Chapter 10

Romance Completed 16004

?BAB 10

HARI ini kami berkemas-kemas untuk pulang ke tanah air. Rasa sedih menyelubungi diri. ‘unable to stay, unwilling to leave’ aku menarik nafas perlahan-lahan.
“Anis, kau dah siap?’’ Suraya menghampiriku.
“Kau?’’ persoalan yang kembali ditujukan kepadanya. Dia mengeluh lemah sebelum mengambil tempat duduk disisiku.
“Rasanya macam tak nak sanggup nak tinggalkan bilik ni. Dah empat tahun Anis. Kita dekat sini. Rasa berat sangat nak tinggalkan tempat ni.’’ Luah Suraya dengan nada yang sayu. Aku pun merasakan hal yang sama. Pasti suatu saat kami akan merindukan bilik ini, kampus, rakan-rakan, pensyarah, dan yang pastinya akan merindui empat musim di sini.
“Kau dah bagitahu Rafiq yang kita nak pergi malam ni?’’ soal Suraya membuatkan aku diam membisu. Perlukah aku memberitahu dia?

“Aku tahu kau tak berapa sukakan dia. Tapi dia pun kawan kita, selama 3 tahun dia bersama dengan kita. Tak pernah sekali pun dia layan kau dengan teruk. Semuanya manis-manis macam coklat.’’ Beritahu Suraya lagi.
“Nanti-nanti lah aku bagitahu. Dah tu, kau dah simpan habis ke pakaian kau tu?’’
“Belum. Ada lagi sikit.’’ Balasnya sambil tersengih. Cepat-cepat aku menolaknya untuk menyimpankan pakaiannya. Jangan nanti tertinggal barang yang penting. Nanti jadi satu kerja pula nak mengambil.

Semasa dalam perjalanan ke airport, aku menghantar satu pesanan ringkas kepada Rafiq. Itu pun atas desakan Suraya.

Salam, Anis akn balik Malaysia mlm ni. Sblm Anis pergi, Anis nak minta mf kalau ada menyakitkan hati Raf. Anis harap Raf dapat lupakan Anis. Terima kasih atas seglanya.

Aku menarik nafas. Dihembus perlahan. Tiada balasan daripada Rafiq. Mungkinkah Rafiq begitu benci pada aku? Aku memandang cincin pemberian Rizal. Aku memang tidak mahu menyakiti hati Rafiq kerana hatiku memang sudah dimiliki. Rizal.. adakah masih setia kau menungguku seperti kata-katamu yang dulu? Aku tersenyum saat teringatkan kata-katanya sewaktu malamarku dulu.

“In shaa Allah, kalau tak ada arah melintang, Rizal akan hantar rombongan meminang sebaik Anissa pulang ke Malaysia nanti.’’ Katanya dengan penuh makna. “Anis!’’ suara yang memanggil membuatkan aku berpaling. Rafiq? “Kenapa nak pergi tak cakap?’’ katanya setelah tiba disisiku. Termengah-mengah dia berkata. Sempat juga dia tiba di lapangan terbang sebaik sahaja menerima mesej yang aku kirimkan tadi.

“Kan dah mesej tadi.’’ Balasku acuh tak acuh.
“Iyalah, kenapa tak cakap awal-awal? Nampak sangat dah bencikan kita.’’ Katanya dengan nada sayu. Gulp! Aku rasa bersalah sebaik mendengar perucapannya itu.
“Mana ada, merepek aje you ni Raf.’’ Balasku. Dia diam seketika. Tanganku diraih.

“Lepas Raf habis aje buat praktikal, Raf akan balik Malaysia. Raf akan hantar rombongan meminang. Untuk Anis terima atau tak pinangan, itu adalah keputusan Anis. Tapi Raf harap Anis dapat berikan Raf peluang’’ habis saja kata-katanya itu aku pantas menarik tanganku semula.

“Anis kan dah..’’
“Syhh.. bagitahu Raf keputusannya hanya bila tiba hari pinangan tu. Jangan cakap sekarang, nanti tak surprise.’’ Jarinya diletakan ke bibirku. Kaku untuk seketika. Rafiq.. adakah kau sedang menyakiti hati kau sendiri tanpa kau sedar?

Memang kepulangan aku sengaja dirahsiakan dari keluarga. Sengaja nak buat kejutan. Aku dan Suraya akan berpisah di lapangan terbang KLIA memandangkan dia akan balik ke terengganu pula. “Nanti, kalau kau dah nak kahwin, jemput aku tau! Tak kisahlah dengan Rizal ke Rafiq. Dua-dua pun sama baik, sama hensem.’’ Usik Suraya. Aku sudah menitiskan air mata tapi dia masih juga mahu menyakat aku.

“Aku kahwin dulu ke atau kau yang naik pelamin dulu dari aku ni?’’ aku pula yang mengusiknya. Dia hanya tersengih. “Siapalah nak kan aku ni. Muka tak lawa macam Salena Gomez.’’ Balasnya bersahaja. “Tak payah jadi Salena Gomez, jadi Nur Suraya bt Adnan ni pun dah cukup lawa.’’ Ujarku. Dia memeluk aku. “Aku akan rindukan kau nanti.’’ Suaranya kedengaran sebak.
“Aku pun..’’ pelukan kami semakin kemas. Aku menyapu air matanya dan dia menyapu air mataku.

“Dah, jangan sedih-sedih lagi. Dah tak cantik.’’ Suraya mengomel. Aku tersenyum.
“Kau tu pun.. jangan nangis. Nanti jangan lupa contact tau?’’ ujarku pula. Dia mengganguk. Ya Allah, KAU kekalkan lah persahabatan kami. Desisku dalam hati.

Petang ahad itu hari kedua aku berada di rumah. Memang kepulangan yang sengaja dirahsiakan ini sangat memberi kejutan buat ahli keluargaku. Along dan suaminya pun pulang hari ini. Rindunya aku pada kakak aku yang satu ini. Melihat perutnya yang sudah memboyot itu membuatkan aku turut tumpang bahagia. Tidak lama lagi, aku akan menimang cahaya mata yang pertama. “Dah masuk 7 bulan kan along?’’ soalku sambil menyentuh perutnya. Along mengganguk sambil tersenyum.

“Lelaki ke perempuan?’’ tanyaku lagi.
“Abang Hakimi tak bagi scan. Katanya tak surprise kalau tahu. Laki ke perempuan dia tak kisah. Janji Allah bagi anak yang sempurna itu sudah lebih dari cukup.’’ Beritahu Along. Aku tersenyum. Mengiakan kata Along, aku tahu anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Tapi aku terpandangkan kereta mewah yang masuk ke halaman rumah. Aku tahu itu kereta Datuk Indra.
“Eh? Itukan kereta Pak Lang? ramainya datang nak buat apa ni?’’ tanyaku kebingungan.
“Ramai sangatlah datang nak merisik. Dah pergi masuk dalam.’’ Kata-kata Along membuat aku terpana. Datang nak merisik? Biar betul?

“Merisik bagi pihak siapa ni? Afiq ke Rizal?’’ tanyaku gelisah.“Nanti anis tahu lah, dah pergi masuk.’’ Kata Along lagi. Aku terus melangkah pergi. Patutlah banyak sangat mama masak hari ini. Ingatkan hanya Along saja yang balik. Tapi masak untuk keluarga Datuk Indra. Aku mengambil tempat duduk di birai anak tangga. Selendang diletakkan di atas kepalaku. Di hati hanya tuhan yang tahu bertapa berdebarnya untuk mendengar perbualan mereka nanti. Siapa yang mahu dirisik dan untuk siapa?
Dengan penuh perhatian aku mendengarnya. Tapi hati ini berasa sungguh sebak tiba-tiba. Aku mendengar dengan jelas bahawa pinangan ini untuk Rizal tapi.. pilihanya adalah Aliya! Adakah aku sedang bermimpi? Oh, buat pertama kali. Aku tidak tahu apa rasa yang tiba-tiba datang membelenggu hati. Yang pastinya ia amat menyakitkan. Majlis penikahan yang akan diadakan secepat mungkin? Oh.. aku sudah tidak sanggup menadah telinga untuk mendengarnya lagi. Kenyataan yang sungguh perit. Perlahan-lahan aku memanjat anak tangga menuju ke bilik.

Di bilik, aku menangis sungguh-sungguh. Buat pertama kalinya dalam hidup aku menangis begini. Saat itu jua aku terfikir. Betapa bodohnya aku selama ini. Inikah yang dinamakan cinta yang tak kesampaian? Cinta.. apa yang dimaksudkan dengan cinta kau Rizal? Kanapa sanggup kau mempermainkan hati yang sememangnya kosong ini? Kejamnya apa yang telah kau lakukan. Aku menarik cincin itu. Terus dicampak ke pejuru dinding. Aku bencikan dia!
Bodohnya kau Anissa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience