lama.
“Ingat Liya, kalau I tak dapat apa yang I nak. Orang lain pun tak boleh!’’ katanya lantas melangkah pergi. Meremang bulu roma Aliya seketika. Ugutan lelaki ‘gila’ itu macam serius aje? Ah, pedulikan. Lelaki itu sudah gila betul agaknya. Dia ingat aku masih akan terima dia setelah apa yang dia buat pada aku? sampai bila pun, tak mungkin Afiq. Tak akan!

Dia menutup pintu bilik. Sebaik dia melabuhkan punggung di atas katil itu, Rizal muncul di depan pintu. Aliya tidak memandang wajahnya sehinggalah lelaki itu menutup pintu bilik dan menuju ke bilik air. Entah kenapa, sejak hari mereka dinikahkan susah sangat untuk dia mendengar patah bicara suaminya itu. Agak lama dia duduk termenung di situ sehinggalah Rizal keluar dari bilik air. Aliya tekad. Apapun keputusan Rizal, dia mahu pindah keluar dari rumah ini. tidak mahu terus-terusan mengadap Afiq.

“Abang, lepas ini Liya nak kita pindah rumah.’’ Usulnya lalu memandang Rizal. Namun, serta-merta wajahnya merona merah. Lelaki itu hanya bertuala menyebabkan jangtungnya mula berdegup kencang. Susuk badannya membuatkan Aliya terpana seketika. Dia.. sangat kacak!

Ya Allah! Apa yang kau fikirkan ni Liya?! Aliya cepat-cepat melarikan anak matanya ke sudut lain. Soalannya tadi masih tidak terjawap. Kenapa dengan Rizal ni? Dah dah jadi pendiam ke?
“Abang..’’
“Mama tak akan bagi kita pindah untuk tempoh terdekat ni.’’ Pintas Rizal lantas menyarungkan baju t-shirt putih dan mengenakan kain pelekat. Kupiah diambil, dihamparkan sejadah untuk sembahyang isyak. Aliya tidak puas hati mendengar jawapan yang keluar dari mulut itu. Untuk bersuara rasanya tidak tepat masanya. Tunggulah sampai Rizal selesai menunaikan solatnya. Anak matanya asyik melihat Rizal. Jauh disudut hatinya, Aliya berasa begitu bersyukur kerana dinikahi oleh lelaki seperti Rizal. Dia seorang lelaki yang sanggup memikul tanggungjawab adiknya untuk aku. Dia memiliki segalanya yang diidamkan seorang wanita. Siapakah gadis yang berada dihatinya?

Usai Rizal menunaikan solat, Aliya masih menunggunya. Sehinggalah lelaki itu selesai mengaminkan doa. Aliya masih duduk di situ.

“Abang masih tak mahu pujuk mama? Kita tak boleh terus-terusan tinggal dekat sini.’’ Aliya bersuara. Rizal mengangkat muka memandang Aliya.
“Tengoklah macam mana nanti, abang akan usahakan.’’ Balas Rizal tenang. Aliya hanya mampu mengganguk perlahan. Rizal mengambil bantal dan selimut untuk tidur seperti malam-malam yang sebelumnya. Tapi kali ini tangannya dihalang oleh Aliya.
“Kali ni, biar abang aje tidur atas katil. Biar Liya tidur dekat lantai.’’ Beritahu Aliya. Sungguh dia kesiankan lelaki itu terpaksa tidur dilantai sedangkan dia?

“Liya tengah mengandung, tolong kesiankan bayi Liya.’’ kata Rizal tetap menarik selimut dan bantalnya untuk tidur di bawah. Kata-kata Rizal sedikit sebanyak membuatkan naluri wanitanya tersentuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience