Chapter 24

Romance Completed 16004

BAB 24

Aku duduk termenung di atas katilku. Cincin yang berada dijari dipandang lama. Tidak pernah aku menduga semua ini akan berlaku. Lelaki yang menyarungkan cincin ini dijariku tadi adalah Rizal. Ya Allah.. sungguh besar dugaan yang KAU berikan untukku. Kemana Rafiq? Kenapa dia menghilang di saat kami ingin disatukan? Dan kenapa harus Rizal menggantikan dia? Desisku dalam hati. mengingati apa yang telah berlaku tadi membuatkan jiwanya seakan mahu memberontak.

“Tak nak mama. Anis tak mahu teruskan pernikahan ni.’’ Aku membantah. Sungguh aku tidak mengerti mengapa perlu Rafiq membatalkan pernikahan secara tiba-tiba dan mempermalukan keluarga seperti ini. semua ini bukan seperti dalam drama. Semua ini mengaitkan diri dan maruah keluarganya. Rafiq benar-benar keterlaluan!

“Anissa..’’ panggilan Rizal membuatkan aku tersedar. Cepat-cepat aku menyapu air mataku yang bergenang dipipi. Aku menoleh ke arah lain kerana tidak sanggup untuk memandang wajah Rizal lagi. perasaan amarahku benar-benar membuak terhadap Rafiq, tapi kenapa perlu aku merasakan hal yang sama terhadap Rizal?
“Saya tahu awak masih marahkan Rafiq. Mungkin awak juga akan marahkan saya sebab mengambil kesempatan diatas apa yang telah berlaku antara awak dan Rafiq.’’ Ucap Rizal perlahan. Aku diam. jiwaku benar-benar terluka.

“Jujur.. saya ingin memiliki awak ,Anissa. tapi bukan dengan cara seperti ini.’’ Rizal masih berkata-kata. “Kalau begitu kenapa awak setuju dengan pernikahan ini tadi? Kenapa awak tak menolaknya?’’ kini giliran aku untuk bersuara. Sungguh aku tidak mengerti dengan pendirian Rizal. “Kerana saya tak mahu lihat awak tersakiti lagi. Saya ingin menjaga awak, Anissa. menyintai dan menyayangi awak secara sah.’’ Kali ini kata-kata Rizal membuatkan aku terkedu. Lama anak mataku merenung mata lelaki itu. Mencari ketulusan kata-kata yang diluahkan olehnya. Aku menunduk akhirnya. Tetap saja tidak boleh menerima pekara yang begitu drastik seperti ini. Terasa diriku begitu mudah dipermainkan oleh lelaki. Boleh dimiliki ketika mahu dan boleh dibuang bila tidak mahu. Begitu mudahkah?!

“kenapa awak diam, Anissa?’’ mulut Rizal masih betah bertanya. Aku bingkas bangun dari situ. “Saya minta maaf, tapi saya tak boleh teruskan.’’ Dia berniat untuk pergi dari ruangan itu tapi tangan Rizal pantas meraih tangannya. Langkahku terhenti.
“Ambillah seberapa banyak masa yang awak perlukan. Saya tahu semua ini tak mudah. Bagilah hati awak tenang untuk memikirkan segalanya. Insyaa-Allah, awak akan dapat jawapan di atas segalanya yang menimpa ini. Semua ini adalah perancangan-NYA. Kita hanya mampu merancang tapi DIAlah yang menetapkannya.’’ Tutur Rizal lagi lantas melepaskan pegangan tanganku. lelaki itu keluar dari bilik meninggalkan aku sendirian.

Kata-kata yang keluar dari mulut sang suami tadi benar-benar menyedarkan kekhilafanku. Aku mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat taubat dan sunat istikarah untuk meminta petunjuk dari ALLAH SWT diatas segala yang menimpa diriku.
“YA ALLAH Ya Tuhanku, aku mohon ampun di atas segala silap yang telah aku lakukan. Aku sedar apa yang telah berlaku ini semua adalah ketentuan-MU. Berilah aku ketabahan. Sekiranya Rizal adalah lelaki yang telah ENGKAU tetapkan untuk menjadi pembimbing diriku menuju ke syurga-MU, kekalkanlah hubungan ini,YA ALLAH.’’

Majlis persandingan diadakan keesokan harinya. Aku cuba bersikap tenang namun hakikatnya aku resah. Bagaimana hendak berdepan dengan tanggapan para tetamu dan sahabat handai yang datang tentang pengantin lelaki? Apa yang akan mereka fikirkan tentang dirinya yang dinikahi oleh bekas adik iparnya sendiri?

Saat itu juga tanganku digengam. Aku melihat Rizal yang tersenyum nipis kepadaku. Seolah-olah cuba memberiku semangat untuk melalui detik-detik getir ini bersama. Aku memandang lama raut wajah itu. Sungguh aku benar-benar bahagia akhirnya hatiku disatukan semula dengan lelaki ini. Lelaki yang dicintai sepenuh hati. Sekuat mana aku menolak perasaan cintaku pada dia, namun aku tidak mampu menipu diri sendiri. Perlahan-lahan aku menguntumkan senyuman. Tangan Rizal ku gengam erat.

Kini sudah empat hari aku bergelar isteri Rizal. Sekarang Rizal kembali bertugas seperti biasanya. Sementara masih lagi ada tempoh cuti, Aku mengambil kesempatan ini untuk membawa Adam Mikhail keluar jalan-jalan bersama Suraya. mereka mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di shopping mall sambil membeli sedikit barang keperluan Adam.
“Kenapa kau tersengih sorang-sorang ni?’’ tegur aku melihat Suraya yang dari tadi tidak lekang senyuman melihatnya. “Inai kat tangan masih merah lagi, dah ada sorang anak.’’ Usik Suraya. aku tertawa kecil. Wajah pulus Adam Mikhail yang berada dalam kereta bayi itu ditatap sekejap.

“Aku bersyukur sangat dapat miliki Adam. Dia adalah pengganti Aliya untuk aku.’’ sayu aku meluahkan kata. Suraya memeluk bahuku. “Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kau kena tabah.’’ Ujar Suraya perlahan. Aku mengganguk perlahan. sebaik aku mengangkat wajah, aku melihat lelaki yang sedang berjalan ke arahku. Meskipun lelaki itu sibuk berbual dengan seseorang ditalian. Aku masih memandangnya dengan penuh kebencian. Rafiq!

Rafiq mematikan talian telefonnya dan saat itu juga dia terpandangkan Anissa yang berada tujuh kaki dari tempatnya berdiri. Pandangan mereka menyatu tapi jelas ada seribu kebencian pada mata Anissa terhadapnya. Rafiq perlahan-lahan menapak ke arahnya. Ikutkan hati aku, mahu saja aku pergi dari situ. Sungguh, aku amat membenci lelaki itu. tapi aku juga perlu tahu kenapa Rafiq melakukan semua itu. kenapa Rafiq sanggup mempermainkan diriku sedemikian rupa. Apa motifnya?

“Anissa..’’ Rafiq menegurnya dan memandangnya seperti tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan. “I dengar you dah kahwin dengan Rizal. Tahniah.’’ Ucapnya. Entah kenapa hati aku bagaikan ditusuk sembilu tajam. Satu tamparan dilemparkan ke pipi Rafiq. Suraya turut terkesima dengan tindakan drastik itu.
“Mana hati you Rafiq? Kenapa sanggup you permalukan I macam ni? kalau betullah you nak batalkan perkahwinan kita, kenapa tak beritahu awal-awal? I perempuan Rafiq! I ada maruah. Tapi maruah I seakan hilang lepas apa yang telah you perbuat. Sekarang you muncul, dan ucap tahniah. I tak sangka yang I boleh kenal dengan orang macam ni.’’ luahku dengan perasaan marah yang membuak-buak.

“Anissa, let’s me explain everthing. I minta maaf sebab batalkan perkahwinan kita.’’ Rafiq berjeda seketika. Suraya menjarakkan dari mereka untuk berbincang. Dia yakin, Rafiq pasti ada alasannya tersendiri. Kerana dia tahu, Rafiq amat menyintai Anissa. Tidak mungkin Rafiq akan menyakiti hati Anissa tanpa bersebab.

“Tak gunalah Raf kalau you nak jelaskan semuanya sekarang.’’ Aku seakan tidak mahu mendengar apa-apa lagi alasan dari Rafiq. Bagiku, apapun alasan Rafiq, dia perlu memberitahunya dulu dan bukan sekarang. “Tapi you kena tahu apa alasan I buat semua ni. anissa.. demi ALLAH, I ingin menjadikan you sebagai pedamping hidup I .. tapi ,I tahu ada orang yang lebih baik untuk menjadi suami you. I mungkin tak mampu jadi seperti dia.’’ saat itu juga Rafiq mengeluarkan buku itu dan diberikan kepadaku. Buku diari Aliya yang tertinggal secara tidak sengaja di dalam keretanya. Dia membaca setiap muka surat yang ditulis oleh Aliya. Ketika itulah dia meragui dirinya dan sehinggalah Allah memberikan dia petunjuk melalui mimpinya.

Aku terkedu. Buku diari ini.. jadi kerana buku ini Rafiq mengubah fikirannya. Sungguh dia benar-benar tidak menyangka. Air matanya terasa hangat menitis dipipi. Sebaik melihat Rafiq, lelaki itu hanya tersenyum. “Dia lelaki yang menyintai you lebih dari cinta I pada you dan I tak mahu menjadi lelaki egois yang memiliki you hanya pada jasad. Hakikatnya you juga masih menyintai dia. jujurlah pada diri sendiri Anissa, dari dulu sehingga ke detik ini you tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan terhadap I.’’ ujar Rafiq lagi. Aku seakan membeku. Untuk menidakkan apa yang diperkatakan oleh Rafiq lidahku kelu. Kenyataannya aku memang tidak pernah menyimpan rasa terhadap Rafiq.

“Maafkan I Raf..’’ hanya itu yang terpancul dibibirku. Rafiq masih lagi melemparkan senyuman buatku. “Tak apalah Anissa, semua dah ketentuan Allah. I doakan semoga you bahagia dengan Rizal. Menyintai tak semestinya memiliki.’’ Rafiq mengakhiri kata-katanya yang begitu menyentuh perasaan. Menyintai tak semestinya memiliki. Seperti yang pernah dia luahkan dulu. Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, dan memberi apa yang tidak dirancang. Aku mengengam kemas buku diari milik Aliya yang berada ditangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience