Chapter 15

Romance Completed 16002

BAB 15

Afiq meradang. Sungguh sakit hatinya apabila tahu Aliya dan Rizal pergi berbulan madu. Kenapa harus Aliya terus-terusan menyakiti hatinya? Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk kembali mendapatkan Aliya.
“Habis kau nak buat apa sekarang? kill your brother or Aliya? Aha! I think that’s a good idea. Right?’’ usik Feroz sambil ketawa. Wajah Afiq masih benar-benar serius. Feroz terus mematikan tawanya. Wajah kusut lelaki itu dipandang lama.
“Hello men, releks lah. ‘King Of Playboy’ tak akan nak kusutkan kepala hanya kerana satu perempuan. Masih banyak perempuan yang dekat luar sana tu yang lebih cantik dari Liya kau boleh dapat. Tinggal petik aje. Kau tunggu janda si Liya alamaknya mati kebulurlah jawabnya. Dia dah jadi milik abang kau. Kau terima kenyataan ajelah.’’

Afiq menumbuk meja.

“Aku tak boleh terima! Kau faham tak?!’’ bentaknya. Terkedu Feroz seketika.
“Aku tak boleh terima Liya kahwin dengan Rizal. Kalau dengan orang lain, mungkin. Tapi ini.. abang aku!’’ Afiq meraup wajahnya. Feroz mengeluh.
“Susahlah aku nak faham dengan orang macam kau ni.’’katanya perlahan.

“Sampai mati pun aku akan tetap menyintai Aliya. Sekalipun dia milik abang aku, aku tak peduli!’’ Bisik Afiq perlahan. lelaki itu kelihatan seperti orang yang kerasukan. Takut untuk Feroz menduga sikap Afiq buat masa ini. bimbang juga kalau Afiq melakukan sesuatu yang diluar jangkauan. Dia bukan tidak kenal siapa Afiq Firdaus. Sejak dari bangku sekolah sehingga sekarang, Afiq memang seorang lelaki yang keras kepala. Susah untuk menerima keputusan bersama kalau ada sesuatu yang bercanggah dengan pendiriannya. Termasuk dalam situasi sekarang. Afiq langsung tidak mahu mendengar saranan orang lain biarpun untuk kebaikannya sendiri.

Aku melihat tiket bas itu kembali. Bibirku menguntumkan senyuman. Akhirnya papa dan mama telah membenarkan aku untuk ke Terengganu. Pada awalnya mama cukup menolak dengan alasan aku ke sana dengan menaiki bas. Tapi setelah dipujuk beberapa kali akhirnya mama bersetuju juga. Inilah akibatnya kalau hidup tanpa ada lesen kereta. ‘Hai.. nampaknya kenalah aku buat lesen kereta lepas ni. Jadi tak payah nak susah-susah naik bas atau menyusahkan orang lain.’ Desisku perlahan.

Nada telefon yang berdering tiba-tiba itu membuatkan aku terkejut. Sebaik melihat nama pemanggilnya membuatkan aku tersenyum kecil. ‘kepoh betul minah satu ni’
“Hello, assalamualaikum.’’ Kataku perlahan.
“Waalaikumussalam, kau dah bertolak belum?’’ suara Suraya kedengaran dari sana.
“A’ah, dah naik bas ni. Tapi belum bergerak lagi. Macam tengah tunggu lagi penumpang lain kot. Alah, jangan risaulah. Taulah aku jaga diri. Ni bukan UK, at least aku dekat Malaysia lagi.’’ Aku tahu Suraya pasti risaukan aku kerana pertama kali naik bas.

“Okey-okey. Fine. Kalau ada apa-apa just call me okey. Dah sampai nanti, call.’’ Kata Suraya dengan nada yang mahu tergelak.
“Okey, Mam.’’ Balasku sambil tergelak. Kami mematikan perbualan di situ. Aku menarik nafas panjang. Berharap agar semuanya berjalan lancar dan aku akan sampai ke destinasi dengan selamat. Aku termenung seketika. Pelawaan Suraya untuk aku bertandang ke rumahnya di Kuala Terengganu mungkin salah satu jalan pintas untuk aku melupakan segala masalah yang menimpa.

Tiba sahaja di perkarangan rumah Suraya aku sedikit tergaman. Rumahnya cukup besar, dan berada tidak jauh dari pantai. Memang cantik sungguh pemandangan. Di depan rumah ada pokok kelapa, memang asli nampak seperti rumah tradisional yang cantik. Aku masuk ke dalam rumah dengan wajah yang teruja. Nampaknya kehadiranku seolah-olah dinanti. Aku bersalaman dengan ibunya. Biarpun sudah berusia, tapi masih pandai berpenampilan.
“Buatlah serupe rumah sendiri. Jangan malu-malu.’’ kata ibunya. Aku tersenyum sahaja. Suraya membawaku ke bilik tetamu. Aku terus mendekati ke jendela yang terbuka luas. Sungguh indahnya kampung halaman Suraya.
“Cantiknya kampung kau ni, rasa tenang aje” kataku sambil duduk bertenggek dipintu jendela.
“Kau suka?’’ soal Suraya. Aku tersenyum.
“Suka. Best! Nanti esok kita ke pantai ya?’’ ajakku. Suraya mengganguk saja sambil tersenyum. “Aku nak tengok kau gembira macam sekarang ni. Aku tak mahu tengok kau bersedih.’’ Katanya perlahan. Aku memeluknya.
“Terima kasih, Su.’’ Balasku.

Keesokannya, seperti yang dijanji, Suraya mengajak aku ke pantai. Melihat matahari terbit. Sungguh cantik sekali ciptaan Tuhan. Indahnya dan terasa damainya hati. Benarlah kata orang, kalau hati kita terasa gusar, lihatlah laut yang terbentang. Ia akan mampu menggamit rasa tenang dan begitulah apa yang aku rasakan sekarang.

Sepanjang berada di kampung kelahiran Suraya yang terletak di Pantai Batu Buruk itu, hatiku terasa damai. Rumahnya dikelilingi pokok-pokok rendang. Depan rumahnya ada pangkin yang diperbuat daripada buluh dan selesa untuk duduk berehat sambil minum petang. Ditambah pula dengan udara angin segar yang sentiasa meniup. Memang terasa damai dijiwa. Setiap petang, aku akan bertenggek di atas pangkin. Kalau tidak membaca novel, aku akan duduk di situ mendengar lagu. Bunyi ombak yang jelas kedengaran menjadi halwa telinga yang cukup menenangkan. Suasana yang telah membawa aku untuk melupakan segala permasalahan yang melanda hidup aku selama ini. Tapi mampukah aku?

“Jauh temenung anak dara, teringatkan sape ter?’’ tegur satu suara. Aku pantas menoleh. Suraya datang menghampiri aku di pangkin sambil membawa minuman dan keropok lekor.
“Macam tahu-tahu aje yang mulut ni teringin nak makan keropok.’’ Kataku. Suraya hanya mencebik. Dia menuangkan air kopi panas itu ke dalam cawan dan dihulurkan kepadaku.
“Terima kasih.’’ Kataku perlahan. Diteguk perlahan. ahh.. memang umph!

“Dah boleh dah ni.’’ Kataku.
“Dah boleh apa?’’ soalnya pula. Aku tersengih.
“Dah boleh dah kalau nak jadi isteri orang.’’ Sebaik saja habis ayat itu, seraya aku dicubitnya.
“Setakat pandai buat air nak buat apa, lain lah kalau pandai masak. Buat air kopi ni, suruh alang dia reti.’’ Omel Suraya sambil memandang ke arah adik bongsunya alang yang asyik bermain guli bersama kawan sekampung. Aku tergelak kecil.

Keropok lekor yang masih panas itu diambil. Dicicah dengan sos ikan yang dibuat. Memang terasa ikan keropoknya ini. Memang sedap.
“Kau ni kena cari anak tauke keropok lekor lah nampaknya, makan tu bersungguh benor!’’ usik Suraya. Aku tertawa lagi.
“Ada anak tauke keropok? Muda ke tua?’’ sengaja aku hendak menduga.
“Muda lah jugak, kau nak ke?’’ tanya Suraya separa berbisik. Mencetuskan tawaku.
“Tapi hari-hari makan keropok ni, nanti muak juga. Tak nak lah aku.’’ kataku. Suraya mencemuh geram. Memang sudah tahu sikapku ini.
“Kenapa, kau masih mengharapkan orang yang kau suka tapi akhirnya akan tinggalkan kau. Macam tu?’’ kata-kata Suraya kali ini membuatkan aku terdiam. Tiada lagi senyuman. Suraya pun turut terdiam. Dia menutup mulutnya.
“Anis, sorry aku..’’
“It’s okey Su, lagipun betul apa yang kau cakap. Aku ni tak pandai nak mencari peneman hidup. Menyintai orang yang salah.’’ Pintasku. Suraya hanya diam.

Aku terus bangun dari pangkin.
“Aku nak ke pantai kejap.’’ Kataku lantas melangkah meninggalkan Suraya di situ. Sedar-sedar, kaki ini sudah menjejak gigi air pantai. Lama aku memandang laut biru itu. Basah kain dengan percikan ombak membuatku tersedar. Aku mengambil tempat pada batang pokok kelapa yang telah mati dan tumbang. Sambil berayun kaki di situ, aku menangis.

‘Ah! kenapa kau perlu bazirkan air mata untuk orang yang langsung tak pedulikan perasaan kau?’ aku terus menyeka air mata itu dengan tapak tangan. Sungguh! Biarpun terlalu sakit. tapi aku telah tekad untuk melupakan dia. Sepahit apapun itu, aku harus telan. Saat itu jua Suraya muncul didepanku.

“Kau marahkan aku ke?’’ soalnya.
“Tak lah. Aku cuma nak bersendiri sekejap.’’ Balasku. Dia mengambil tempat disisi aku.
“Aku tahu kau marah sebab aku cakap macam tu. Aku minta maaf. Sepatutnya aku tak ungkit perkara yang dah berlalu. Sepatutnya aku lebih faham perasaan kau, aku cuma tak nak kau asyik fikirkan dia. Aku kenal kau Anis, sejak hari pertama kau datang sini, kau masih fikirkan dia. Kau cuma boleh ukirkan senyuman kau tu bila ada aku aje. Tapi bila kau sendiri, kau tak boleh nak lupakan dia. Kau tipu diri kau sindiri.’’ Ujar Suraya panjang lebar. Aku menunduk. Mengiakan kata dia, aku tahu semuanya benar belaka. Aku memang menipu diriku sendiri.

“Sampai bila Anis? Sampai bila kau nak terus menghukum diri kau macam ni? Perjalanan kau masih jauh lagi. Lupakan dia, kau berhak dapat orang yang lebih baik dari dia.’’ Suraya menyentuh bahuku perlahan.
“Aku tak yakin aku boleh lupakan dia, Su. Aku..’’
“Berdoalah. Jangan terus biarkan diri kau jatuh ke lembah yang hina. Menyintai orang yang telah sah menjadi milik orang lain itu adalah dosa. Aku tak mahu melihat kau mengutip dosa-dosa itu tanpa kau sedar.’’ Kata Suraya lagi.

‘Astagfirullahalazim.. aku mengucap panjang. Benar apa yang dikata Suraya. Aku telah berbuat dosa dengan pembuatan aku sendiri tidak sedar. Ya Allah, kau kuatlah hati. Berilah aku kekuatan untuk melupakan Rizal. Aku tidak mahu terus-terusan hidup dalam dosa cinta yang haram ini. bantulah hambaMu yang hina ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience